PERHUBUNGAN MENERUSI JENDELA SIRAH

RASULULLAH SAW DALAM KAUMNYA
Baginda dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana jahiliyah.. Kaumnya terkenal sebagai manusia yang berhati besar,, keras dan mengikut hawa nagsu.. Mereka megah melakukan kemungkaran dan mengharuskan segala yang haram.. Arak,, judi,, pelacuran,, kemusnahan dan membalas dendam berleluasa di kalangan mereka.. Menyembah berhala,, percaya kepada khurafat,, mengagungkan tradisi yang bertentangan dengan kemurnian akal dan kemuliaan budi adalah perkara biasa.. Tidak ada nilai dan peraturan agama yang dapat mengawal keinginan mereka.. Mereka tenggelam dalam kegelapan nafsu dan kesesatan jahiliyah..

Dalam suasana yang begitu mendesak dan mencemaskan,, Baginda hidup sebagaimana mereka hidup,, makan sebagaimana mereka makan,, minum sebagaimana mereka minum,, pakai sebagaimana mereka pakai.. Baginda hidup di tengah masyarakat kaumnya,, memberi dan menerima,, berjual dan membeli,, musafir dan menetap,, bergembira dan berdukacita,, bekerja dan berehat.. Baginda menyertai sama suasana hidup yang dihadapi mereka,, berperang dan berdamai,, membina dan meruntuh,, berperang dan bermusuh..

Sungguhpun begitu,, Baginda tetap istimewa di kalangan mereka sebagai Al-Amin.. Sejak belum diutus menjadi Rasul,, Baginda sudah masyhur sebagai seorang yang rendah hati,, lemah lembut,, tidak pernah berdusta,, menepati janji,, ikhlas,, jujur,, bersih jiwa,, pemaaf,, pengasihan,, zahid,, tinggi cita-cita,, bijaksana dan luas pergaulan.. Baginda tidak pernah sama sekali di lihat membuang masa dengan melakukan kejahatan,, berjudi,, minum arak,, menyembah berhala dan melakukan kemungkaran yang standard terjadi di zaman jahiliyah..

Perbezaan yang jelas di antara Baginda dengan kaumnya di dalam banyak perkara,, tidak menjejaskan Baginda untuk menyertai mereka,, bekerja dan berusaha di dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai fadilah.. Malah kehidupan Baginda di kalangan mereka merupakan sebahagian mereka.. Baginda menyertai kaumnya di dalam peperangan al-Fijar,, Khilf al-Fudul,, membina ka’abah dan kerja berniaga..

Kesimpulannya………
Sungguhpun peristiwa-peristiwa ini berlaku sebelum Baginda diutus menjadi Rasul,, tetapi sangat menarik untuk disimpulkan sebagai berikut………
·         Hidup di dalam suasana kemungkaran dan kesesatan yang begitu mencabar dan mendesak,, tidak seharusnya kita dihanyutkan oleh arus-arus tersebut.. Kita berupaya untuk mengelaknya..
·         Di dalam suasana yang begitu pekat dengan kezaliman,, kesesatan dan kemungkaran,, tidak seharusnya kita memencilkan diri dari masyarakat,, malah kita hendaklah berperanan menunjuk contoh yang baik sehingga menjadi ikutan mereka,, menyertai kegiatan mereka yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam..
·         Kita hendaklah sentiasa berhubung dengan mereka berasaskan nilai-nilai aqidah,, syariah dan akhlak Islam..

DAKWAH DAN PERHUBUNGAN
Setelah Baginda diangkat menjadi  Rasul dan menerima wahyu pertama,, langkah yang dijalankan ialah mendakwahkan Islam secara rahsia selama tiga tahun dan setelah itu dakwah terbuka kepada seluruh penduduk Makkah.. Ramai penduduk Makkah lelaki dan perempuan beriman dengan risalah Baginda,, tetapi mendapat tentangan hebat dari seluruh pimpinan qabilah Quraisy.. Walau bagaimanapun tentangan tersebut menyebabkan dakwah Islam lebih cepat berkembang di kalangan mereka.. Allah mengurniakan Baginda dan para Sahabat kesabaran yang luar biasa dalam menanggung azab dan cubaan..

Suasana yang begitu menekan menyebabkan sebahagian Muslimin diperintah berhijrah ke Habsyah.. Baginda terus menjalankan dakwah di Makkah dengan halangan,, kemudian ke Taif dengan menerima ejekan dan cacian..

Apabila sampai musim haji,, Baginda berazam menyampaikan dakwah kepada suku-suku qabilah yang datang dari seluruh ceruk rantau ke Makkah.. Baginda menemui qabilah demi qabilah di khemah-khemah mereka,,, (Kindah,, Bani Kalb,, Bani Hanifah,, Bani ‘Amir ibn Sya’sya’ah,, Rabi’ah dan Daus).. Kebanyakan mereka menolak kerana tekanan pemimpin-pemimpin Quraisy..

Pada musim haji yang lain,, datang sekumpulan Khazraj ke Makkah lalu mereka menemui Baginda bilamana mendengar dakwahnya disampaikan kepada suku-suku qabilah.. Mereka beriman dengan risalah Baginda kemudian pulang ke Madinah menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Madinah.. Perkembangan selanjutnya diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai’at al-‘Aqabat al-Ula tahun Nubuwwah yang kedua belas,, seterusnya diikuti dengan Bai’at al-‘Aqabat al-Thani,, dan hijrah..

Kesimpulannya……….
·         Di dalam apa suasana sekalipun,, dakwah mestilah terus dijalankan..
·         Hendaklah kita mengadakan perhubungan dengan semua lapisan masyarakat terutama di kalangan rakyat bawahan.. Tekanan dan ugutan tidak seharusnya menjadikan dakwah itu tersekat..
·         Kesungguhan menghubungi semua pihat mestilah diusahakan individu demi individu,, pemimpin demi pemimpin,, kumpulan demi kumpulan.. Di dalam ramai yang menolak kebenaran,, pasti ada yang menerimanya..
·         Kebenaran,, jika ditolak sekalipun,, akan terus berkembang jika kita berusaha untuk mengembangkannya..
·         Perhubungan sesama manusia sangatlah penting dalam gerakan dakwah.. Boleh jadi kebenaran ditolak oleh lidah,, tetapi hati telah menerimanya.. Ditentang hari ini,, tetapi diterima esoknya….

PERHUBUNGAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
Baginda berhijrah ke Madinah dengan mendapat sambutan dan sanjungan yang sepenuhnya yang tidak pernah dirasai di tanah kelahirannya sendiri (Makkah).. Di Madinah,, Baginda mengatur urusan hidup kaum Muslimin,, membentuk masyarakat contoh yang berasaskan cinta dan persaudaraan,, adil dan persamaan,, jaminan dan kerjasama,, pengorbanan dan keutamaan..
Baginda menegakkan masyarakat Islam di Madinah dengan meletakkan rukunnya iaitu menyusun perhubungan  Muslim dengan Allah,, perhubungan sesama Muslim juga yang bukan muslim.. Asas perhubungan pertama adalah ‘ubudiyyah yang ikhlas kerana Allah.. Asas perhubungan kedua adalah persaudaraan kerana Allah.. Dan asas perhubungan ketiga adalah persaudaraan yang berdasarkan kemanusiaan..

Mengenai perhubungan pertama,, Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah menyebut dalam kitabnya,, Zad al-Ma’ad bahawa,,,,,,,,,,,,

“Baginda adalah manusia yang paling sempurna mengingati Allah.. Malah semua percakapannya merupakan mengingati Allah.. Perintah,, larangan dan perundangannya kepada umat juga mengingati Allah.. Penyampaiannya mengenai nama-nama Allah,, sifat-sifat,, huku,, perbuatan,, janji dan amarannya mengingati Allah.. Pujian Baginda kepada Allah dan makhluk Nya ‘tamjid’,, tahmid dan tasbihnya adalah mengingati Tuhannya.. Permohonan,, doa,, kecintaan dan ketakutannya kepada Allah merupakan zikir kepada Nya..  Diam dan membisunya Baginda merupakan zikir hatinya kepada Allah.. Baginda sentiasa mengingati Allah pada setiap ketika dan keadaan.. Zikirnya kepada Allah berlari bersama nafasnya ketika berdiri,, duduk dan mengiringnya… Ketika dalam perjalanan,, berkenderaan,, naik,, turun,, dalam pelayaran dan tempat tinggalnya..”

Mengenai perhubungan yang kedua,, Baginda menjadikan persaudaraan dalam keimanan mengatasi persaudaraan dalam keturunan berdasarkan firman Allah yang bermaksud,,, 

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”… Baginda mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar.. Setiap Muhajirin menjadi saudar a kepada Ansar.. Setiap Ansar mengorbankan rumah dan harta mereka kepada saudaranya Muhajirin sehingga samapai kepada tahap di mana Sa’d ibn al’Rabi’ al-Ansari menawarkan kepada ‘Abdul Rahman ibn ‘Auf salah seorang dari isterinya untuk dikahwininya.. Tetapi bukan semua tawaran tersebut diambil kesempatan oleh Muhajirin,, malah mereka cuba berdikari dengan berniaga,, bertani dan mencari rezeki dengan tenaga dan keringat mereka sendiri..
Orang-orang Ansar telah menunjukkan contoh persaudaraan yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia sehingga dirakamkan oleh Allah di dalam al-Qur’an..

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum kedatangan mereka (Muhajirin),, mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka.. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin),,, dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri,, sekalipun mereka dalam kesusahan.. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya,, mereka itulah orang-orang yang beruntung..” –  (Surah al-Hasyr – 9)

Adapun perhubungan ketiga,, iaitu hubungan Muslim dengan bukan Muslim,, Baginda melaksanakannya berdasarkan kepentingan kemanusiaan bersama seperti maksud sabda Baginda,, “Cintailah manusia seluruhnya apa yang engkau cintai kepada dirimu”..
Untuk memenuhi tujuan ini,, Baginda membuatkan satu surat di antara Muhajirin dan Ansar,, menjelaskan di dalamnya kewajipan orang-orang mukmin sesama mereka dalam tolong menolong,, sokong menyokong,, bantu membantu,, dan bertindak terhadap musuh.. Baginda juga menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi di Madinah bahawa hidup mereka terjamin dari tumpahan darah,, harta dan keluarga mereka.. Dan mereka juga bebas menganut agama mereka.. Siapa yang mengikut Muslim dari mereka,, merupakan kemenangan dan contoh dalam Islam dan Muslimin.. Mereka dikehendaki bersama-sama umat Islam mempertahankan kota Madinah dan mengorbankan harta selama mereka diperangi.. Orang-orang Yahudi hendaklah mengeluarkan perbelanjaan mereka,, dan orang-orang Muslim juga mengeluarkan perbelanjaan mereka..

Demikian juga surat tersebut menjelaskan kepada orang-orang Musyrikin Arab bahawa jangan seorang Musyrik pun menyewakan harta dan dirinya kepada Quraisy,, jangan berdagang dan menolong mereka.. Musyrikin Arab dikehendaki mempertahankan Madinah jika diserang.. Perjanjian itu menjamin kebebasan aqidah,, mengeluarkan pendapat,, hijrah dan iqamah.. Menjamin kebebasan jiwa,, harta,, jiran tetangga dan tanahair.. Menjamin pembelaan kepada yang dizalimi,, menentang penyerang dan menolong sesiapa yang ditimpa kemalangan.. Menentang keras setiap kejahatan dan kerosakan dan memberi perlindungan kepada mereka.. Membukakan pintu perdamaian kepada sesiapa sahaja yang ingin berdamai.. Mengajak semua manusia ke arah bekerjasama untuk kebaikan,, bukannya kejahatan,, dan mengambil hukum dan penyelesaian atas semua krisis kepada Allah dan Rasul Nya Muhammad saw…

Kesimpulannya…….
·         Perhubungan tidak boleh membeku di suatu tempat sahaja.. Ia mestilah dilakukan pada banyak tempat kerana reaksinya berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain..
·         Setiap anggota gerakan khasnya,, dan Muslim amnya,, mestilah memahami asas-asas perhubungan kita di dalam menjalankan tahap demi tahap dan peringkat demi peringkat..
·         Dalam perhubungan insan dengan Tuhannya,, hendaklah merasakan pengawasan Allah terhadap dirinya supaya perkataan,, perbuatan dan gerak geri kehidupannya menunjukkan bahawa ia mendapat kekuatan dari perhubungan tersebut bukan dari perhubungan yang lain..
·         Perhubungan kita sesama Muslimi hendaklah berdasarkan kefahaman yang sama,, ditimba dari telaga al-Qur’an dan Sunnah..
·         Perhubungan kita dengan manusia yang lain mestilah diteruskan berasaskan kepentingan dan kemuslihatan bersama.. Dan untuk itu,, pengajaran Islam  mestilah terus dikembangkan kepada seluruh manusia..

METODE PERHUBUNGAN RASULULLAH SAW
Pelbagai bentuk perhubungan yang dilakukan oleh Baginda saw di dalam penyebaran dakwah Islamiyyah dan pentadbirannya.. Adakalanya Baginda menghantar para Sahabat sebagai utusannya ke negeri-negeri dan qabilah-qabilah,,, umpamanya seperti menghantar Mu’adh bin Jabal ke Yaman dan Umru bin Hazm kepada suku Bani Harith bin Ka’ab.. Ada ketikanya Baginda menghantarkan surat-surat gabenor dan pemimpin-pemimpin menerangkan aqidah Islam,, tugas dan tanggungjawab mereka seperti surat Baginda kepada Khalid bin Walid,, Syahabil bin Abd. Kilal dan lain-lain.. Dalam hubungan ini pula Baginda banyak menerima surat-surat peribadi atau balasan dari mereka..

Kebanyakan surat Baginda,,,,,,,

·         Menyebut dan memuji nama Allah..
·         Menyatakan kerasulan Baginda..
·         Menerangkan aqidah Tawhid..
·         Menyeru mereka agar melaksanakan  syariat Allah (solat,, zakat,, puasa,, haji)
·         Mengajak seluruh manusia kepada kesejahteraan Allah swt..
Boleh dikatakan  keseluruhan suku di Semenanjung Arab dihubungi oleh Baginda sama ada melalui surat,, utusan atau peribadi.. Tidak ada janji-janji kebendaan duniawi yang diberikan oleh Baginda kepada mereka melainkan balasan syurga bagi mereka yang taat dan neraka bagi yang ingkar..

Kesimpulannya……
·         Perhubungan hendaklah dilaksanakan di dalam semua bentuk samada hubungan peribadi,, surat dan utusan… (rombongan)
·         Bentuk perhubungan hendklah menyeluruh kepada semua pihak,, suku,, keturunan,, dalam bentuk ziarah,, lawatan atau pertemuan peribadi..
·         Apa pun bentuk perhubungan yang dilakukan kita,, hendaklah jangan lupa menyebut dan membicarakan asas-asas dan konsep ajaran Islam.. Jangan segan,, gentar dan takut memperkatakan kebenaran tersebut kepada sesiapa sahaja mengikut cara-cara dan adabnya..

HUBUNGAN RASULULLAH SAW DENGAN PEMIMPIN LUAR YANG BUKAN ISLAM
Islam diturunkan Allah untuk seluruh manusia.. Rasulullah saw,, Baginda mengajak insan beriman kepada Allah.. Dalam konteks ini,, Baginda bukan sahaja membuat hubungan dengan pemimpin-pemimpin suku qabilah di dalam negeri,, tetapi menulis surat-surat kepada pemimpin,, raja,, pemuka masyarakat dan ketua-ketua luar negeri.. Di antaranya Baginda menghantar surat kepada Najasyi Raja Habsyah,, Herkleus Raja Rom,, Paderi Besar Rom di  Qastantin,, Paderi Besar di Najran,, Muqauqis Ketua Qibti Mesir,, Raja Ibruwiz Parsi,, Akbar pemimpin qabilah Abdul Qias di Bahrin dan lain-lain..
Sungguhpun surat-surat tersebut dihantarkan kepada Ketua-ketua Negara dan Suku-suku yang bukan Islam,, tetapi ditulis dengan penuh adab serta menyebut kebesaran dan kemuliaan mereka.. Menyeru mereka kepada agama Allah yang Maha Esa.. Surat-surat mereka dibalas oleh Rasulullah saw dengan jawapan yang jitu dan kemas menerangkan hakikat Islam dan kerasulan Baginda kepada mereka..

Kesimpulannya……..
·         Perhubungan bukan sahaja dilakukan pada peringkat harakah,, malah menyeluruh kepada seluruh lapisan masyarakat.. Fokus perhubungan hendaklah ditujukan terutamanya kepada pemimpin-pemimpin mereka,, kerana pendirian kaum terletak pada pendirian ketua mereka..
·         Hubungan dengan orang-orang yang bukan Islam jangan lah di abaikan.. Perancangan hendaklah dibuat untuk mendakwahkan mereka kepada Islam di dalam berbagai-bagai bentuk….
·         Hubungan dengan mereka terutama dengan pemimpin-pemimpin mereka hendaklah dibuat dengan penuh adab dan budi pekerti…

KESIMPULANNYA
Sebagai seorang Rasul yang diberi kekuatan rohaniyah,, dibekalkan dengan mukjizat,, dan diberi petunjuk wahyu secara lansung dari Allah (melalui Jibril),, Baginda memerlukan masa lebih kurang 23 tahun untuk menyempurnakan ajaran Islam kepada manusia.. Dalam masa tersebut,, Baginda merencana dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menegakkan Islam…..
·         Car rahsia dan terbuka..
·         Cara perang dan damai..
·         Cara lembut dan kasar
·         Cara bertahan dan menyerang..
·         Cara membuat perjanjian dan mengadakan pakatan..
·         Cara menghantar rombongan dan menerima utusan..
Dalam masa tersebut sehingga sampai akhir hayat nya,, Baginda menempuh berbagai-bagai keadaan,, dibenci dan dikasihani,, dikeji dan di puji,, dimusuhi dan disahabati,, difitnah dan dipertahan,, sehinggalah Islam itu selesai dan sempurna disampaikan kepada manusia.. Dalam hal ini,, semua cara dan ‘metode’ oleh Baginda,, dan kita dituntut mengikuti jejak langkah Baginda dengan penuh kefahaman dan ke’iltizam’an..

16hb Ramadhan 2010 (aktiviti pagi buta)

Aku kebosanan...
Aku cuba banyak kali nak download ape2 yang boleh,, tapi internet prob..
Aku cube nak layan games,, sume dah bosan..
Aku x tau nak buat ape..
Aku nak buat ape ye..
Aku buat,,,,,, ntah...

Esok aku nak kemas bilik lagi..
Esok aku nak keluar lagi..
Esok aku nak membeli barang lagi..
Esok aku nak tido lagi..
Esok aku nak,,,,, ntah...

Bila aku bosan aku xtau nak buat ape..
Bila aku xtau nak buat ape aku tido..
Bila aku tido aku tersedar..
Bila aku sedar aku bangun..
Bila aku bangun aku buka komputer..
Bila aku buka komputer aku,,,,, ntah....

Ntah nak tulis ape..
Ntah nak buat ape...
Ntah segalanya...
Ntah.......

Ntah......
Xtau... ntah....
ntah ntah ntah....


AKU BLURRR GILERRRRRR.......

15hb Ramadhan 2010 (lepas menjamah makanan time berbuka)

Hari ni aktiviti mengemas bilik...
Bilik cam tempat simpanan sampah dah..
Cam bilik orang mental pun ade dah ni..
Den ni ter lepas dari rumah mental kot.. hahahha..


Tadi makan nasi ngan ayam sup..
Tapi xslera...
Minum air 6 cawan lah..
Patut r x slera... 
Heheheh...


Oklah..
Nak pi masjid..
Letih,, tapi nak pegi jugak...
Nak wat amal..
Smalam x pegi lagi.. 
Ish...


Ingatlah daku dalam tido mu...
Wahhh...
Selamber je..... 
Heheheehehhehe....

Manusia Di Antara Kepatuhan dan Kedegilan

Ketika Allah mencipta Adam a.s... Dia memerintahkan semua malaikat dan iblis supaya tunduk kepada makhluk yang baru itu..


"Dan ingatlah  ketika Kami berpesan kepada para malaikat,, " Sujudlah kamu kepada Adam".. Maka sujudlah mereka kepada Adam kecuali Iblis,, Ia enggan dan tekbur dan adalah dalam golongan mereka yang kafir"
Surah al-Baqarah : 34


Iblis enggan dan angkuh kerana dalam urusan mematuhi perintah Allah,, ia masih mahu berdialog dengan akalnya mengenai kejadian Adam.. Sebelum itu  iblis adalah Hamba Allah yang sangat kuat beribadat sehingga ia terkenal di kalangan malaikat.. Ia memprotes Allah kerana arahan tersebut.. Katanya,, " Engkau jadikan aku daripada api sedangkan Engaku jadikan dia daripada tanah...!".. Seolah-olah iblis mahu mengatakan bahawa ia daripada api tidak layak sujud kepada Adam yang diciptakan daripada bahan tanah menurut logiknya..


Peranan akal dalam masalah al-Din mestilah sudud,, patuh dan tunduk kepada Nya.. Percubaan iblis untuk menggunakan akal dalam perkara ini menyebabkan ia terkeluar dari jalan yang lurus.. Ia termasuk ke dalam golongankafir..!


Ciri-ciri iblis ini kemudiannya menjelma ke dalam diri manusia yang enggan dan angkuh kepada perintah Allah,, menjelma ke dalam diri Namrud,, Firaun,, Abu Jahal,, dan manusia yang sejenis dengannya dari zaman dahulu sehingga kini..


Mereka inilah manusia yang degil yang digambarkan oleh al-Qur'an sebagai "manusia tuli,, bisu dan buta (kerana enggan menerima kebenaran) dan mereka tidak akan kembali lagi (ke jalan yang lurus)"...


Golongan ini biasanya menolak hidayat al-Qur'an,, mempertikaikan al-Qur'an sebagai penyuluh hidup,, tidak senang terhadap gerakan dakwah yang terus menerus,, menolak Islam "far away of life" dan menyenda gurau ajaran Islam..


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "
Surah al-A'raf : 179


"Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka... Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?"
Surah Muhammad : 23 - 24

Sedang para malaikat mematuhi arahan Allah terus sujud tanpa melihat asal kejadian mereka,, padahal mereka dijadikan daripada cahaya.. Mereka tersungkur sujud kepada Adam kerana kepatuhan dan ketaatan "Tidak menderhakai Allah terhadap perintah Nya  kepada mereka,, dan mengerjakan apa yang telah diperintah Nya.."

Sorang muslim yang taat akan menerima perintah Allah dan Rasul Nya dengan perkataan " Kami dengar dan kami patuh"... 

"Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "
Surah al-Nur : 51

Terdapat pula segolongan manusia pada zaman nabi Allah Musa a.s pabila diperintahkan Allah dan diminta mendengar lantas mereka menjawab,, "Kami dengar tapi kami derhaka",, itulah golongan jahat,, munafik,, golongan Yahudi yang memutar belitkan perkataan Allah dari tempat asalnya,, meminda,, menambah,, dan mengurangi hukum Allah..

Golongan ini tidak kurang juga terdapat di dalam sejarah umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.. Mereka ibarat musang berbulu ayam,, bertopengkan Islam tapi hati mereka penuh hasad dengki terhadap Islam,, terhadap al-Qur'an dan al-Sunnah.. Golongan ini kadang-kadang berselindung di sebalik nama Tariqat Sufiyyah,, pertubuhan kebajikan,, badan-badan Islam dan lain-lain.. Hakikatnya mereka telah mencipta agama baru yang sesuai dengan hawa nafsu mereka..

Aliran iblis menggunakan akal untuk tidak sujuk kepada Allah.. Aliran ini menular dengan hebatnya di dalam tahap perkembangan fikiran manusia yang menolak wahyu dan pimpinan para Rasul di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan pada zaman ini terutamanya....

Aliran kedua ialah Zionisme yang mengaku secara lahir terhadap pimpinan wahyu,,, tetapi hati mereka menetang kemanusiaan dan menegakkan kekuasaan semata-mata untuk kepentingan mereka.. 

Aliran yang paling selamat ialah tunduk dan patuh kepada hidayat al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah saw zahir dan batin,, mental dan fizikal,, ruhaniyyah dan jasmaniyyah.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus,,,(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Surah al-Fatihah : 6 - 7

Adakah kita mempunyai pilihan daripada aliran yang terakhir...? Jika tidak ada yang lain,, marilah kita bersama-sama menerima hakikat bahawa sebenarnya al-Qur'an  adalah Perlembagaan Hidup Insan...........!

14hb Ramadhan 2010 (kepenatan yang teramat)

Perrrrrrkkkkhhhhhhh........ 
Ari ni penat gila...
Bangun awal pagi,, wat keje itu ini,, potong rumput lah,, kemas bilik...
Den sorang je lak tu...
Sebelum ni xdapek ar nak kemas...
Tapi ni kira setahun sekali kemas bilik..
Hehehehe...
Standad ar bujang..
Malas tu berganda sikit..
Hehehehe...


T kang kalo nak kawin ke,, rajin la sikit..
Cume skang ni lum ade jodoh lagi...
Malas tu ade lebih sikit...
Heheheh..


Ni tengah rehat jap..
Otak blur...
Penat sangat...
Tapi aku kuatkan gak..
Lepas ni aku nak keluar..
Nak cari bahan untuk memasak..


Walau pun aku x berkerja....
Aku lagi suka guna duit aku dari duit mak aku....
Kalo dulu kecik2 lain la.... 
Tapi skang ni rase x bes je...
Aku dah boleh berdikari... 
Ish,,, ada kebanggaan plak...
Kne tarik balik ni...
Nanti riak pulak..
Hehehehhe...


Ok lah..
Aku nak keluar..
Nak makan....
Ops......!
Nak cari bahan masakan....
Hehehe... 
Laponye ya Allah.....
Dapat air segelas ni,,, pehhhhh,,,, nangis aku...
Huhuhu....
Bodoh aje dapat...
Pahala pose apa pun tarak..
Hehehehhehe...

Raya taun 2007 rasenye &
rambutku panjang kebahu..
Selamat Berpuasa...........!
Khas dariku yang selamba............
Semoga kalian sejahtera....
Ibadat sesekali jangan dilupa........


Blup blup blup pup pup pu puu puuuu...........!!

Kitab Suci al-Qur'an al-Karim

Al-Qur'an diturunkan kepada insan seluruhnya merupakan hidayat yang tertinggi sesudah hidayat akal,, hidayat pancaindera dan hidayat "wijdan" yang dianugerahkan Allah swt kepada manusia di dalam dirinya..


"Al-Qur'an merupakan wahyu Allah,, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril,, di dalam bahasa Arab,, merupakan mukjizat; membacanya adalah ibadat dan Allah memelihara kesuciannya.."


Al-Qur'an menjelaskan persoalan aqidah yang berkaitan dengn ketuhanan,, alam ghaib,, kerasulan dan hari kemudian.. 


Dari segi syariat pula al-Qur'an menerangkan segala perkara yang berkenaan dengan ibadat,, sistem kekeluargaan,, ekonomi,, kemasyarakatan,, pemerintahan,, perundangan dan lain-lain..


Dari segi akhlak,, al-Qur'an menghuraikan amar ma'ruf nahi munkar,, sifat-sifat terpuji,, sifat yang terkeji dan kelebihan iman dan keburukan kufur..


Selain itu,, al-Qur'an menjelaskan pula sejarah umat purba,, misalan dan perumpamaan pelbagai bidang,, hal-hal yang berkaitan dengan sunnatullah,, kejadian alam dan peraturannya,, ilmu pengetahuan,, kebesaran dan kekuasaan Allah swt yang meliputi segalanya..


Segala jawapan dan penjelasan al-Qur'an terhadap semua pertanyaan yang timbul dari fikiran manusi sejak wujudnya di alam ini,, adalah penjelasan dan soalan mutlak daripada Allah swt..


Insan dilahirkan ke alam ini adalah kerana perencanaan Allah.. Ia dilahirkan di dalam keadaan tidak tahu.. Ia dibekalkan dengan hidayat 'wijdan' seumpama tangisan,, setelah itu ia dapat menggunakan hidayat pancaindera dan setelah dewasa,, ia dapat pula menggunakan hidayat akal.. Semua alat panduan itu terbatas kuasa dan peranan masing-masing.. Manusia memerlukan hidayat yang lebih tinggi secara langsung daripada pencipta nya sendiri,, Allah swt.. Itulah yand dinamakan hidayat 'al-Din'..


Hidayat 'al-Din' atau hidayat agama yang benar,, menjelaskan rahsia kehidupan insan,, menerangkan jalan-jalan yang mesti dilalui semasa hidup,, menghuraikan peraturan dan undang-undang yang mesti dijalankan di dalam masyarakat,, menetapkan nilai-nilai yang mutlak,, baik dan buruk terhadap kelakuan dan amalan,, menerangkan hakikat kesudahan hayatnya dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan rahsia alam seluruhnya..


Akal manusia yang terbatas,, hidupnya yang sementara,, kelemahan mental dan fizikal insan,, pengalamannya yang tidak mutlak untuk dijadikan satu ukuran dan nilai kepada manusia lain,, sudah pasti tidak mampu menjawab semua soalan tersebut dan mengetahui rahsia kehidupan dan kematian yang di luar jangkauan kemampuannya.. Sekalipun diandaikan bahawa seluruh satu dunia bersepakat untuk meneroka ke arah menggarap soalan tersebut silih berganti,, perseorang @ berkumpulan,, sepanjang zaman sama sekali tidak akan sampai dan tidak selesai.. Jalan paling mudah dan paling selamat ialah tunduk kepada wahyu,, tunduk kepada pimpinan Rasul,, tunduk kepada petunjuk al-Qur'an,, itulah yang dinamakan hidayat Islam,, hidayat Ilahi @ disebut hidayat 'al-Din'..


Allah berfirman..


Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar, dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih. 
Surah al-Israa' : 9 - 10

Al-Qur'an Sebagai Perlembagaan Hidup

Syariat Islam @ tegasnya al-Qur'an al-Karim perlulah dijadikan perlembagaan hidup insan kerana faktor-faktor yang berikut:

  1. Ketinggian dan kemuliaan ajaran dan hukum Islam di semua bidang bilamana dibandingkan dengan ajaran ciptaan akal manusia dari segi keadilan,, toleransi,, kasih sayang dan kerjasama dalam menegakkan yang makruf,, mencegah yang mungkar..
  2. Kemuliaan al-Qur'an dari segi hukum jenayah kerana ketegasan hukum-hukum tersebut dalam membasmi ibu kejahatan terutamanya,, dan hukum-hukum yang bersifat lunak dan fleksibiliti di dalam sesetengah perkara seumpama hukum "Ta'zir",, menyerahkan kebijaksanaan Hakim menentukan hukum yang sesuai kepada peslah mengikut cara dan ijtihadnya sendiri..
  3. Dalam persidangan undang-undang antarabangsa yang telah diadakan pada musim panas di Den Hague,, Belanda,,, pakar undang-undarng dari pelbagai negar telah menyanjung tinggi penghargaan mereka kepada undang-undang al-Qur'an dan menyatakan sebagai suatu undang-undang yang istimewa dan sangat baik.. Antara pakar tersebut ialah Del Vecchion dari Itali,, Evaristo Carussi dari Romania dan Wigmar dari Amerika.. Pengakuan ini kemudiannya berlanjutan di dalam persidangan undang-undang yang berikutnya yang di adakan di tempat yang sama dalam tahun 1937 dan 1950..
  4. Peradaban Islam di dalam sejarahnya telah menunjukkan kemampuan Islam dalam memberikan contoh kepada kemanusian di bidang kerohanian dan kebendaan,, layanan yang saksama di antara Muslim dengan yang bukan Muslim,, penuh kemesraan,, kasih sayang dan berlapang dada.. Dan keilmuan yang bersumberkan roh al-Qur'an menghargai hasil keilmuan kemanusiaan,, sekalipun mereka tidak seagama seumpama beberapa filasuf Islam menghargai buah tangan Aristotle @ Plato dari Yunani..

Penerapan Al-Qur'an & Kaedahnya Kepada Kaum Muslimin

Pembendaharaan Islam yang tekandung di dalam kitab-kitab tafsir,, Hadis,, fiqah dan tasawwuf sebenarnya lebih merupakan rakaman kepada realiti masyarakat dan pemerintahan Islam pada zaman keemasannya.. Tradisi kemasyarakatan dan keilmuan dan pemikiran mereka berbanding dengan sistem-sistem lain yang pernah wujud di dalam sejarah sejak dulu sampai sekarang..


Metode ke arah penerapan tersebut mestilah bermula dengan kefahaman yang menyeluruh terhada Islam,, fardu ain dan fardu kifayah,, pengetahuan asas keislaman,, aqidah,, syariah dan akhlak.. Diikuti dengan tarbiyyah iaitu mendidik umat menghayati Islam bermula dari individu,, keluarga dan masyarakat.. Menerusi ajaran al-Qur'an,, ibadat,, munakahat,, muamalat,, jenayat dan lain-lain secara beransur-ansur @ menyeluruh mengikut mana-mana yang utama sehingga aktiviti hidup mereka sam ada ibadat,, pengetahuan tubuh badan dan politik,, fikiran,, perasaan dan sikap mereka mencerminkan Islam sepenuhnya..


Seterusnya melaksanakan penghayatan Islam mereka di dalam bentuk jihad dengan menyalurkan usaha dan tindakan mereka melalui jihad ilmu,,, pelajaran,, kuasa jiwa,,  dan politik.. Kemampuan masing-masing di dalam mana-mana bidang haruslah digunakan untuk kepentingan Islam sehingga contoh Islam sentiasa bertambah dari semasa ke semasa di dalam semua bidang kehidupan untuk dicontohi oleh Muslimin dan Muslimat lainnya.. Rakaman kehidupan Islam pada zaman jayanya mestilah ditonjolkan semula di dalam bentuk yang sama,, jika tidak "pembendaharaan Islam" hanya menjadi barang antik untuk simpanan muzium @ sekadar perhiasan semata-mata..



Jalan ke arah penerapan tersebut mestilah dilakukan sama ada secara individu di dalam konteks tanggungjawab @ secara jamaah di dalam konteks masyarakat.. Kegiatan secara jamaah lebih berkesan darpada kegiatan secara perseorangan.. Bilamana ramai golongan yang mengamalkan Islam,, nescaya akan semakin terpencillah golongan yang anti-Islam @ yang tidak mahu berpegang kepada ajaran Islam..


Jamaah @ kumpulan dakwah yang berperanan menegakkan ajaran Islam mestilah  memenuhi ciri-ciri jamaah Islamiyyah yang sebenarnya sama ada dari segi konsep,, cara dan matlamat.. Tanpa memenuhi ciri-ciri tersebut,, jamaah @ kumpulan itu pasti tidak akan sampai ke mana di dalam usahanya menerapkan ajaran Islam..


Program Islamiyyah yang menggambarkan kesempurnaan Islam mestilah diusahakan pad setiap peringkat insan dan lapangan hidup.. Semua pihak hendaklah memberikan kerjasama di dalam menjayakan program tersebut tanpa sebarang kecurigaan  dan prejudis kepada mana-mana golongan.. Pendekatan dakwah,, kefahaman terhadap aliran badan-badan dakwah,, usul dakwah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan nya sangat mustahak dikaji,, difahami  dengan baik di dalam melaksanakan program tersebut supaya ia dapat berjalan lancar dan memberikan hasil yang baik..


Ibu bapa mestilah mempastikan bahawa anak-anak mereka dapat membaca al-Qur'an.. Di rumah mereka perlu terdapat buku-buku,, kitab-kitab yang membicarakan isi kandungan al-Qur'an dan al-Sunnah.. Mereka perlu menghayati kudua-dua sumber ini dalam hubungannya dengan Allah dan berinteraksi dengan masyarakat.. Jamaah Islamiyyah pula hendaklah mengadakan kegiatan tetap seumpama Usrah dan Tamrin di dalam rangka untuk mendidik anggota-anggota mereka menghayati ajaran Islam melalui al-Qur'an dan al-Sunnah..


Bentuk pengajian tafsir di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya,, janganlah bersifat akademik semata-mata,, tetapi pengajian dan penyampaian itu haruslah menuju ke arah penghayatan al-Qur'an dan menggerakkan Muslim bertindak ke arah merealisasikan ajaran Islam di dalam hidupnya..


Hiasan ayat-ayat al-Qur'an yang tergantung di rumah-rumah mestilah diterangkan,, dihuraikan maknanya kepada anggota keluarga supaya mereka menjadi isi rumah yang bertakwa,, merasakan nikmat Allah dan perlindungan-Nya pada setiap masa lebih daripada merasakan bahawa ayat-ayat itu hanya merupakan hiasan semata-mata @ dianggap sebagai azimat dan tangkal untuk menjauhkan pencuri @ syaitan,, padahal kadang-kadang banyak kemungkaran lain bermaharajalela di dalamnya..

Ucapan Ruh Setelah Keluar

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a katanya : "Aku sedang dalam keadaan duduk bersila di dalam rumah,, tiba-tiba Rasullullah saw datang dan masuk rumah seraya menyampaikan salam kepadaku.. Maka aku pun segera berdiri kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku  diwaktu beliau masuk ke dalam rumah.. Nabi saw berkata :"Duduklah di tempatmu,, engkau tidak usah berdiri wahai Ummul Mu'minin".. maka Rasullullah duduk sambil meletak kepalanya pada pangkuanku,, lalu beliau tido terbaring.. Maka aku hilangkan uban pada janggutnya dan aku dapatkan 19 rambut yang sudah putih.. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku katakan: "Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia sebelum aku,, sehingga tetaplah suatu ummat yang sudah ditinggalkan Nabinya..." Maka aku menangis sehingga mengalirlah air mataku pada pipiku dan air mataku itu menitis pada muka beliau.. Kemudian beliau terbangun dari tidurnya..


Rasullullah : "Gerangan apakah yang engkau tangisi wahai Ummul Mu'minin..?


Maka aku ceritakan kisah tadi kepadanya...


Rasullullah : "Keadaan manakah yang lebih hebat bagi mayat...?"
Aisyah : "Tunjukkan lah wahai Rasulullah"
Rasullullah : "Bahkan engkau yang mengatakan..."
Aisyah : "Tidak ada keadaan yang lebih hebat bagi mayat daripada waktu keluarnya mayat dari rumahnya,, dimana anak-anaknya semua bersedih hati di belakangnya,, mereka berkata "Aduh ayah....... aduh ibu....." Ayahnya pula berkata "Aduh anak......."
Rasullullah : "Itu juga termasuk hebat,, maka manakah yang lebih hebat daripada itu..?"
Aisyah : "Tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia diletakkan di liang lahad dan ditimbuni dengan tanah di atsnya.. Kerabatnya semua kembali pulang,,, begitu juga anak-anaknya dan para sanak saudaranya.. Mereka menyerahkan kepada Allah swt untuk menghisab segala amal perbuatannya.." Lalu setelah itu datanglah Munkar dan Nakir ke kuburnya...
Rasulullah : 'Adakah yang lebih hebat daripada itu..?"
Aisyah : "Hanya Allah dan Rasul Nya yang lebih mengetahui.."
Rasulullah : "Wahai Aisyah,, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang yang memandikan masuk ke rumah untuk memandikannya...!"


Maka keluarlah cincin dimasa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian dari badannya,, bagi para sesepuh dan fuqaha' sama melepaskan serban dari kepalanya untuk memandikannya..


Di kala itu ruhnya memanggil ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan  suara yang seluruh makhluk mendengarnya kecuali jin dan manusia..


Ruh berkata : "Wahai orang yang memandikan ku,, ku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku pelan-pelan.. Sebab di saat ini aku beristirehat dari seretan malaikat maut.." 
Dan pabila disiram air,, maka ia berteriak seperti itu...


Mayat berkata : "Wahai orang yang memandikan ruh Allah,, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.. Dan janganlah engkau jadikan airmu dengan panas dan jangan pula dingin (sejuk)..  Sebab tubuhku terbakar dari lepasnya ruh,," Dan jika mereka memandikannya,, maka berkatalah ruh..


Ruh : "Demi Allah wahai orang yang memandikan,, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat.. Sebab tubuhku luka-luka akibat keluarnya roh"


Jika telah selesai memandikannya dan diletakkan pada kain kafan serta tempat kedua tangannya sudah diikat,, maka mayat berkata : "Wahai orang yang memandikan,, janganlah kuat-kuat  dalam mengafani kepalaku,, sehingga aku dapat melihat wajah ku,, anak-anakku dan kaum kerabatku.. Sebab ini adalah  merupakan penghabisan kalinya aku melihat mereka.. Adapun aku pada hari ini berpisah dengan mereka.. dan aku tidak lagi dapat melihat mereka sehingga munculnya kiamat...!"


Jika mayat dikeluarkan dari rumah,, maka mayat berseru : "Demi  Allah wahai Jamaahku,, janganlah kalian mempercepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahli ku,, anak-anak ku,, dan kaum kerabatku.. Sesungguhnya aku pada hari ini berpisah dengan mereka sehingga hari kiamat.."


Jika mayat dibawa dalam sangkar peti,, dan mereka melangkah kaki 3 kali langkahnya,, maka ia memanggil lagi dengan suara yang segala sesuatu mendengarnya kecuali jin dan manusia..


Ruh berkata: "Wahai para kekasihku,, wahai sedara-sedara aku dan anak-anakku... Janganlah kalian diperdayakan dunia sebagaimana ia memperdayakan aku.. Dan janganlah kalian memperbuat mainan di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku.. Hendaklah kalian membuat ibadat kepadaku.. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk para warisku.. Dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung kesalahanku.. Adapun di dunia Allah menghisab aku,, padahal kamu sekalian merasa senang dengan dunia,, Dan merek juga tidak mau mendoakan aku.."


Jika mereka menyembahyangkan jenazah,, di mana sebahagian ahli keluarga dan sahabat handainya telah selesai men solatkannya,, maka mayat pun berkata :"Demi Allah wahai saudaraku,, sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawa mayat itu lupa di semasa hidup,, tetapi kalian janganlah lupa secepat ini sekali  dan meninggalkan aku dengan cepat.."

Jika mereka meletakkan mayat di liang kubur,, maka mayat berkata lagi :"Demi Allah wahai para warisku,, bukankah aku mengumpulkan harta yang banyak di dunia maka aku warisi untuk kaum semua...? Maka,, hendaklah kamu semua memperbanyakkan kebaikan dengan harta itu.. Aku telah mengajar kalian akan al-Qur'an dan adap kesopanan.. Maka janganlah kamu melupakan aku dalam doa kamu.."