Al-Qur'an Sebagai Perlembagaan Hidup

Posted By: Hairilnua - 8:14:00 AM
Syariat Islam @ tegasnya al-Qur'an al-Karim perlulah dijadikan perlembagaan hidup insan kerana faktor-faktor yang berikut:

  1. Ketinggian dan kemuliaan ajaran dan hukum Islam di semua bidang bilamana dibandingkan dengan ajaran ciptaan akal manusia dari segi keadilan,, toleransi,, kasih sayang dan kerjasama dalam menegakkan yang makruf,, mencegah yang mungkar..
  2. Kemuliaan al-Qur'an dari segi hukum jenayah kerana ketegasan hukum-hukum tersebut dalam membasmi ibu kejahatan terutamanya,, dan hukum-hukum yang bersifat lunak dan fleksibiliti di dalam sesetengah perkara seumpama hukum "Ta'zir",, menyerahkan kebijaksanaan Hakim menentukan hukum yang sesuai kepada peslah mengikut cara dan ijtihadnya sendiri..
  3. Dalam persidangan undang-undang antarabangsa yang telah diadakan pada musim panas di Den Hague,, Belanda,,, pakar undang-undarng dari pelbagai negar telah menyanjung tinggi penghargaan mereka kepada undang-undang al-Qur'an dan menyatakan sebagai suatu undang-undang yang istimewa dan sangat baik.. Antara pakar tersebut ialah Del Vecchion dari Itali,, Evaristo Carussi dari Romania dan Wigmar dari Amerika.. Pengakuan ini kemudiannya berlanjutan di dalam persidangan undang-undang yang berikutnya yang di adakan di tempat yang sama dalam tahun 1937 dan 1950..
  4. Peradaban Islam di dalam sejarahnya telah menunjukkan kemampuan Islam dalam memberikan contoh kepada kemanusian di bidang kerohanian dan kebendaan,, layanan yang saksama di antara Muslim dengan yang bukan Muslim,, penuh kemesraan,, kasih sayang dan berlapang dada.. Dan keilmuan yang bersumberkan roh al-Qur'an menghargai hasil keilmuan kemanusiaan,, sekalipun mereka tidak seagama seumpama beberapa filasuf Islam menghargai buah tangan Aristotle @ Plato dari Yunani..

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua