Kelebihan Solat Terawih..

Posted By: Hairilnua - 3:54:00 AM
Diriwayatkan oleh saidina Ali r.a. daripada Rasulullah saw, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat2 nabi saw tentang fadhilat @ kelebihan bersembahyang solat terawih di bulan ramadhan..

Malam per tama..
Keluar dosa2 orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan.. (mendapat keampunan dari Allah swt)

Malam ke dua..
Diampunkan dosa2 orang mukmin yang sembahyang terawih serta ke2 ibu bapanya..(sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam ke tiga..
Berseru malaikat dibawah Aras'y supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga allah swt mengampunkan dosa engkau..

Malam ke empat..
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang2 yang membaca kitab2 taurat, injil, zabur dan al- quran..

Malam ke lima..
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang sembahyang di masjidil haram, masjid madinah dan masjid al- aqsa..

Malam ke enam..
Allah kurniakan kepadanya pahala malaikat2 yang tawaf di baitul makmur (70000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan supaya allah mengampunkan dosa2 orang yang mengerjakan terawih pada malam ini..

Malam ke tujuh..
Seolah2 ia dapat bertemu dengan nabi musa serta menolongnya menentang musuh ketatnya iaitu firaun dan haman..

Malam ke lapan..
Allah mengurniakan pahala orang yang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi allah ibrahim alaihissalam..

Malam ke sembilan..
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya sepeti nabi muhammad saw..

Malam ke sepuluh..
Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat..

Malam ke sebelas..
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan..

Malam ke dua belas..
Datang ia pada hari qiamat dengan muka bercahaya (cahaya ibadat)

Malam ke tiga belas..
Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap2 kejahatan dan keburukan..

Malam ke empat belas..
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta allah tidak menyesatkannya pada hari qiamat..

Malam ke lima belas..
Semua malaikat yang menanggung Aras'y, bersolat dan mendoakannya sampai allah mengampunkannya..

Malam ke enam belas..
Allah swt tuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga..

Malam ke tujuh belas..
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi2..

Malam ke lapan belas..
Berseru malaikat : 'Hai hamba Allah..! Sesungguhnya allah telah redo kepada engkau dan ibu bapa engkau..(yang masih hidup @ yang telah mati)

Malam ke sembilan belas..
Allah swt tinggikan darjatnya di dalam syurga firdaus..

Malam ke dua puluh..
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang2 solehin..

Malam ke dua puluh satu..
Allah binakan sebuah istana didalam syurga daripada nur..

Malam ke dua puluh dua..
Datang ia pada hari qiamat aman daripada tiap2 dukacita dan kerisauan..(tiada dalam keadaan huru hara di padang masyar)

Malam ke dua puluh tiga..
Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar didalam syurga daripada nur..

Malam ke dua puluh empat..
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.. (elok sekali berdoa ketika dalam masjid)

Malam ke dua puluh lima..
Allah swt angkatkan daripadanya siksa kubur..

Malam ke dua puluh enam..
Allah kurniakan kepada orng berterawih pahala pada malam ini  seumpama 40 tahun ibadat..

Malam ke dua puluh tujuh..
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratul mustaqim seperti kilat menyambar..

Malam ke dua puluh lapan..
Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat..

Malam ke dua puluh sembilan..
Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur..

Malam ke tiga puluh..
Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman : Hai hambaku..!! Makanlah segala jenis buah2an yang engkau ingin hendak makan didalam syurga.. Dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila.. Serta minumlah air daripada telaga yang di kurniakan kepada nabi muhammad saw yang bernama al - Qautsar..

Hadis ini telah lama di istiharkan palsu untuk tatapan umat islam.. Sila buat searching kalau tak percaya.. Worait.. Kita cuma boleh ambil input yang solat terawih ini baik dan amat digalakkan untuk melaksanakan sahaja.. 

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

1 Kaki Selamber:

  1. saudara..hadis ini telah disahkan palsu. Mohon diselediki dan di buang dari page saudara supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada umat islam. Insyaallah.

    ReplyDelete

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua