Kembali Kepada Ajaran Al-Qur'an

Posted By: Hairilnua - 6:23:00 AM
Allah swt berfirman 


Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Surah An-Nisa : 59


Dalam apa keadaan sekalipun yang dihadapi oleh umat Islam di dalam pergaulan hidup mereka,, suka duka,, senang susah,, benci-benci sayang,, berselisih dan berbaik semula sesama mereka,, keutamaan Islam mestilah diletakkan di atas sekali,, mengatasi segala perkara.. Perbezaan politik,, perbezaan bahasa dan warna kulit,, perbezaan iklim dan geografi,, perbezaan latar belakang pendidikan dan lain-lain tidak seharusnya menjadi penghalang  ke arah menegakkan ajaran al-Qur'an.. Merapatkan ukhuwah Islamiyyah,, mengembalikan kejernihan hubungan,, mewujudkan perpaduan,, menyatakan barisan dan jamaah,, memandu umat dan rakyat ke arah jalan yang diredhoi Allah swt mestilah dihayati sentiasa..


Fenomena yang wujud sekarang ini di kalangan umat Islam di seluruh dunia walaupun kebanyakannya dikatakan telah bebas dari kuasa penjajahan secara politik,, tetapi masih belum bebas sepenuhnya dari penjajahan fikiran dan sistem yang telah dipaksakan oleh mereka kepada umat Islam..


Di dalam suasana di mana kesedaran ke arah Islam telah mula timbul di hati umat Islam untuk kembali kepada ajaran Allah setelah menyedari betapa ruginya Muslimin,, morah dan material di bawah sistem yang tidak Islamic,, meninggalkan ajaran al-Qur'an,, menjual maruah Islam semata-mata khayal kepada fahaman kebendaan dan sekular yang telah merosakkan kehormatan Muslimin umumnya..


Di dalam suasana di mana umat Islam yang merupakan minoriti atau majoriti sentiasa ditindas,, diugut,, dibunuh dan diancam oleh musuh-musuh Islam,, maka perpaduan umat lebih dituntut agar mengerahkan tenaga ke arah perpaduan umat,, membela maruah dan kehormatan umat Islam..


Di dalam suasana di mana sesetengah negara umat Islam mempunyai kestabilan ekonomi,, menikmati kekayaan Allah yang diperuntukkan kepada mereka melimpah-limpah,, supaya kekayaan dan kenikmatannya itu dapat digunakan untuk kepentingan umat Islam melebihi kepentingan individu dan kumpulan..


Di dalam suasana dia mana gerakan dakwah Islamiyah telah mendapat tempat di hati golongan muda Islam,, keghairahan untuk menerapkan ajaran al-Qur'an di dalam aspek perundangan,, ekonomi,, pendidikan dan lain-lain secara beransur-ansur di kalangan negara-negara umat Islam,, maka di dalam suasana ini,, mustahaklah umat Islam seluruhnya melipatgandakan usaha mereka untuk mempelajari isi kandungan al-Qur'an dengn lebih serius,, kembali kepada ajaran Allah seluruhnya dan tidak lagi mengikut jejak langkah syaitan.. Dengan kembali kepada ajaran al-Qur'an sahajalah,, umat Islam dapat menikmati makna "kamu adalah sebaik-baik umat" yang dapat memimpin manusia lain ke arah kebenaran dan menjadi contoh dan tauladan kepada peradaban manusia seluruhnya.. Inilah jalan yang telah ditempuh oleh orang Islam terdahulu yang pernah mencapai kemenangan,, kekuatan serta kekuasaan.. Itulah jalan yang diterokai oleh Nabi Muhammad saw,, para Sahabat dan al-Salaf al-Salih yang berlandaskan hidayat al-Qur'an dan al-Sunnah..

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua