Manusia Di Antara Kepatuhan dan Kedegilan

Ketika Allah mencipta Adam a.s... Dia memerintahkan semua malaikat dan iblis supaya tunduk kepada makhluk yang baru itu..


"Dan ingatlah  ketika Kami berpesan kepada para malaikat,, " Sujudlah kamu kepada Adam".. Maka sujudlah mereka kepada Adam kecuali Iblis,, Ia enggan dan tekbur dan adalah dalam golongan mereka yang kafir"
Surah al-Baqarah : 34


Iblis enggan dan angkuh kerana dalam urusan mematuhi perintah Allah,, ia masih mahu berdialog dengan akalnya mengenai kejadian Adam.. Sebelum itu  iblis adalah Hamba Allah yang sangat kuat beribadat sehingga ia terkenal di kalangan malaikat.. Ia memprotes Allah kerana arahan tersebut.. Katanya,, " Engkau jadikan aku daripada api sedangkan Engaku jadikan dia daripada tanah...!".. Seolah-olah iblis mahu mengatakan bahawa ia daripada api tidak layak sujud kepada Adam yang diciptakan daripada bahan tanah menurut logiknya..


Peranan akal dalam masalah al-Din mestilah sudud,, patuh dan tunduk kepada Nya.. Percubaan iblis untuk menggunakan akal dalam perkara ini menyebabkan ia terkeluar dari jalan yang lurus.. Ia termasuk ke dalam golongankafir..!


Ciri-ciri iblis ini kemudiannya menjelma ke dalam diri manusia yang enggan dan angkuh kepada perintah Allah,, menjelma ke dalam diri Namrud,, Firaun,, Abu Jahal,, dan manusia yang sejenis dengannya dari zaman dahulu sehingga kini..


Mereka inilah manusia yang degil yang digambarkan oleh al-Qur'an sebagai "manusia tuli,, bisu dan buta (kerana enggan menerima kebenaran) dan mereka tidak akan kembali lagi (ke jalan yang lurus)"...


Golongan ini biasanya menolak hidayat al-Qur'an,, mempertikaikan al-Qur'an sebagai penyuluh hidup,, tidak senang terhadap gerakan dakwah yang terus menerus,, menolak Islam "far away of life" dan menyenda gurau ajaran Islam..


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "
Surah al-A'raf : 179


"Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka... Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?"
Surah Muhammad : 23 - 24

Sedang para malaikat mematuhi arahan Allah terus sujud tanpa melihat asal kejadian mereka,, padahal mereka dijadikan daripada cahaya.. Mereka tersungkur sujud kepada Adam kerana kepatuhan dan ketaatan "Tidak menderhakai Allah terhadap perintah Nya  kepada mereka,, dan mengerjakan apa yang telah diperintah Nya.."

Sorang muslim yang taat akan menerima perintah Allah dan Rasul Nya dengan perkataan " Kami dengar dan kami patuh"... 

"Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh". Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "
Surah al-Nur : 51

Terdapat pula segolongan manusia pada zaman nabi Allah Musa a.s pabila diperintahkan Allah dan diminta mendengar lantas mereka menjawab,, "Kami dengar tapi kami derhaka",, itulah golongan jahat,, munafik,, golongan Yahudi yang memutar belitkan perkataan Allah dari tempat asalnya,, meminda,, menambah,, dan mengurangi hukum Allah..

Golongan ini tidak kurang juga terdapat di dalam sejarah umat Islam sejak dahulu hingga sekarang.. Mereka ibarat musang berbulu ayam,, bertopengkan Islam tapi hati mereka penuh hasad dengki terhadap Islam,, terhadap al-Qur'an dan al-Sunnah.. Golongan ini kadang-kadang berselindung di sebalik nama Tariqat Sufiyyah,, pertubuhan kebajikan,, badan-badan Islam dan lain-lain.. Hakikatnya mereka telah mencipta agama baru yang sesuai dengan hawa nafsu mereka..

Aliran iblis menggunakan akal untuk tidak sujuk kepada Allah.. Aliran ini menular dengan hebatnya di dalam tahap perkembangan fikiran manusia yang menolak wahyu dan pimpinan para Rasul di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan pada zaman ini terutamanya....

Aliran kedua ialah Zionisme yang mengaku secara lahir terhadap pimpinan wahyu,,, tetapi hati mereka menetang kemanusiaan dan menegakkan kekuasaan semata-mata untuk kepentingan mereka.. 

Aliran yang paling selamat ialah tunduk dan patuh kepada hidayat al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah saw zahir dan batin,, mental dan fizikal,, ruhaniyyah dan jasmaniyyah.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus,,,(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Surah al-Fatihah : 6 - 7

Adakah kita mempunyai pilihan daripada aliran yang terakhir...? Jika tidak ada yang lain,, marilah kita bersama-sama menerima hakikat bahawa sebenarnya al-Qur'an  adalah Perlembagaan Hidup Insan...........!

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~