Penghayatan Al-Qur'an Yang Merosot

Posted By: ali's son - 1:37:00 AM
Dalam abad ke-12 Masihi,, kedudukan pemerintahan Islam di Timur Tengah mula menjadi lemah kerana pelbagai faktor politik dan sosial yang erlaku di  kalangan umat Islam.. Berlaku permusuhan dan peperangan di antara satu dengan yang lain.. Kelemahan tersebut ditambah pula dengan Perang Salib yang mengambil masa yan begitu panjang di antar armada tentera Kristian dan Umat Islam (1096-1291).. Kekalahan Islam di dalam beberapa siri peperangan tersebut diambil kesempatan oleh kristian dengan menghantarkan ekspedisi mereka untuk menghancurkan dan menakluki negara-negar Islamdi sebelah timur dan di Afrika disamping meluaskan lagi penyebaran agama kristian kepada penduduk tempatan.. Negeri-negeri di sebelah asia tenggara seumpama tanah melayu dan indonesia tidak terlepas dri keadaan ini.. Suasana ini berterusan berabad-abad lamanya sehingga pada akhir abad kesembilan belas,, boleh dikatakan kesemua negeri umat Islam berada di bawah kuasa penjajahan Barat atau komunis..


Sistem pemerintahan penjajahan dipaksakan ke atas umat Islam melalui perundangan,, pelajaran,, politik,, kebudayaan,, ekonomi dan salauran-saluran lain.. Perlembagaan negeri yang berasaskan Islam mereka gantikan dengan perundangan sekular.. Kedudukan agama  Islam dipencilkan dari jiwa rakyat .. Umat Islam dipecah belahkan melalui sistem kepartian atau nasionalisme yang sempit dan sekularisme diterapkan dalam sistem pendidikan dan pemerintahan.. Sistem penjajahan meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa umat islam di dalam pelbagai bentuk.. Antaranya moral,, spiritual,, mental dan sikap... Khusus mengenai al-Qur'an,, kesan-kesan tersebut dapat disimpulkan seperti yang berikut:-



  1. Penghayatan umat islam terhadap al-Qur'an pada umumnya merupakan serpihan kepada penghayatan islam seluruhnya.. al-Qur'an digunakan hanya ketika upacara kematian,, pembukaan dan penutup majlis tertentu sahaja..
  2. Pengajaran al-Qur'an terbatas kepada bacaan dan hafalan yang terhad.. Di pusat-pusat pengajian tinggi pula,, kajian mengenai al-Qur'an hanya merupakan latihan ilmiah.. Kadang-kadang pandangan dan pendapat dalam kajian tersebut lebih bersumberkan pandangan orientalis dan musuh Islam daripada mencerminkan hakikat pengajaran al-Qur'an sendiri..
  3. Peranan al-Qur'an terpisah daripada urusan pentadbiran negara.. Kedudukan  agama Islam diletakkan begitu rendah berbanding dengan jabatan-jabatan pemerintahan lain yang mempunyai kedudukan yang kukuh dari segi struktur dan peruntukan kewangan..
  4. Status al-Qur'an dipandang rendah oleh kebanyakan umat Islam bebanding dengan buku-buku rujukan yang lain.. Sesetengah mereka lebih merasa megah mempelajari Dus Capital Karl Marx atau Origin of Species Darwin daripada mempelajari al-Qur'an,, Tafsir Ibn Kathir atau al-Jami' al-Ahkam al-Qur'an oleh al-Qurtubi..
  5. Rata-rata anak-anak Muslimin sudah tidak mampu membaca al-Qur'an.. Malah sesetengahnya lansung buta al-Qur'an..
  6. Sesetengah kitab tafsir yang ditulis oleh ulama Islam pada zaman kemerosotan ini lebih mengesahkan kemajuan ilmu yand dicapai oleh musuh-musuh islam daripada mentafsirkan ayat-ayat suci al-Qur'an untuk menegaskan kemuliaan dan kebenaran ajaran Islam.. Terdapat pula aliran tafsir yang Ilhadi terutama mengecam hukum rejam,, potong tangan,, meragukan wujudnya syaitan,, iblis,, syurga dan neraka..
  7. Suasana ini lebih mendorong musuh Islam mengambil kesempatan menulis buku-buku mengenai Islam dengan memutar belitk ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah,, mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an mengikut pandangan hawa nafsu mereka,, mendidik dan membentuk umat Islam supaya memandang rendah kepada al-Qur'an dan benci kepada Islam.. Usaha-usaha ini dilakukan bersama oleh para orientalis,, ejen penjajahan,, komunis dan lain-lain..
  8. Hasilnya sesetengah individu umat Islam telah bertukar figure,, nama atau keturunannya Muslim,, tetapi otak,, perasaan dan sikapnya tidak lagi mencerminkan perasaan dan pandangan Muslim yang sebenarnya.. Lidahnya mungkin mengucapkan Lailahaillallah,, jasadnya secara lahir menunaikan solat,, berpuasa pada bulan ramadhan dan ababila mempunyai kemampuan,, dia menunaikan haji tetapi dari segi politik,, dia lebih percaya kepada sistem demokrasi Barat atau diktator komunis,, dari segi ekonomi pula,, dia lebih percaya kepada dasar kapitalis atau sosialis,, pelajarannya sekularisme.. Dia tidak mempercayai ekonomi,, pendidikan dan pentadbiran menurut hidayah al-Qur'an dan al-Sunnah..
  9. Ayat al-Qur'an lebih dijadikan sebagai hiasa,, azimat atau tangkal yang dilekatkan di dinding,, ditulis pada sepanduk dan dibaca sebagai jampi mantera dari menjadikannya sebagai panduan hidup,, dihayati secara peribadi,, keluarga,, masyarakat dan negara..
  10. Terdapat umat Islam meragukan kebenaran al-Qur'an.. Menuduh kembali kepada ajarannya sebagai kembali kepada sistem kolot.. al-Qur'an dituduh sebagai penghalang kemajuan dan lain-lain tuduhan series yang tidak wajar dilakukan oleh seorangyang mengaku dirinya beriman kepada Allah tetapi dalam masa yang sama,, mempertikaikan ajaran kitab Nya..
  11. Terdapat umat Islam menggunakan ayat-ayat al-Qur'an untuk kepentingan diri sendiri,, hujah menggunakan firman Allah untuk melindungi kebatilan,, berselisih dan berkelahi dalam memahami ayat-ayat Allah bukan kerana mencari kebenaran,, tetapi untuk kepuasan nafsu masing-masing,, bukan bertolak dri kefahaman dan merapatkan persaudaraan,, tetapi bertolak dari kejahilan dan melebarkan jurang permusuhan..

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua