Realiti Kehidupan Manusia dan Hubungannya Dengan Petunjuk al-Qur'an

Manusia hidup di alam yang luas ini.. Alam ini mempunyai peraturan yang tetap seperti juga kejadian manusia yang punyai peraturan yang tetap yang tidak beruubah-ubah sedikitpun sekalipun manusia dan alam ini sendiri sentiasa berubah-ubah..

Manusia di dalam hidupnya memerlukan makan,, minum,, pakaian dan tempat tinggal.. Manusia berkeluarga dn menegakkan masyarakat.. Manusia berinteraksi dengan alam sekelilingnya.. Peraturan alam ada yang dapat diketahui rahsianya oleh manusia dan ada yang masih tersembunyi dan ada yang masih dikaji berdasarkan kemahuan akal dan perkembangan ilmu pengetahuan.. Setakkat ini manusia telah pun dapat mengetahui sebahagian dari rahsia tersebut seperti peredaran bumi,, bulan dan cakrawala yang lain.. Mengetahi rahsia pasang surut air,, graviti bumi,, gelombang dan udara dan lain-lain berdasarkan kajian akal 'sebab akibat'.. Peraturan-peraturan ini disebut oleh mereka sebagai The Law of Nature..

Manusia yang hidup di alam ini tidak dapat melepaskan diri dari peraturan dan pengaruh alam yang berlaku.. Dari segi fizikalnya manusia telah maklum akan adanya peraturan 'sebab akibat' yang telah ditetapkan oleh Allah sekalipun mereka menamakan peraturan tersebut sebagai undang-undang alam atau sebenarnya mengikut istilah al-Qur'an sebagai sunnatu'llah..

Sunnatu'llah tidak hanya berlaku di dalam aspek fizikal semata-mata,, sebaliknya merangkumi seluruh yan berkaitan dengan hidup insan,, fizikal,, mental dan spiritualnya.. Berkaitan dengan individu,, keluarga,, masyarakat dan negara.. Berkaitan dengan amalan,, usaha,, gerak-geri dan tindakannya.. Berkaitan dengan minuman,, pakaian,, tempat tinggal dan perhubungannya.. Berkaitan dengan aqidah,, ibadat dan pergaulannya.. Berkaitan dengan bahagi dan celakanya,, hidup dan matinya..

Peraturan-peraturan ini semuanya dijelakan oleh al-Qur'an,, tidak ada yang tertinggal.. Ada yang dijelaskan secara detail seumpama persoalan yang berkaitan dengan aqidah,, ibadat dan nila-nilai akhlak.. Ada peraturan yang dijelaskan oleh al-Qur'an secara umum dar segala prinsip dan di detail kan lagi oleh RAsulullah saw di dalam Hadith dan Sunnahnya secara yang lebih nyata umpamanya persoalan yang berkaitan dengan contoh-contoh ibadat,, menjatuhkan hukuman,, muamalat,, membina masyarakat dan menegakkan pemerintahan..

Ada peraturan yang dijelakan dari segi prinsi,, konsep dan matlamatnya kemudian dibenarkan akal fikiran manusia mengkaji,, menganalisa dan merencanakan pelaksaan seumpama hal-hal yang berhubung dengan kejadian alam,, ilmu pengetahuan,, mencari rezeki,, perusahaan dan amalan untuk kesejahteraan hidup manusia..

Peraturan yang berkaitan dengan hukum nilai,, halal haram,, terpuji dan terkeji,, baik buruk,, mempunyai kaitan langsung dengan hukum alam yang mempengaruhi kehidupan manusia.. Hukum dan peraturan tersebut menurut pandangat al-Qur'an tidak ada 'dualisme' selain daripada merupakan istilah pembahagian semata-mata hukum alam dan hukum syara',, padahal semuanya dipandang sebagai satu.... Iaitu hukum Allah swt...

Al-Qur'an hendak menegaskan kepada manusia bahawa semua itu adalah hukum Allah.. Manusia mestilah menerima peraturan-peraturan tersebut sama ada ia dinamakan hukum alam ataupun hukum syara' dan takut kepada akibat-akibat yang akan diterima sekiranya menolak hukum-hukum tersebut atau menyalahi yang ditegah..

Menolak atau menyalahi hukum-hukum alam,, memberi akibat kepada fizikal manusia sama ada luka,, patah,, hancur,, sakit,, jatuh,, untung rugi dan seumpamanya.. SEbaliknya,, menolak atau menyalahi hukum syara' akan memberi kesan yang lebih parah kepada diri manusia,, fizikal dan seksual,, di dunia dan di akhirat,, di dalam berbagai-bagai bentuk penyeksaan zahir dan batin..

Undang-undang dan peraturan Allah yang ditujukan kepada manusia adalah untuk menjaga kemuliaan manusia,, misalnya wajib menunaikan solat,, haramnya arak,, judi,, zina,, mencuri dan sebagainya.. Apabila insan melanggar peraturan ini,, martabatnya yang mulia telah terjatuh kepada martabat yang hina sebagaiman haiwan melata yang lain dari satu segi,, dan dari segi yang lain pula,, ia akan menerima akibat yang buruk,, menyamai keadaan fizikalnya bilamana dilanda oleh kuman penyakit yang berbahaya,, menanggung penderitaan yang lebih teruk dari segi kejiwaannya kerana dilanda oleh kuman yang sama di dalam bentuk spiritualnya...

Umpamanya di dalam al-Qur'an menjelaskan beberapa kriteria insan yang baik;

Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya),
Surah al-Furqan : 68

Hidayat al-Qur'an di dalam menerangkan kehidupan manusia,, peraturan dan matlamatnya menyingkap segala rahsia dari asal kejadian,, pertumbuhan,, kehidupan,, jalan-jalan yang patut dilalui dan kesudahannya dengan begitu detail dan jelas,, menjelaskan pula keseragaman peraturan Allah terhadap makhluknya dalam semua perkara..

Catat Ulasan

0 Ulasan