Kolam Air Panas Batu 16 Dusun Tua


Kolam air panas di dusun tua batu 16 adalah merupakan kolam air panas yang terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Seperti mana-mana sumber air panas yang lain, ia memberi manfaat yang besar bagi sesetengah individu. Terletak di lokasi yang strategik (walaupun tanah persendirian), ia telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai. Sesiapa sahaja dibenarkan mandi menggunakan air di kolam ini dengan peraturan-peraturan yang mudah.
 Oleh kerana ia bukanlah kolam mandi, tidak ada sesiapa dibenarkan untuk masuk berendam di dalam kolam. Cuma guna gayung dan baldi. Walaupun begitu, memang sangat berbaloi untuk mandi. Keadaan persekitaran dijaga rapi. Terdapat lebih kurang 10 buah pondok wakaf kecil yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk meletakkan barangan.
Bilik persalinan yang seadanya memudahkan lagi sesi persalinan. Kawasan mandi telah diasingkan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu, sumber air masih dari kolam yang sama. Kawasan ini dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.

Resort Features
  • Tandas luar
  • Tempat mandi / persalinan
  • Tempat solat

Additional Features
  • Pondok Wakaf
 
info : dusuntua

Kolam Air Panas 2 Batu 16 Dusun Tua

Kolam air panas ini terletak berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kawasan yang agak terhad dengan terdapat cuma satu kolam air panas yang agak kecil. Kolam ini tidak memungkinkan sesiapa pun mandi kerana tempat yang terbuka dan terletak bersebelahan jalan utama.
Malahan, kolam ini mempunyai tahap kepanasan air yang lebih tinggi. Pengunjung cuma dapat mencelup tangan dan merendam kaki ke dalam kolam.
Amat sesuai untuk destinasi persinggahan jika pergi berkelah di Hulu Langat ini.



Lokasi betul-betul berhadapan dengan IKBN Dusun Tua. Kedudukan kolam terletak di antara sungai dan jalan utama. Jika tidak diperhatikan betul-betul, memang akan terlepas pandang kerana terlindung oleh gerai-gerai di tepi jalan tersebut.
info : dusuntua

Aku X Selamanya Hidup Dengan Mu..

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah,, aku menulis kembali penulisan ku..
Yang makin lama semakin x bersemangat untuk aku menaip lagi..
Kalo ikutkan,, ade 1 buku lama yang aku nak letak dalam ni sebagai panduan..
Tapi aku dah malas dah..
Nanti lah bila2 aku rajin aku salin dalam ni..
Xde jual nye buku...
Bahasa jawi,, lame x bantai base jawi..
Dulu kecik2 rajin gak baca paper jawi kat paper utusan kot rasenye..
Skang ni bila baca,, dah lambat sket..
Kira boleh gak ar baca...

Aku bler...
Aku mod....
Ahhhhh......
Aku nak tido dulu lah...
Ngntok siuuutttt.......

Dengan nama Allah swt...

Dengan nama Allah swt..
Aku menulis bukan kerana nama..
Bukan juga kerana nafsu..
Atau hal2 yang sama waktu dengannya...
Aku menulis kerana ingin mencari kelainan pada diriku..
Mencari sesuatu yang aku xpasti apakah halnya..
Insyaallah jika terdapat sesuatu info yang berlawanan dengan kebenaran,, akan aku pastikan bukan dari tulisan aku..

Dengan nama Allah swt..
Aku bukan jenis memilih kerja..
Sehingga sekarang aku belum ditakdirkan lagi untuk dpt bekerja..
Ingin sekali aku buat projek sendiri..
Tapi modal xde.. Lagipun pengalaman buat projek pun xada..
Takut nanti salah amik jalan..
Insyaallah jika terdapat peluang kerja untuk aku,, akan aku kekal disitu untuk mencari pengalaman yang lain dari sebelumnya..

Dengan nama Allah swt..
Aku sering kali dipersalahkan akan sesuatu..
Padahal aku lansung x buat hal itu..
Adakah aku memang ditakdirkan hanya untuk disalahkan..
Mungkin kerana aku ni hensem sangat kot,,,,,, hehhee..
Segala yang aku buat,, segalanya dipersalahkan..
Bila aku xbuat,, sibuk suruh aku buat..
Insyaallah jika terdapat kesalahan yang orang lain boleh menyalahkan aku,, maka aku akan meminta ampun terlebih dahulu sebelum aku dipersalahkan lagi..

Dengan nama Allah swt..
Berat badan aku x sampai 50kg...
Tinggi aku dalam 169 cm...
Slim river la orang kate...
Aku ada kelemahan sendiri...
Kalau orang tengok,, mesti perasan sesuatu kelainan..
Ada jugak orang mempersendakan aku pasal hal itu..
Aku xkisah... Asalkan x kacau aku...
Dan aku pun xperlu nak terasa...
Allah takdirkan aku jadi begitu..
Kalau aku marah,, seumpama aku marah pada Allah swt..
Tapi pernah 1 ketika aku memarahinya....
Dan ketika itu jugak Allah tunjukkan kebesarannya hanya dengan Lailahaillallah.....!! yang aku ucapkan..
[segala cerita berkaitan terpaksa aku potong untuk mengelakkan spekulasi... harap maklum..]
Insyaallah jika terdapat lagi kemarahan aku pada Nya,, pasti aku bunuh diriku sendiri..
Sesungguhnya bukan layak syurga bagi orang yang memarahi Allah swt...

Pantun Selamber Rock Kapak.....!!! Khas Raye 2010 [ii]

Kemas mengemas di pagi hari..
Masak memasak pun ada juga..
Ada juga yang baru nak mandi..
Standad  aktiviti pagi di hari raya..

Berbaju biru hitam yang anggun..
Terkena cahaya berkilau-kilau..
Ni la baju raya ku dalam 3 tahun..
Taun depan aku pun x tau..

Abg aku bawa kereta..
Basikal bateri mak aku bawa..
Akak aku duk umah aja..
Aku masih lagi buat PETA..

Taun ni meriah betul..
Sana sini mercun berdentum..
Dapat lak mercun cina seketul..
Perkh bunyi nya,,,, macam bom..

Taun lepas dapat wet raya..
Jumlah nya lupa nak kira..
Taun ni dapat la juga..
Yang siannya,, isinya tiada...
[huhuhu]

Waktu pagi bersembahyang raya..
Tengahari pula bersolat jumaat..
Terkenang aku pada arwah bapa..
Mohon al-fatihah pada nya dengan niat..

Pantun Selamber Rock Kapak.....!!! Khas Raye 2010

Raya 2010 dah kunjung tiba..
Sakan ramai2 pergi beraya..
Sekali bawa ahli keluarga...
Bagai nak meminang si anak dara..

Baju raya ku 2 tahun lepas..
Seluar raya aku tah kemana..
Raya pertama je aku berhias..
Buat cukup syarat tadah duit raya..

Raya pertama memakai sampin..
Bukannya sampin buatan melayu..
Bila raya je sebok mencari sampin..
Setengah ari je pakai tu...

Masa menunggu orang beraya..
Sibuk memasak rendang dan ketupat..
Tang2 tu gak orang datang beraya...
Mampos aku,,, pe aku nak buat.... 

Ku jamu ketupat dan pelbagai makanan buatan sendiri..
Tinggal la korang nak layan diri..
Aku tengok sorang tu makan pun nak berangan lagi...
Tau la aku ni ensem,, jangan la duk puji... 
(hehehhehhehehheheh)

Tiba masa tang nak salam..
Budak2 kecik beratur sampai belakang..
Menggeletar tangan aku menghulur salam..
Dah kompom2,, "Bang,, Wet raye bang"..

Raya Yang Sayu Buat Hatiku..

Sayu aku rasakan Hari Raya tahun ini..
Ntah lah..
Rase x best je...
Maybe sebab x dapt wet raye kot,, heheh...
Raya pertama aku duk umah...
Kedua pun duk umah..
Ketiga duk umah gak...
Keempat pun duk umah...
Kelima,,,,,,,,,,,,,,, aku keluar rasenye...
Kuar sorang2 round2 town...
Xtau pe mende nak wat..
Sampai la sekarng...
Esok lusa aku dah nak stat keje..
tapi pengalaman raya taun ni memang x rase ape lah..
Gambar sebijik pun x ambik..
Ish...
Cian aku...
Eh...
Ada orang datang lah..
Aku nak layan tetamu dulu lah..
Hehehhe...
Tah sape2 tah...
Chaw Chin Chaw......

GEJALA-GEJALA YANG MENGGUGAT AQIDAH ISLAMIYYAH.. (episod 2)

Semasa berdepan dengan golongan al-munafiqun ini,, umat Islam ketika itu banyak menimba pelajaran dari bermacam-macam peristiwa.. Umpamanya:

  • Menguji keimanan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad saw..
  • Bagaimana membina kesatuan umat yang cuba dipecahbelahkan oleh golongan al-munafiqun..
  • Menguji keimanan umat Islam untuk berkorban dan menghadapi rintangan dalam peperangan..
  • Bahawa dengan mengetepi arahan Rasulullah saw,, umat Islam akan berdepan dengan kegagalan dalam perjuangan seperti dalam Peperangan Uhud..
Walau bagaimanapun,, musuh-musuh Islam di Madinah gagal memecahbelahkan masyarakat Islam di kota tersebut,, malah sebaliknya umat Islam dapat pula membuka kota Makkah kerana disiplin Islam yang telah dihayati oleh mereka di bawah pimpinan Rasulullah saw..

Jika gejala-gejala ini dikaitkan dengan suasana hari ini,, kita mendapati bahawa ciri-ciri nifaq yang terkandung di dalam Hadis Rasulullah saw : "Apabila berbicara berdusta,, apabila berjanji mungkir,, dan apabila diamanahkan pecah amanah",, sangat jelas kelihatan di kalangan pemimpin umat Islam,, pegawai-pegawai tinggi dan individu-individu tertentu di semua lapisan masyarakat..
Akibatnya.........
  • Lahirlah pemimpin yang tidak mencerminkan ajaran Islam..
  • Pemimpin yang tidak disenangi oleh umat Islam..
  • Individu Muslim yang berlagak sebagai musang berbulu ayam untuk kepentingan nafsu dan peribadi..
Kesannya di mata Umum..
  • Aqidah Islamiyyah sudah tidak dihormati oleh pemimpin Islam itu sendiri..
  • Aqidah Islamiyyah sudah tidak berperanan untuk mengembalikan kemuliaan umat..
  • Aqidah Islamiyyah boleh dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peribadi..
  • Aqidah Islamiyyah tidak lagi mempunyai kriterianya dibandingkan dengan ajaran-ajaran yang lain..
Gejala-gejala lain yang menggugat Aqidah Islamiyyah setelah kewafatan Baginda Rasulullah saw.....
  • Golongan Riddah..
  • Golongan Mutanabbi..
  • Puak-puak yang timbul kerana perselisihan politik ; Syiah,, Khawarij,, penyokong Ali,, penyokong Muawiyah,, dan lain-lain..
Akibatnya.......
  • Tafsiran ayat al-Qur'an mengikut kepentingan golongan..
  • Muncul hadis-hadis palsu..
  • Perpecahan dan perbalahan antara umat yang membawa pada peperangan dan kehancuran..
  • Aliran batiniyyah..
Dengan jatuhnya kerajaan 'Abbasiyyah (750 - 158M),, kerajaan Islam di Sepanyol (752 - 1492M),, kerajaan 'Uthmaniyyah di Turki (1362 - 1516M Imarah,, 1516 - 1924M Khilafah),, negara-negara umat Islam barat dan timur,, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah yang di kepalai Kristian dan Komunis.. Kejatuhan ini menimbulkan berbagai-bagai risiko yang ditanggung oleh umat Islam..
  • Umat Islam menjadi Kristian seperti di Sepanyol..
  • Umat Islam menjadi atheis dan komunis seperti di Albania,, Yugoslavia,, Tukistan dan lain-lain..
  • Umat Islam menjadi sekularis seperti Turki dan negara-negara umat Islam yang lain..
  • Sistem bukan Islam yang diterapka oleh kuasa penjajahan kepada umat Islam menjadikan aqidah Islamiyyah begelut dengan berbagai-bagai ideologi politik,, falsafah,, pendidikan dan pentadbiran sehingga ajaran itu tersingkir dan terpencil dari pemerintahan negara..
  • Umat Islam menjadi jumud dan beku pemikirannya..
  • Timbul berbagai-bagai ajaran khurafat dan bid'ah di kalangan umat..
  • Timbul perselisihan di kalanga mereka kerana masalah-masalah furu'iyyah..
  • Timbul berbagai-bagai ajaran sesat di kalangan umat yang mendakwa sebagai ajaran Islam..
  • Timbul berbagai-bagai golongan dan kelompok di kalangan umat yang bergaduh sesama sendiri.. Risiko-risiko yang tidak terbayar dan tidak tertanggung oleh umat Islam sehingga hari ini..
Setelah negara umat Islam merdeka,, satu demi satu aqidah Islamiyyah digugat pula oleh berbagai-bagai aliran pendidikan yang menggunakan nama kajian ilmiah (scientific outlook) yang mempengaruhi sesetengah sarjana Muslim seumpama orientalisme,, kebendaan,, keharusan,, kebangsaan yang sempit,, psikologi Freud dan sebagainya.. Fahaman-fahaman ini pda hakikatnya bertujuan........
  • Menolak ketuhanan..
  • Menolak nilai-nilai wahyu..
  • Menolak nilai moral sejagat dan tidak sejagat..
Natijah dan ajaran-ajaran ini mengakibatkan.......
  • Wujudnya individu Muslim yang tidak lagi berpegang kepada ajaran aqidahnya..
  • Wujudnya generasi Muslim yang tidak menghiraukan nilai-nilai akhlak Islam..
  • Lahirnya keluarga Muslim yang tidak memahami apa itu agama Islam..
  • Lahirnya penentangan langsung dari umat Islam terhadap gerakan dakwah Islamiyyah dan sebagainya..
Pada hari ini,, setelah kita memasuki ambang tahun 2010,, gejala-gejala yang menggugat aqidah Islamiyyah dan kehidupan umat Islam bukan semakin berkurangan,, malah semakin bertambah.. Dalam 50 tahun yang terakhir,, semua gejala yang disebutkan ini telah bersatu,, berpadu mengepung umat Islam di segala penjuru.. Ini disenaraikan beberapa peristiwa yang telah berlaku sebelum ini sehingga kini.........
  • Kuasa besar dunia memecahbelahkan negara-negara umat Islam kepada blok-blok Timur,, Barat dan Berkecuali..
  • Menekan kehidupan beragama di negara-negara komunis sehingga di Bulgaria,, seorang Muslim tidak dibenarkan memakai nama Islam.. Kebanyakan masjid-masjid juga ditutup..
  • Peperangan yang berlaku di antara Pakistan Barat dan Pakistan Timur (Bangladesh) mengakibatkan berpuluh-puluh ribu umat Islam kehilangan rumahtangga dan tempat perlindungan di Bangladesh.. Kesempatan ini diambil peluang oleh gerakan mubaligh Kristian dan mengikut laporan yang terakhir (1984),, lebih 100,000 orang umat Islam di sana telah menjadi Kristian..
  • Kekuasaan Zionis (Yahudi) menyebabkan umat Islam Palestin menjadi pelarian.. Masjid al-Aqsa jatuh ke tangan Yahudi.. Lebih 40 tahun umat Islam Palestin mengalami pahit maung penderiataan.. Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam kepada aqidah Islamiyyah keseluruhannya..
  • Umat Islam minoriti ditindas di mana-mana negara seperti di Filipina,, Burma (Myanmar),, India,, Habsyah dan lain-lain..
  • Gerakan dakwah diharamkan di kebanyakan negara Islam di Timur Tengah..
  • Usaha-usaha mengkuilkan berpuluh-puluh ribu masjid di India..
  • Kristianisasi,, sekularisasi dan nativisme seperti yang dihadapi oleh umat Islam di Indonesia..
  • Kebuluran,, kefakiran dan ketinggalan tamadun yang dihadapi oleh umat Islam di Afrika iaitu di Sudan,, Somali,, Uganda dan lain-lain kerana bencana alam,, peperangan dan pergolakan politik menyebabkan peluang ini diambil kesempatan oleh Palang Merah antarabangsa,, badan-badan Kristian dan komunis untuk menarik mereka kepada fahaman masing-masing..
  • Cadangan untuk memindahkan tulisan Arab dari huruf yang ada sekarang kepada huruf Latin,, meninggalkan fushah al-Qur'an kepada bahasa 'amiyyah dan sekaligus menolak pengajian bahasa Arab yang tradisional.. Walaupun cadangan ini tidak mendapat sambutan menyeluruh,, ia mempunyai implikasi yang besar kepada aqidah Islamiyyah..
  • Usaha-usaha mengembalikan sejarah bangsa umat Islam kepada tamadun sebelum Islam sebagai yang perlu dipusakai seprti tamadun pada zaman Firaun kepada bangsa Mesir; 'Ad dan Thamud kepada Iraq,, Syria dan Yaman; Hayam Wuruk,, Patih Gaja Mada dan Borobudur kepada Indonesia; Melayu Hindu kepada Malaysia; peradapan Romawi dan Yunani kepada Libya Tunisia dan lain-lain..
Gejala-gejala liar yang berkembang ini menimbulkan dua keadaan..

Positif...
  • Menubuhkan Gerakan Islam untuk mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang luhur dan murni..
  • Menaikan semangat Jihad berjuang untuk mempertahankan kemuliaan Islam..
  • Gerakan dakwah di merata-rata tempat,, institusi dan pusat pengajian tinggi oleh berbagai-bagai kumpulan dakwah..
  • Penerbitan buku-buku,, majalah-majalah dan tulisan-tulisan Islam dalam pelbagai kumpulan dakwah..
  • Golongan yang kembali kepada cara hidup Islam dan meninggalkan ciri-ciri yang bertentangan dengan Islam..
  • Tuntutan-tuntutan kepada pemerintah supaya Islam dijadikan sistem hidup bernegara..
  • Memerangi amalan khurafat dan bid'ah di  sesetengah manyarakat Islam..
  • Wujud berbagai-bagai seminar,, kongres,, forum,, dialog dan lain-lain yang dianjurkan khusus mengenai soal-soal keislaman politik,, ekonomi,, sosial,, pendidikan,, perundangan dan sebagainya..
  • Umat Islam mula dapat melihat dengan jelas di antara ajaran yang Haq dengan ajaran yang Batil..
Negatif..
  • Merasa malu dan segan untuk kembali kepada keperibadian Islam..
  • Setiap kegiatan yang mengajak kepada Islam dianggap kuno,, fanatik dan sebagainya..
  • Merasa megah menghayati nilai-nilai agama selain dari agama Islam..
  • Bersikap liberal terhadap ajaran aqidah Islamiyyah..
  • Membenci kepada gerakan dakwah..
  • Ajaran aqidah Islamiyyah waktu kecemasan sahaja seperti pada waktu kematian,, tahlil arwah dan kegiatan yang bersifat ritual semata-mata..
  • Menerima pandangan orientalis melebihi pandangan Ulama Islam sendiri..
  • Perundangan Islam tidak layak dijadikan sistem negara..
Sikap negatif ini mencemarkan dan meragut aqidah Islamiyyah yang tersimpan di dada Muslimin dan generasi baru Islam sehingga melahirkan natijah seperti...............................
  • Banyak individu Muslim telah menjadi Kristian...
  • Aqidah Islamiyyah individu Muslim tidak dapat bertahan dengan cabaran kehidupan moden,, di mana banyak di antara mereka menjadi mulhid,, ibahiy dan sekularis..
  • Umat Islam mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap gejala-gajala masa kini..
  • Melahirkan keluarga multi-aqidah di mana ayah Muslim,, Ibu Kristian dan anak-anak menganut fahaman aqidah mengikut selera masing-masing seperti di Indonesia..
  • Mengambil ajaran salah untuk mencari ketenangan jiwa seumpama Subud,, Yoga,, Kebatina Kejawen,, dadah,, arak,, dan ajaran-ajaran batil yang lain..
  • Percaya kepada tukang tilik,, tuah permata,, tuah burung,, makam dan kubur sebagai pemberi kebahagiaan dan kecelakaan..
  • Mereka bergaduh,, bermusuh dan bertengkar di dalam masalah-masalah furu'iyyah,, sebaliknya tidak bersatu padu dalam hal-hal usuliyyah..
  • Mereka mudah diperalatkan oleh musuh Islam sehingga musuh-musuh tersebut berjaya menggambarkan bahawa Islam itu banyak jenisnya.... .... (Islam India,, Islam Arab,, Islam Melayu,, Islam Iran,, Islam Afrika dan lain-lain)
  • Puak-puak Islam dilaga-lagakan di antara satu sama lain,, antara negara-negara,, negeri-negeri,, qabilah-qabilah,, parti-parti dan mazhab-mazhab..
Sedikit Cadangan & Harapan Untuk Orang Yang Mempercayai Islam ini Agamanya....
  1. Seluruh umat Islam diharapkan menyedari bahaya-bahaya yang mengelilingi mereka dalam berbagai-bagai bentuk politik,, ekonomi,, fahaman,, perangkap dan sebagainya..
  2. Seluruh umat Islam wajib bersatu @ menyatukan barisan dalam menghadapi gejala-gejala tersebut tanpa mengira warna kulit dan aliran politik,, melupakan perselisihan  dan segalanya..
  3. Para cendikiawan Islam yang terdiri daripada pemimpin,, pegawai,, pensyarah,, guru,, dan para pendakwah Islam mestilah memainkan peranan masing-masing ke arah menyedarkan Islam supaya kembali kepada aqidah Islamiyyah yang bersumberkan al-Qur'an dan al-Sunnah Rasulullah saw...
  4. Menyeru umat Islam untuk kepentingan umat dan Islam semasa umat Islam masih mempunyai kuasa di segala peringkat..
  5. Para pensyarah,, guru  dan tenaga pengajar Muslim yang berkhidmat di semua pusat pendidikan mempunyai peranan yang sangat luas,, peluang yang sangat berharga untuk melahirkan generasi Muslim yang beriman,, bertaqwa dan berdisiplin pada masa hadapan...
MAJULAH ISLAM UNTUK DUNIA...
ALLAHUAKBAR.....!!! ALLAHUAKBAR....!!! ALLAHUAKBAR....!!! 

GEJALA-GEJALA YANG MENGGUGAT AQIDAH ISLAMIYYAH.. (episod 1)


Walaupun Islam telah lama bertapak di alam Melayu sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu,, bangsa Melayu telah mengambil Islam menjadi aqidahnya,, sehingga takrif “Melayu” kini dalam perlembagaan dikaitkan dengan memeluk agama Islam.. Namun begitu,, sejak Islam mula berkembang dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini ia sentiasa terus dicabar oleh berbagai-bagai halangan atau rintangan  yang cuba menggugat aqidah tawhid..
Cabaran-cabaran tersebut antara lain bertujuan:
  • ü  Menimbulkan keraguan kepada pemeluknya terhadap kesucian Islam..
  • ü  Menyalahkan aqidah Islam sehingga penganut-penganutnya menjadi mundur dan lemah di semua bidang pembangunan..
  • ü  Menggambarkan bahawa umat Islam telah bosan dengan agama yang maha suci dan mula mati pegangannya..
  • ü  Memecahkan umat Islam sehingga menjadi berpuak-puak,, berparti-parti dan berbangsa-bangsa..

Tulisan ini secara ringkas cuba menganalisa persoalan tersebut sejak zaman permulaan Islam sehinggalah ke hari ini dan kesan yang dialami oleh umat Islam dari segi positif @ negatif dengan tujuan:
  • ü  Menyedarkan umat Islam terhadap bahaya-bahaya tersebut dan berusaha menghindarkan bahaya-bahaya menurut ajaran dakwah Islamiyyah..
  • ü  Meningkatkan gerakan dakwah di kalangan umat ke arah perpaduan dan persefahaman di dalam menghadapi isu-isu yang mencabar..
  • ü  Menguatkan umat Islam di Malaysia khasnya dengan mengukuhkan iman dan perpaduan serta persediaan kebendaan..

Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bermula dari aqidah yang benar yang dihayati oleh setiap individu Muslim dan usrah  Muslimah.. Bilamana aqidah Islamiyyah telah digugat oleh pelbagai anasir,, jika tidak didedahkan anasir-anasir tersebut,, akibatnya akan berlaku kekaburan kepada generasi Muslim kini dan akan datang sehingga mereka tidak berupaya lagi membezakan “mana yang Islam” dan “mana yang bukan Islam”..  Akibatnya:
  • ü  Generasi Muslim kabur dengan aqidahnya sendiri..
  • ü  Berlaku pelarian di kalangan umat Islam dari nilai aqidah Islamiyyah kepada nilai yang salah dan batil..
  • ü  Membuka ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam secara lebih terbuka dan lebih ganas..
  • ü  Hilang kekuatan umat untuk mempertahankan maruah mereka apabila telah hilang aqidahnya..

Pada zaman permulaan Islam Marhalah Makkiyyah,, Rasulullah saw mendakwahkan ‘aqidah tawhid’ ini kepada penduduk Makkah ke arah empat perkara iaitu:
  •          i.            Aqidah tawhid yang mutlak..
  •        ii.            Beriman kepada hari kiamat..
  •       iii.            Pembersihan jiwa..
  •      iv.            Pemeliharaan Jamaah Muslimin..

Dakwah yang berjalan selama 13 tahun di kota Makkah ini mendapat tentangan yang hebat dari Quraisy dan penduduk kota tersebut pada amnya dalam bentuk penindasan fizikal,, pemulauan,, kepungan ekonomi,, penyiksaan tubuh badan seperti yang dialami oleh Ammar bin Yasir,, Bilal bin Rabbah,, Khabab bin al-Aratt dan lain-lain.. Bentuk penyeksaan fizikal yang seumpama ini samalah seperti yang pernah dialami oleh “ashabul uhduudi” “ashabul kahfi” kaum Firaun yang beriman kepada ajaran Nabi Allah Musa as… Namun penyeksaan ini sama sekali tidak menggugat aqidah mereka,, malah semakin bertambah kukuh dan kental..
Gejala-gejala tersebut bila dihubungkan dengan suasana zaman ini,, kita dapati bahawa peristiwa yang sama sentiasa wujud dari semasa ke semasa menggugat aqidah Islamiyyah apabila golongan taghut dan musuh-musuh Islam mencengkam kehidupan umat Islam di dunia pada hari ini sama ada pada majoriti atau minoriti di kalangan mereka atas alasan politik,, keselamatan negara atau menentang keganasan dan lain-lain dalam bentuk:
  • o   Membunuh pemimpin Islam..
  • o   Menyeksa dan memenjarakan mereka..
  • o   Menyekat pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bergerak..
  • o   Menjadikan umat Islam sebagai pelarian,, fuqara’,, peminta sedekah..
  • o   Menghalag umat Islam untuk hidup,, beribadat dan bekerja di negara mereka..

Fenomena ini akan dapat dilihat dengan jelas seperti di negara Palestin,, Lubnan,, Eriteria,, India,, negara-negara komunis dan lain-lain.. Gejala-gejala ini memberikan kesan-kesan seperti berikut:
  • o   Bagi umat Islam yang beriman dan teguh pegangannya kepada Islam menjadikan mereka lebih gigih,, sabar,, tawakal dan memiliki daya pengorbanan yang meningkat..
  • o   Bagi mereka yang lemah iman menjadikan mereka lesu,, ragu dan lemah daya perjuangan..
  • o   Bagi mereka yang terbiar dan tidak mempunyai didikan Islam,, suasana tersebut menjadikan mereka terumbang-ambing di antara menjadi komunis atau Kristian atau tidak terikat dengan apa-apa nilai sekalipun..

Pada zaman Marhalah Madaniyyah,, setelah berlaku Hijrah,, Rasulullah saw  menetap di Madinah selama 10 tahun dan telah membina antara lain:
  • o   Masyarakat Islam yang berteraskan kekuatan iman,, kekuatan persaudaraan dan kekutan tentera..
  • o   negaraIslam yang berdasarkan sistem Ilahi..
  • o   contoh dakwah yang mantap dan stabil untuk seluruh manusia..

Satu-satunya gejala liar yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada zaman ini ialah golongan al-munafiqun yang meresap ke dalam barisan al-mukminun.. Usaha-usaha yang dilakukan oleh al-munafiqun ini antaranya ialah:
  • §  Memecahbelahkan kesatuan umat Islam..
  • §  Menimbulkan fitnah terhadap kemuliaan Rasulullah saw..
  • §  Menimbulkan keraguan terhadap ajaran al-Quran al-Karem..

Air Mata Ku Bukan Untuk Mu....

Bangun pagi,, aku dah kene marah x tentu pasal...
Dituduh buat benda yang aku xbuat..
Mungkin dia yang buat,, siapa tahu..
Air mata aku mahal untuk mu sayang...
Xkan tumpah dengan lakonanmu...
Segala perbuatanmu sangat2 membuat aku rase sangat kecewa...
Tapi aku makan tetap 2 pinggan.. 
Minum ku tetap kopi Radix...
Rokok ku tetap ku hisap...
Gudang garam namanya...
Original khas di import dari indonesia..

Pedih dengan caramu sayang..
X pernah aku rasa sekecewa ini..
Disalahkan atas perbuatan yang bukan salah aku..
Dan sekarang,, kau ingin memutuskan hubungan..
Air mata ku sangat bernilai untuk mu sayang..
Walau pahit yang ku rase,, x kan jatuh setitik air mata untuk mu..
Tetap ku hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran..
Meskipun kau tetap dengan kata mu...

Di hari Raya yang bakal menjelang..
Aku mengisi kekosongan dengan bacaan surat2 mu..
Sengsara hatiku sayang..
Mengenangkan dirimu yang kian menjauh..
Air mataku terlalu berharga untuk mu sayang..
X sanggup aku menitiskan air mata untuk kekecewaan ini...
Meskipun kau makin menjauh..
Tiada lagi peluang yang kau beri padaku..
Air mataku sama sekali tidak akan menitis pada sebab ini..

Kad raya telah ku siapkan..
Aku menghantar dengan jiwa yang kosong..
Mengharap balasan yang penuh kata2 mu sayang..
Cube memperbaiki kelemahanku..
Disamping ku berfikir bagaimana untuk kembali kepadamu..
Namun,, sehebat manapun dirimu...
Air mataku bukanlah untuk mu sayang..
Tidak aku tangisi pemergian mu...
Kerana aku berasa sangat kasihan padamu..
Memberi aku luka yang dalam..
Sehingga membuat aku tersepit di jiwaku sendiri..

Sayang...
Sudah bertahun kita bersama..
Kita menyusur jalan yang penuh duri..
Kita mengharungi semak2 yang tajam..
Xpernah sama sekali kita mengeluh..
Tapi,,,
Hari ini....
Hanya sekadar perkara yang bukan kesalahanku..
Kau buat ia jadi keramat...
Dan ucapan terakhir padaku...
Namun..
Air mataku x akan menitis untuk mu..
Air mataku sangat bernilai untuk dikorbankan pada jalan ini..
Air mataku punyai tempat nya yang tersendiri..
Tetapi...
Sedarkah kau bahawa aku sering memikirkan mu....
Sedarkah kau bahawa setiap kali aku makan,, aku pasti mengajak mu..
Sedarkah kau bahawa aku x pernah melupakan mu walau dimana aku berada..

Betapa pedihnya hati ku...
Mengenang kisah yang terlalu ringkas..
Menghadap masalah yang terlalu simple..
Di sebabkan semua ini..
Air mataku sama sekali tidak akan tumpah keranamu...!

26hb Ramadhan 2010 (aku sakit???)

Ye... aku memang sakit... sakit lengoh2 badan,, kaki,, tangan,,, ade sape nak urut?? (cam orang tua plak...)
hehehhehe....
dulu kecik2 aku pernah jatuh basikal masa nak pi kebun... (time tu jalan x berturap lagi),,
lepas jatuh tu aku rase x boleh bernafas,,,
aku cube dan cube...
sampai rase nak tercabot kepala ni sebab kehilangan nafas...
aku dalam posisi duduk tu terus jatuh terbaring...
terhentaklah kepala aku kat tempat duduk basikal...
tah cmne aku dah ok balik....
gitu la cerita nya....

sekarng ni kadang2 aku kene gak camni..
sesak nafas...
tapi aku boleh je nafas cam biasa...
penah g jumpe docte,,, tapi mcm jumpe orang bangang aje,, malas la aku...

tadi aku kene lagi...
tapi aku wt bodo je...
rase nak mati wa cakap lu...
nikmat tu ade...
pas aku mengucap,,,, rase nikmat semacam je bro....
sakit kat pale punye kuat...
aku pun baring lah... tangan pun aku kiamkan...
aku pun baring sambil terpejam...
mane tau dah nafas aku xbalik2 ke...
tengah pejam tu aku terbayang kan arwah bapak aku...
then aku nampak mak aku tengah solat..
aku nampak awek aku tunjuk "fu*k kat aku...
aku nampak diri aku sendiri..
aku nampak aku tengah menaip...
aku nak mendekati...
tapi terase macam aku mengundur...
makin lame makin jauh...
jauh.... jauh .... jauh....

tetibe aku rase macam kepala aku krem gila..
terase macam ade arus elektrik mengalir...
terase seperti kene ketuk pun ade..
tapi lain,,, rase macam something masuk kat pale aku,,
dan rasenye macam tengah pegang karan...
rasa renjatan beberapa saat...

dan aku bukakan mata...
terase seperti baru terlepas lagi kepenatan yang teramat...
tapi mataku lansung xlonglai.. seronok sekali...
rase terlepas satu beban yang aku pikul...
mohon sejahtera atas diriku...
mohon agar aku mendapat petunjuk dari allah...

terase seperti aku dihidupkan lagi...
cergas x terkata....
sehingga sekarang aku menaip ni..
aku tetap merasa nikmatnya...
tu sebab aku xnak cari mane2 docte..
dulu aku jumpe docte pun wat sakit ati aje..
ni skarang aku dapat nikmat...
dah beberapa kali aku dapat nikmat cam ni..
tapi sakit tu memang x ingat la bro...
dalam kira2 kurang 10 min je nikmat nye...
dalam 3 taun ni rasenye baru ni...
lame dah xkene mcm ni...
sat lagi elok lah sesak nafas aku...
mohon aku diberi hidayah....aniz.... hhehehhe...
semalam kat chatbox,,, hidayah_aniz,,, ehheheheh...
ok lah... itu saje..
nikmat x abis lagi bro..
nak solat dulu..
mane tau senyap time sujud ke,,,
moga ade aku dalam doa kalian..
muah....
hehehhehe.....
selambe adap jer r...

Taxi

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha.
Kerana
terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam
minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis.
Ketika
ingin pulang Susi menahan teksi untuk menghantarnya pulang.


Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"


Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke
Kampung
Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik
kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut
malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat
bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar

tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta
sewa

dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak di
depan
untuk

mengambil duit di ATM.



 Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik
kereta
sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan
kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria,
sampai
akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan.



Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.
Pak
cik kereta

sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.





Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya
cik,
terkejut setengah mati saya cik!!"



Fasha: "Laaa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"



Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa,
cik"



Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"



Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."


Fasha: "patutla..."


http://halaqah.net

Kisah Bermimpi Di Alam Nyata

Kisah betul ini berlaku kat Ampang. Kisah benar yang berlaku 2 tahun lepas(diceritakan oleh kawan baik kepada lelaki yang bernama Amir (nama samaran)...utk dijadikan teladan bagi kita yg masih hidup. Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan y ang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bia bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?"

Ni lah Sabun Basuh Cap Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang...! err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... kat Giant pun ader!!!! ............

ahaks!!


http://halaqah.net

3 Remaja Yang SENGAL

D i sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. 


Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgniat  nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. 


Si Ali  pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami  buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan". 


Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau. 


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, 


"Allah  Ta'ala... Allah Ta'ala..." 


Dg segera tok imam merampas mikrofon drpAli  & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. 


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul  ihram. 


Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. 


"Tok, tok  duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun  undur le ke belakang. 


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum  pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. 


Tiba2 je si Budin ni  pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" 


lalu  batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2. 


Tok imam pun mintak pulak  si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan  jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...  Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... 


Tapi dgn  bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. 


Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..." Tok imam pun terkedu &  terpana... 


http://halaqah.net

Pari-Pari Tasik Dengan Pak Ali

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila
>lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh
>dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.  >
>   Pari Pari: Kenapa dengan kau?
>
>   Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.
>
>   Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
>
>   Pari Pari: Inikah kapak kamu?
>
>   Pak Ali: Tidak.
>
>   Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
>
>   Pari Pari: Inikah kapak kamu?
>
>   Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
>
>   Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
>
>   Pari Pari: Inikah kapak kamu?
>
>   Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
>
>   Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan
ketiga
>tiga kapak itu kepadanya.
>
>   Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama
>bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh kedalam tasik.
Pak  >Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.  >
>   Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
>
>   Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.
>
>   Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
>
>   Pari Pari: Inikah isteri kau?
>
>   Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
>
>   Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu
masa
>dulu telah menjadi tamak".
>
>   Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku
kata
>'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney
>Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan
isteriku...  >bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga
padaku...". Aku yang  >miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".  >
>   kahkahkahkahkahakahakahakah....


http://halaqah.net