GEJALA-GEJALA YANG MENGGUGAT AQIDAH ISLAMIYYAH.. (episod 1)


Walaupun Islam telah lama bertapak di alam Melayu sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu,, bangsa Melayu telah mengambil Islam menjadi aqidahnya,, sehingga takrif “Melayu” kini dalam perlembagaan dikaitkan dengan memeluk agama Islam.. Namun begitu,, sejak Islam mula berkembang dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini ia sentiasa terus dicabar oleh berbagai-bagai halangan atau rintangan  yang cuba menggugat aqidah tawhid..
Cabaran-cabaran tersebut antara lain bertujuan:
  • ü  Menimbulkan keraguan kepada pemeluknya terhadap kesucian Islam..
  • ü  Menyalahkan aqidah Islam sehingga penganut-penganutnya menjadi mundur dan lemah di semua bidang pembangunan..
  • ü  Menggambarkan bahawa umat Islam telah bosan dengan agama yang maha suci dan mula mati pegangannya..
  • ü  Memecahkan umat Islam sehingga menjadi berpuak-puak,, berparti-parti dan berbangsa-bangsa..

Tulisan ini secara ringkas cuba menganalisa persoalan tersebut sejak zaman permulaan Islam sehinggalah ke hari ini dan kesan yang dialami oleh umat Islam dari segi positif @ negatif dengan tujuan:
  • ü  Menyedarkan umat Islam terhadap bahaya-bahaya tersebut dan berusaha menghindarkan bahaya-bahaya menurut ajaran dakwah Islamiyyah..
  • ü  Meningkatkan gerakan dakwah di kalangan umat ke arah perpaduan dan persefahaman di dalam menghadapi isu-isu yang mencabar..
  • ü  Menguatkan umat Islam di Malaysia khasnya dengan mengukuhkan iman dan perpaduan serta persediaan kebendaan..

Pembinaan keluarga yang bahagia adalah bermula dari aqidah yang benar yang dihayati oleh setiap individu Muslim dan usrah  Muslimah.. Bilamana aqidah Islamiyyah telah digugat oleh pelbagai anasir,, jika tidak didedahkan anasir-anasir tersebut,, akibatnya akan berlaku kekaburan kepada generasi Muslim kini dan akan datang sehingga mereka tidak berupaya lagi membezakan “mana yang Islam” dan “mana yang bukan Islam”..  Akibatnya:
  • ü  Generasi Muslim kabur dengan aqidahnya sendiri..
  • ü  Berlaku pelarian di kalangan umat Islam dari nilai aqidah Islamiyyah kepada nilai yang salah dan batil..
  • ü  Membuka ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk menyerang umat Islam secara lebih terbuka dan lebih ganas..
  • ü  Hilang kekuatan umat untuk mempertahankan maruah mereka apabila telah hilang aqidahnya..

Pada zaman permulaan Islam Marhalah Makkiyyah,, Rasulullah saw mendakwahkan ‘aqidah tawhid’ ini kepada penduduk Makkah ke arah empat perkara iaitu:
  •          i.            Aqidah tawhid yang mutlak..
  •        ii.            Beriman kepada hari kiamat..
  •       iii.            Pembersihan jiwa..
  •      iv.            Pemeliharaan Jamaah Muslimin..

Dakwah yang berjalan selama 13 tahun di kota Makkah ini mendapat tentangan yang hebat dari Quraisy dan penduduk kota tersebut pada amnya dalam bentuk penindasan fizikal,, pemulauan,, kepungan ekonomi,, penyiksaan tubuh badan seperti yang dialami oleh Ammar bin Yasir,, Bilal bin Rabbah,, Khabab bin al-Aratt dan lain-lain.. Bentuk penyeksaan fizikal yang seumpama ini samalah seperti yang pernah dialami oleh “ashabul uhduudi” “ashabul kahfi” kaum Firaun yang beriman kepada ajaran Nabi Allah Musa as… Namun penyeksaan ini sama sekali tidak menggugat aqidah mereka,, malah semakin bertambah kukuh dan kental..
Gejala-gejala tersebut bila dihubungkan dengan suasana zaman ini,, kita dapati bahawa peristiwa yang sama sentiasa wujud dari semasa ke semasa menggugat aqidah Islamiyyah apabila golongan taghut dan musuh-musuh Islam mencengkam kehidupan umat Islam di dunia pada hari ini sama ada pada majoriti atau minoriti di kalangan mereka atas alasan politik,, keselamatan negara atau menentang keganasan dan lain-lain dalam bentuk:
  • o   Membunuh pemimpin Islam..
  • o   Menyeksa dan memenjarakan mereka..
  • o   Menyekat pertubuhan-pertubuhan Islam untuk bergerak..
  • o   Menjadikan umat Islam sebagai pelarian,, fuqara’,, peminta sedekah..
  • o   Menghalag umat Islam untuk hidup,, beribadat dan bekerja di negara mereka..

Fenomena ini akan dapat dilihat dengan jelas seperti di negara Palestin,, Lubnan,, Eriteria,, India,, negara-negara komunis dan lain-lain.. Gejala-gejala ini memberikan kesan-kesan seperti berikut:
  • o   Bagi umat Islam yang beriman dan teguh pegangannya kepada Islam menjadikan mereka lebih gigih,, sabar,, tawakal dan memiliki daya pengorbanan yang meningkat..
  • o   Bagi mereka yang lemah iman menjadikan mereka lesu,, ragu dan lemah daya perjuangan..
  • o   Bagi mereka yang terbiar dan tidak mempunyai didikan Islam,, suasana tersebut menjadikan mereka terumbang-ambing di antara menjadi komunis atau Kristian atau tidak terikat dengan apa-apa nilai sekalipun..

Pada zaman Marhalah Madaniyyah,, setelah berlaku Hijrah,, Rasulullah saw  menetap di Madinah selama 10 tahun dan telah membina antara lain:
  • o   Masyarakat Islam yang berteraskan kekuatan iman,, kekuatan persaudaraan dan kekutan tentera..
  • o   negaraIslam yang berdasarkan sistem Ilahi..
  • o   contoh dakwah yang mantap dan stabil untuk seluruh manusia..

Satu-satunya gejala liar yang dihadapi oleh masyarakat Islam pada zaman ini ialah golongan al-munafiqun yang meresap ke dalam barisan al-mukminun.. Usaha-usaha yang dilakukan oleh al-munafiqun ini antaranya ialah:
  • §  Memecahbelahkan kesatuan umat Islam..
  • §  Menimbulkan fitnah terhadap kemuliaan Rasulullah saw..
  • §  Menimbulkan keraguan terhadap ajaran al-Quran al-Karem..

Catat Ulasan

0 Ulasan