Ya Allah.. Aku Tahu,, Dia Bukan Untuk Ku.. Tapi,, Aku Rindu Padanya...

Posted By: Hairilnua - 9:23:00 PM
Ya Tuhan.. Aku ingin mengadu sedikit pada Mu di halaman blog aku ini..bukan disebabkan aku nak menunjuk2 pengaduan aku padaMu..tapi,, hatiku sedikit lega selepas aku melepaskan sesuatu di suatu tempat yang aku boleh jadikan teman yang tiada suara... My blog...

Ya Allah.. Aku tahu,, dia bukan untuk ku.. Kau banyak memberikan petunjuk padaku.. Tapi aku semacam keras hatiku untuk mengaku yang dia bukan untuk ku.. Walau sesakit mana pun hatiku,, aku tetap ingin pada nya..Bukan atas kemahuan seks @ wajah nya..Dan engkau lebih mengetahui atas apa yang aku ingin katakan  tentang ini.. aku ingin di sayangi..dihormati..dan dirindui..meskipun dia bukanlah muhrimku,, Dan Engkau menjadi saksi bahawa aku xpernah melakukan hubungan "cantum badan" dengan dia.. dan Engkau juga mengetahui bahawa hatiku mengatakan apa sewaktu berduaan dengan nya..

Ya Tuhan.. Mungkin Engkau telah takdirkan aku bukan untuk nya.. Tapi,, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui kesemua kata2 dalam hatiku ini.. Semuanya kata2 rindu pada nya... Walaupun aku dan dia seringkali bergaduh,, Engkau amatlah mengetahui apa di bicarakan oleh akal fikiranku ketika itu.. yang mana tiada satu pun amarah yang aku tunjukkan...kesabaran aku melebihi batas kemarahanku..

Y Allah.. Pada siapakah yang Engkau takdirkan untuk aku? @ mungkin tiada sesiapa yang engkau takdirkan? @ mungkinkah engkau takdirkan aku membujang seumur hidup? Ya tuhan... Rupa tubuhku ini walaupun sedikit lain dari orang lain,, tapi aku terima seadanya...mungkin seumur hidup aku akan memiliki tubuh seperti ini..Dan aku amat bersyukur memiliki tubuh seperti  ini.. Kerana,, mengikut kata akalku,, kalau lah aku memiliki anggota seperti biasa,, pasti aku bukanlah yang sekarang ini... aku pasti menjadi seseorang yang aku sendiri tidak tahu...sesungguhnya takdir Engkau ini memang sangat besar hikmahnya... Di samping itu juga,, Kau beri aku musibah agar aku sabar mengharunginya... memang pahit..tapi,, Engkau amat mengetahui segala apa kepahitan yang dibicarakan akal hatiku...

Ya Tuhan... Bangun tido,, gosok gigi,, mandi,, kerja,,balik.... Semua aktiviti aku ini,, banyak memikirkan hal berkenaan Jodoh aku dan dia.. dan di akhir pemikiran,, aku kecewa kerana akalku tidak dapt berfikirkan jalan penyelesaian... betapa bodohnya aku ya Allah... aku seperti tidak redho dengan ketentuanMu.. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segala apa yang ingin ku tulis disini..
\
Ya Allah.. Jika dia bukan untuk ku,, aku pasrah padaMu..walaupun orang melihat keadaanku seperti tidak redho kepadaMu,,tapi,, Engkau lebih mengetahui tentang apa yang aku ingin katakan sebenarnya... malah,, melebihi apa yang jangkauan akalku...segalanya di dalam cengkaman Mu... 

Ya Tuhan... Aku mohon padamu...... ciptakanlah seseorang di dalam hatiku,, seseorang yang begitu mencintai Engkau ya Allah......Ciptakanlah seseorang yang melebihkan Engkau dari diriku Ya Allah...... Ciptakanlah seseorang yang,,,,,, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui segala apa yang ingin aku katakan... Sesungguhnya,, Engkau lah pencipta takdir...

Ya Allah.. Sekian lama aku lalai padaMu......... Sekian lama aku melanggar perintah Mu..tapi,, Engkau tetap mengalirkan darah di dalam anggota badanku dengan kekuasaan Mu..Sesungguhnya aku malu padaMu kerana ini..Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa hatiku menegah apa perbuatan jahat yang ingin aku buat..dan sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang sangat nyata...

Ya Tuhan... Seseorang yang aku cintai,, memberi peluang padaku selepas aku meminta kepadanya peluang kedua...tapi,,, kepada Mu ya Allah,, beribu kali aku meminta peluang padaMu,, tapi beribu kali juga aku ulangi kesalahan yang sama.. Dan masih juga Kau beri peluang padaku sehingga ajal menjemputku...Ya Allah.. Ampunkan dosaku....

Ya Allah.. Aku mencintai seseorang yang aku tidak suka.....Aku merindui seseorang yang aku bencikan... dengan jelas,, nyata dan terangnya aku telah menganiaya roh ku sendiri kerana ini... Sungguh besar Ertinya Ya Allah...

Ya Tuhan.. Sesungguhnya Engkau lebih megetahui apa yang ingin aku katakan... semoga Engkau melimpahkan rahmatMu kepadaku... Insyaallah...

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

5 Kaki Selamber:

  1. Haiya...Buang je semua tu..relax2..aku sifat marah semua tu aku lock off...orang marah aku bagi petrol jer..orang maki aku senyum jer..wakakaakakk poliknye.. pastu kalau aku ada pasangan pun,aku nak je terus merisik,ikat berapa lama pun tak apa,tunggu aku habis belajar,kumpul duit nikah terus..,tak kira la popuan tu macam mana pun,tapi baik akhlaknya la agamanya lah..bukan tahu islam tapi tidak faham pulak,yang memahami apa itu islam...aku nie kalau pasangan aku ni ada hati dekat orang lain,pergi jelah dekat orang tu,nak buat macam mana lagi kan,owh lelaki tu mungkin lagi bagus dari aku kot.... hati terluka?aduh 1% jer..sikit sangat...yang aku tahu belum masanya lagi la nie..nanti ada masa nanti ramai pula sampai tak tahu nak pilih..semua baik2....itu kene bersungguh2 dalam mengejar akhirat...kalau bersungguh2 mengejar dunia pun boleh juga tapi kedua2nyalah...kalau dunia jer..ermmm tak tahu la nak cakap apa lagi.. dekat blog aku pun ada juga cinta2 nie..heee..

    ReplyDelete
  2. haaaa....tp 2 je aku dapat wat kesimpulan..1,,, hidup ni dari ketentuan Tuhan.. 2,,,, aku rindu kat dia bro...uuuu....cian aku...
    cinta ni xsalah...tapi kalo ko buka topic zina mata,hati tu memang den serender la..bagi den la,,, selagi kita xbromen @ seks dengan dia,,xde masalah bercinta..jadi salah kalo berzina...series aku xpenah buat..x pk nak buat pun..kalo aku jenis yang buat mende tu,, tah kenal tah idak kita ni..mesti jadi setan je aku nanti...hahhaha...

    ReplyDelete
  3. Cinta Cintun Ni Zina tangan pun ada,zina semua anggato badanlah kan...nak listkan susah haaa 1BADAN sahajalah..huhuu.. relax...cuba kawal Diri ko tu,tak perlu fikir pasal perempuan nie sangat.. memang lelaki nie kene berfikiran baik terhadap perempuan nie....tapi bukan suruh dok mimpi dan sampai teringat2..adoi..bunga walaupun banyak sekali pun.. bila dah suka..susah mahu lepaskan bunga tu..so ambillah masa ko..kalau popuan tu dah ada orang lain..ko doakan sajalah kesejahteraan dia dan saling ingat mengingati sebagai seorang sahabat sudah memadai...kalau dah ada hati ambil masa bincang dan terus merisik bro..ikat..apa susah ikat je ngan tali kerbau..biar susah mau putus.. o.O .. aku tak tahu tentang ko lagi bro..ko orang macam mana ku pun tak tahu..pape pun semua manusia berbeza dari SEGI SEKIAN2 nie..asalkan dapat berperang dengan NAFSU besar! itu penting..pape pun aku doa kan semua Doa mu dikabulkan Oleh Ilahi..wassalam my friend be my partner be my joined be my sosialization

    ReplyDelete
  4. hahha..tentang aku? aku ni bdak skema je bro..kat cini je aku gila2 sket..tapi kadang2 aku skema je..baik budaknye..hahhaha.... nak wt cmne bro..aku ni nmpak je rock brutal..tapi realitinya aku ni x la de pe sangat..selamba je..tapi yg jenis x makan saman tu memang aku la tu xkira kat internet @ reality..tu mmg sikap aku...hahha...walaupun aku ni xla expert bab agama,,mungkin aku dah wt zina mata hati jantung paru2 semua lah..tp bab yg sentiasa ditegah,,tu aku x penah buat...walaupun zina mata paru2 jantung ni pun ditegah,,tp aku xleh ar...nak jugak buat..tu sebab aku jadi cmni kot..xleh ar bro....ilang sifat brutal aku pasal ni..lame gak ar aku jd cmni..xtau smpai bila...tp,,ngan korang2 ni,,,aku tunjuk selamba je..wt cm xde mende berlaku...aku lepaskan kat blog je..kadang2 kat atas jalan raya..kdg2 kat atas bumbung...kdg2 kul 3 pagi,,,,pegi masuk utan,,cabar hantu ke ape suh keluar..sebab ati aku masa ni memang xrase ape...rase rindu je...sunyi..........

    ReplyDelete
  5. Saya paham apa awak rasa. Hari- hari bangun asyik rindukan seseorang yang tak pernah fikir diri ini. Minta pertolongan Allah. Dengan izinNya akan dipermudahkan beban kehidupan.

    ReplyDelete

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua