Masalah Yang Berkaitan Dengan Jenazah dan Kubur.. (Bid'ah)

Bentuk-bentuk bid'ah dan yang berlawanan dengan syariat Islam..

  • Meletakkan / menaburkan bunga pada jenazah atau kuburan.. Perbuatan ini menyerupai orang-orang kafir.. Padahal Rasulullah saw bersabda,, "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum,, dia termasuk di kalangan kaum itu.." (H.R. Ahmad)
  • Menghormati arwah para pahlawan dan lainnya dengan membina patung yang menyerupainya.. Ini adalah bid'ah yang sangat mungkar.. Penghormatan baginya cukup dengan doa dan memohonkan keampunan baginya..
  • Mengadakan tahlil atau takbir beramai-ramai dengan suara tinggi berkenaan dengan seseorang yang meninggal dunia.. Yang disyariatkan adalah doa dan dzikir..
  • Azan di dalam kubur atau setelah meletakkan jenazah di liang lahat.. Ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan juga para sahabat.. Padahal beliau telah bersabda,, "Barangsiapa membuat perkara baru dalam agama ini,, padahal bukan dari sebahagian dari agama (Islam) nya,, ia ditolak.."
  • Menguburkan mayat dengan peti.. Seharusnya mayat dikubur secara langsung dengan kain kafan,, tanpa peti.. Kecuali pabila terjadi sesuatu yang memerlukan mayat di letakkan di dalam peti seperti,, anggota tubuh badan yang telah terpotong,, pecah atau peraturan sesebuah negara yang mewajibkan penggunaan peti dan tidak boleh untuk mengubahnya,, barulah penggunaan peti dibolehkan.

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~