Warkah Buat Ibu Ku Yang Tersayang....Love U Mak....!!

Mak ku..
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur dikurniakan seorang emak yang sangat baik dan mengambil berat tentang diriku walaupun den ni dah beso panjang dan dah berumur 24 tahun..

Mak ku..
Waktu kecik2 dulu,, mak selalu mengajar aku bercakap bahasa arab,, tapi,, maaf lah mak..sekarang bukan bahasa arab je,, bahasa jawa pun failed..Hehe.. b.melayu je ok..tapi dulu SPM dpt 6 je..tapi credit ar tu kan..hehe.. bab karangan yang menyampah nak menulis tu..haha..

Mak ku..
Selalu aku bersamamu..kadang2 aku tak sedar betapa untung nya aku ada mak seperti mak aku lah..mak bagi aku peluang untuk menyambut pelajaran..walaupun anak2 mak ramai,, mak lebih fokus padaku..maybe disebabkan aku ni anak bongsu.. manja aku ni lebih sikit kan mak..

Mak ku..
Insyaallah taala,, selama ini aku banyak menyusahkanmu..lepas ni,, aku x lagi menyusahkan mak..aku akan bina hidup aku dengan berkat doa mak..terima kasih mak..memang aku x mampu nak balas jasa mak..tapi,,aku sentiasa berusaha sedaya upaya aku agar aku sentiasa dekat dengan mak..walaupun nanti tempat kerja aku jauh sekalipun,,aku sentiasa berusaha untuk berulang alik..lepas ni,, x kan complain nye..biar penat lelah,,aku tanggung di iringi oleh doamu mak..

Mak ku..
Esok mak nak ke perak.. terima kasih sebab ajak aku ke sana..aku memang nak pergi sebenarnya..tapi aku tau,, aku x berapa penting untuk folow sekali..semua dah ada kereta..tunggu lah aku ade kereta sendiri...belum sempat mak ajak,,aku dah kemas tempat duduk tuk mak.. tah bila r ek..ish..kete oh kete..nanti la ko kete..aku beli ko nanti..kali ni aku x nak harap kat sape2 dah..aku dah beso mak..pandai2 la aku nanti..

Mak ku..
Ari tu aku ade nak minta tolong sedikit pada mak..tapi aku pk,,biarlah aku begini..x pe..biar aku susah sendiri..pandai2 aku setelkan masalah aku ni..orang lain boleh,, x kan aku x boleh..insyaallah mak..tapi,,masakan mak memang ari2 la den nak..hehehe..sodap kangkung mak..dapat pucuk paku plak kan,, nasi compem kene tanak dua kali untuk den..hehehe..

Mak ku..
Bilik yang mak dan arwah bapak duduk ni dulu,, dah macam sarang beruang dah mak..hehe..teruk ar den ni mak..macam2 khazanah ade kek dalam ni..sampah sarap bertimbun..hehe..tapi,,esok ni aku nak lakukan upacara mengemas bilik ni..cam tongkang karam dah..hehe..standard r..anak bujang terakhir dalam keluarga ni..selamber je kan..hehe..x pe..nanti den beli perfume,, den tacap merata2 tempat kat seluruh dinding bilik den ni..pastu,, den pasang exzos fan untuk buat angin kuar nye..baru bau alam sekitar sikit.. hehe..

Mak ku..
Terima kasih kerana menyayangi aku seadanya.. aku sentiasa berdoa agar mak menjadi penghuni syurga di akhirat nanti di temani suami mak yang juga bapakku yang sangat aku sayangi.. jika suatu hari nanti,,,,kalau aku tunjuk kat mak seorang perempuan yang aku nak,, tapi mak reject,, aku juga akan reject dia sekali.. xpe... pasal mak r aku ada keluarga kandung.. lagipun kan,,sape la nak kat aku ni.. orang x tau,, aku ni kat sini je selamber..bila depan2,, rilek je..hehe..tapi,, senyap2 sudah la..biar orang mengata aku..kan kalo orang mengata aku,,dan aku bersabar,,aku dapat pahala free kan..hehe.. tu sebab aku selamber kat internet ni mak..hehe..

Mak ku..
Dah malam buta dah ni.. aku nak melelapkan mata dulu r.. walau ape pun,, aku nak mak sebahagian dari kehidupan aku seharian..biar tercatit di blog selamber aku ini sebagai bacaan oleh diriku sendiri..kasih syg mak pada ku,,sangat2 aku syukuri... insyaallah,, nanti,, bila aku ade kete sendiri,,aku bawa mak mengembara g london ek..hehehe.. kete ape la boleh terbang g london ek..ish..kete yang dah ade kat london kot..ish...

Mak ku..
Aku sygkan mak dunia akhirat........!

Selamber Jer Promote Website/Blog Yang Bukan Sendiri Punya... Ade Aku Kisah???

La ni,, aku nak promote website orang sikit..Sebab website ni yang sering aku masuk dan mengomel kat situ..Ada jugak yang aku dah lame x masuk,, tapi aku selalu amik tau perkembangan nye.. Ade jugak sahabat2 yang baru aku kenali.. dan,, memang sengaja je lah aku letak kat sini..biaq senang sikit den nak tekan tuk pi site diorang.. hahaha..

http://halaqah.net/v10


http://www.gt128riders.com/forum/index.php



http://www.alexa.com/


_______________________________________
Yang bawah ni x dak gambo..X reti nak rembat gambar kat mano..HaHa...!
___________________________________________________________
http://shielasuri.blogspot.com/
http://azrin-kun.blogspot.com/
http://dummies.com.vn/
http://www.kawaks.net/
http://mpkj.dusuntua.com/
http://muslimeen-united.blogspot.com/
http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/
http://www.newbloggingtipz.com/
http://www.jobstreet.com.my/
http://www.absoluteip.com/
http://www.glitterfy.com/
___________________________________________________________
Dan yang bawah ni pulak,, Blog yang perasan Bagus.. HaHaHa...!
___________________________________________________________
http://hairilnua.blogspot.com

Selamber Lagi....

Hahahaha.... Hahahahha... Hahahahahhahah....... em.... tara idea lah...hahahahha...tapi hari ni aku hepy beb..esok lusa aku citer la.... skarang ni aku nak prepair dulu.... semoga berjaya...lucky for me... hahahahhahahahahhaha.....

Pimpinan Rasulullah saw Dalam Masyarakat Majmuk (Episod 2)

Contoh-Contoh Aspek Masyarakat Majmuk Di Dalam Al-Qur'an Al-Karim..

Kerasulan Nabih Muhammad saw untuk alam sejagat..

Allah swt berfirman..
"Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul untuk segenap manusia.." [al-Nisa : 79]
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat ke seluruh alam.." [al-Anbiya : 107]
"Katakanlah (Muhammad),, hai manusia,, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian......" [al-A'raf : 158]
"Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat mansusia seluruhnya..." [Saba' : 28]
Perkataan "MANUSIA" Dalam Al-Qur'an..

Secara umumnya,, perkataan yang memberi erti "manusia" di dalam al-Qur'an sering diungkapkan dengan kalimah 'insan,, basyar,, bani Adam, dan al-Nas' untuk lelaki dan perempuan.. Dan al-Nisa' khas untuk perempuan sahaja..

Nilai-Nilai Sejagat..

Ajaran al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah saw dapat disimpulkan kepada empat perkara pokok,, yang menggambarkan kesejagatan dan kesempurnaan Islam..
*** Keesaan Allah swt yang mutlak..
*** Kepastian wujudnya alam akhirat..
*** Pembersihan jiwa...
*** Memelihara keutuhan jamaah Muslimin..

Usaha seseorang insan itu dinilai berdasarkan iman dan amal solehnya,, kecintaan dan rasa persaudaraannya.. Kemuliannya pula dilihat pada sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah swt..
"Sesungguhnya orang-orang yang termulia di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa.." [al-Hujurat : 13]
Al-Qur'an menyokong danmenerima semua sifat dan nilai akhlak yang mulia yang sesuai dengan fitrah kejadian insan seumpama ikhlas,, berani,, jujur,, timbang rasa,, benar,, simpati,, persaudaraan,, pemurah,, gigih,, tolong-menolong,, dan sebagainya.. Al-Qur'an menolak dan menentang semua sifat terkeji yang tidak bersesuaian dengan fitrah kejadian tadi,, seperti,, berbohong,, khianat,,, zalim,, hasad dengki,, degil,, malas,, haji bakhil,, dll..

Manusia Dalam Sejarah..

Maksud firman Allah swt,,
"Maka ceritakanlah kepada mereka peristiwa-peristiwa agar mereka berfikir.." [al-A'raf : 176]
Al-Qur'an memaparkan pelbagai peristiwa  manusia majmuk sepanjang sejarah di antara mereka yang beriman dan yang tidak beriman,, mereka yang mendapat kehalusan nikmat dan manusia yang dilaknat,, manusia yang berimankan Allah swt dan manusia yang bertuhankan nafsu serakah.. Selain daripada memaparkan perjuangan para Nabi dan Rasul,, al-Qur'an sebagai contoh mengisahkan kaum-kaum yang menolak pimpinan para Rasul,, Ashabul-Kahfi,, Luqman,, isteri Nabi Nuh dan Isteri Nabi Lut,, isteri Fir'aun,, Mariam binti Imran,, Bani Is-rae_l,, Puteri Balqis,, Jalut dan Talut dll..
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.." [yusuf : 111]

Kesimpulannya...


*** Kesejagatan pimpinan Rasulullah saw bertolak dari kaedah khas kepada kaedah am.. 'Umum al-risalahnya' merupakan natijah dari 'Khususiyyat al-risalah' yang dibawa oleh Rasul-rasul sebelumnya..
*** Perkataan 'manusia' dalam al-Qur'an dan penjenisan manusia yang beriman dan manusia yang kafir dengan sendirinya menjelaskan penolakan al-Qur'an terhadap bangsa,, qabilah,, warna kulit,, keturunan,, kaum dan puak sebagai ukuran kemuliaan ataupun kehinaan..
"Hai manusia,, sesungguhnya Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mahan Mengenal.." [al-Hujurat : 13]
*** Al-Qur'an menyanjung sifat-sifat yang terpuji dan mengutuk sifat-sifat yang terkeji.. Ini bermaksud,, al-Qur'an menolak semua amalan khurafat,, bid'ah,, syirik,, mungkar,, tanpa perikemanusiaan yang semuanya terungkap dalam istilah 'Jahiliyyah Kuno' atau 'Jahiliyyah Moden'..
*** Manusia seharusnya merenung sejarah kewujudanya di alam ini zaman-berzaman supaya menjadi sempadan dan teladan dalam kehidupannya..

HALUAN KEPIMPINAN DAN SIASAH DALAM ARUS KEBANGKITAN ISLAM

Pimpinan Rasulullah saw Dalam Masyarakat Majmuk (Episod 1)

Kejadian Manusia

Allah swt berfirman....
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) daripada tanah.. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim)).. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,, lalu segumpal darah itu Kami jadikan tulang belulang,, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain.. Maha Suci Allah,, Pencipta yang paling baik.." [al-Mu'minun : 13-15]

Bukhari dan Muslim pula meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a,, bahawa Nabi Muhammad Saw bersabda,,
"Sesungguhnya setiap kamu terkumpul dari kejadiannya dalam perut bondanya selama empat puluh hari berbentuk air mani,, setelah itu menjadikan segumpal darah selama itu juga,, setelah itu menjadi tulang belulang selama itu juga.. Kemudian dihantar kepadanya malaikat meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan dengan empat kalimat ( rezekinya,, ajalnya,, amalannya,, celakanya/bahagia)"

Kesimpulannya,,,, 

***Manusia mempunyai penciptanya iaitu Allah Rabb al'-alamin..
***Manusia wujud di alam ini menurut kehendak dan perencanaan Allah swt..
***Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian..
***Manusia diamanahkan dan dipikulkan dengan tanggungjawab..

The Miraaj of Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam

Manusia Diberikan Bimbingan..

Allah swt berfirman :
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut bondamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun.. Dan Dia memberikan kamu pendengaran,, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.." [al-Nahl : 78]
"Bukankah Kami telah memberikan kepadanya (manusia) dua mata,, lidah dan dua bibir? Dan Kami telah menunjukkan kepada manusia itu dua jalan (jalan kebaikan dan kejahatan)" [al-Balad : 8-10]
"Manusia itu adalah umat yang satu.. Maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar berita gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar untuk memberi keputusan yang mereka perselisihkan..(menyelesaikan masalah)" [al-Baqarah : 213]
Kesimpulannya...

*** Pada peringkat awal manusia itu diberi bimbingan (hidayat) semula jadi,, manusia datang dengan keadaan menangis,, bersuara dan gerakan
***Di ikuti dengan bimbingan pancaindera..
*** Di ikuti dengan bimbingan akal..
*** Dan akhir sekali,, bimbingan agama daripada Allah swt menerusi pimpinan para Nabi  dan Rasul Nya...

Jihad of Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam

Rangkaian Pimpinan Para Rasul..

Allah yang Maha Bijaksana telah menurunkan kepada manusia para Nabi dan Rasul silih berganti dari satu generasi kepada satu generasi dan dari satu zaman kepada satu zaman bagi membimbing manusia ke arah kebenaran.. Tugas mereka di antaranya menjelaskan hakikat kejadian manusia,, menyampaikan ajaran aqidah,, hukum syariah dan nilai akhlak yang luhur.. Mereka juga menerangkan kesudahan manusia,, menjelaskan perkara-perkara ghaib,, malaikat,, alam akhirat,, syurga,, neraka dll..

Diantara para Rasul itu ada yang diceritakan Allah kepada kita di dalam al-Qur'an,, disebutkan nama-nama mereka dan diantaranya ada yang tidak disebutkan siapa mereka itu..

Penutup kepada rangkaian para utusan tersebut ialah Nabi Muhammad Saw.. Beliau menjadi Penghulu kepada para Nabi dan Rasul yang terdahulu.. Diutus untuk alam sejagat,, jin dan manusia amnya..

Baginda Rasullullah saw mengumpamakan kerasulannya dalam sebuah Hadis yang berbunyi,,
"Perumpamaanku dan perumpamaan semua Nabi itu adalah seumpama seorang yang mendirikan sebuah bangunan (rumah),, ia telah menyempurnakan dan memperindahkan bangunan itu seluruhnya melainkan suatu tempat untuk batu bata belum di lengkapi lagi.. Kemudian seorang yang memasuki bangunan itu lalu ia melihatnya.. Ia berkata,, 'alangkah indahnya bangunan ini,, tetapi hanya tinggal satu batu bata yang belum diisi..' Saya (Muhammad) lah tempat penyempurnaan sebuah batu bata itu.. Semua Nabi 'alaihimus-salatu wassalam diakhiri dengan kedatanganku.."

Kesimpulannya...

*** Konsep kepimpinan para Rasul memang telah termaklum sejak zaman berzaman..
*** Kesedian manusia menerima atau menolak pimpinan tersebut juga telah termaklum di dalam sejarah perjuangan para Nabi dan Rasul..
*** Pimpinan para Rasul berakhir dengan kedatangan Nabi Muhammad saw,, yang diutus untuk seluruh alam dan konsep kepimpinan itu berterusan hingga ke hari kiamat..

The Messenger of Allah: A Biography of Muhammad Rasulullah (Salla Allahu Alaihi Wa Sallam)

Doa Pembacaan Al-Fatihah


Maksudnya...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

* Segala puji bagi Allah,, Tuhan Pemelihara sekalian alam..

* Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

* Yang memiliki hari pembalasan....(akhirat)

* Hanya kepada Mu yang Kami menyembah dan meminta pertolongan...


* Ya Allah,, berilah kami petunjuk ke jalan yang benar...


* Jalan yang telah Engkau berikan kurniakan nikmat pada mereka yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat..


The Qur'an (Oxford World's Classics)

Adap Berdoa

Masa kita nak memohon dan berdo'a kepada Allah swt,, hendaklah disertai dengan adap,, diantaranya seperti yang den koba kan di sini..

  1. Benda yang diharamkan jangan di dekati,, jauhkan lah.. Baik makanan,, minuman dan pakaian..
  2. Doa lah dengan seikhlas hati sedaya upaya walaupun setan tu duk ngaco aje..
  3. Lagi elok bila nak berdoa tu lepas solat,, sebab den ade dengar 1 hadis yang diriwayatkan oleh Abi Darda,, Nabi Muhammad saw bersabda,,"Siapa yang berwuduk dengan baik kemudian sembahyang dua rakaat,, setelah itu berdoa,, maka Allah swt akan memperhatikan permintaannya,, diberiNya dengan segera @ diberiNya dengan terlambat..(di akhirat)..!
  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdu lillaahi rabbil 'aalamiin),, selawat dan salam atas junjugan besar Nabi Muhammad saw pada awal dan akhir doa..
  5. Pastikan Khusyuk dan berdoa dengan jiwa yang tenang..
  6. Suara bagi rendah sikit dan mengharap dengan sepenuh hati..
  7. Mengulangi doa itu berulang kali dan jangan sesekali berputus asa..
  8. Menyerah diri kepada Allah swt dengan tawadhuknya..
  9. Jangan berdoa untuk berbuat dosa @ berdoa untuk keburukan orang lain..
  10. Jangan sesekali berkata,, "Aku telah berdoa,, tapi Allah tak memperkenankan permintaan aku.."

Akhirnya,,, Penantian Ku Berakhir........ Selamber.info... Hehehhe...

Selama 2 1/4 hari aku menunggu untuk menukar name blog aku,, tapi,, aku tak tau kenapa aku nak tukar ke hairilnua.info xboleh...tak paham aku.. hahaha..aku amik .info sebab murah sikit..lagipun Rm6.00 setaun.. boleh la..saje aku nak test..saje nak buat nama blog aku lain sikit.. cume aku pasrah sikit la...sebab aku nak tukar ke http://www.hairilnua.info ..tapi last2 aku pun tak paham camne,,, tukar ke http://www.selamber.info.. tapi aku tak tau nak info ape... hehehe..

step by step nak amik domain go daddy ke blogspot,, bapak susah..aku ni bukan reti english sangat.. mula2 aku search la kat pakcik google,, memang banyak info nye,, tapi yang sengal nye tu,, info diorang bagi,, xlengkap..tak tau ape langkah seterusnya..heheh..sekarang aku dah tau..nak bitau ke x ek..heheh...selamber je...

Lamenye Aku X Update Blog.....

My blog yang ku rindui.. Lame aku menyepi,, mencari ketenangan,,menyetelkan masalah,, tapi samapai sekarang belum setle lagi ni,, tapi untuk mengelakkan aku blur,, aku kene lah menulis sesuatu,, bagi kepala otak aku serabut sikit.. Dah serabut nanti,, boleh la lempang muka sendiri kuat2,, baru boleh pening2 ke,,, baru nampak cam orang gila sikit..ish...

Jarang aku online computer kat rumah ni dah,, aku online kat kedai je selalu,, bukan ape,, kalau kat rumah ni,, memang jenis tak reti tutup computer,, hari tu bill dah naik dah,, nasib baik waktu raye,, standard la bill naik,, tapi naik 2 kali ganda,, sape nak bayor?? Hahaha... Kalo online kat kedai ni,, limit 2 jam je aku layan,, kalo lebih,, badan aku sakit,, dah la kerusi dia kayu,, hampeh betul la cc kat langat ni.. Tapi kalo bill naik lagi,, bukan angkara aku la...Maybe angkara adik ipar abang aku tu.. Kat bilik dia ade computer besar gedabak,, 2 kali lagi besar dari computer aku,,, Sebab pe aku kate dia slalu buka computer nye sebab dia slalu minta tolong aku ajar dia banyak hal pasal facebook...Ish...

Facebook... Aku dah deaktivate dah facebook aku...Dah lame dah aku tutup.. Bukan tutup terus la.. Aku buat private je.. Aku buat personal untuk aku je sorang.. Malas aku nak mengidupkan diri aku dalam dunia facebook lagi..Sebab facebook la yang mengenalkan aku dengan kesakitan hati yang selameni sikit2 aku alami,, tapi bila dah berada dalam dunia facebook,, mula2 boleh la.. Lame2,, jadi menyampah.. Tengok la taun depan punye depan lagi aku buka balik..Ni la namenye keazaman yang penuh ke poyo an....Taw2 je minggu depan aku buka balik... Bukan betul aku ni.. Hehehe...

So,, aku nak cite la sikit pe yang aku dapat dalam waktu sebelum2 ni..

---------> 3 Minggu lepas aku jalan2 pergi town,, aku jumpe sorang minah ni,, duk jeling2 aku pulak,, ingatkan dia terpikat dengan aku,,, rupenye dia nak pinjam aku singgit pasal nak bayor parking,, siot tol..

---------> Hari tu aku pergi kebun jap,, bajet nak mesen rumput la,, kiranaya azam tengah kuat la masa tu,,,, boleh pulak tayar moto meletup,, dah tu,, xjadi mesen rumput,, aku balik je,, tapi yang jadi makin teruk nye,,aku menunggang balik rumah dengan mesen rumputnye sekali,, Berat tu,, sampai2 rumah je,, tayar aku luka teruk,, hantar kedai,, terus beli tayar baru,, tayar + tiub.... dalam rm60 x silap aku,,, hadei.... nasib baik rim x rosak,,, kalo tak,, lagi la masak aku...

---------->Ade 1 hari sebelum hari ni,, aku mengigau,, aku mimpi jumpa orang paling x ensem di muka bumi... Kalo dah x ensem tu,, mesti la huduh kan.. Ish.. Dia duk tenung je aku.. Aku pulak masa tu tengah mimpi,, mimpi2 sedar la... Aku pun tak r takut sangat,, sebab aku rase aku ni lagi ensem dari diri dia..tapi lepas lame2 aku hayati muka dia,, aku dapati sebelah dia ade bingkai,,,akhirnya aku mengetahui bende yang aku pandang tu cermin,, cermin dalam mimpi,, ish,,, terus aku tersentak,, tersedar terus aku,,, terus aku usap2 muka aku,,,, tengok cermin balik,, fuuhhh... nasib baik ensem lagi... hahahhah..... ngeri bila tengok muka sendiri macm dalam mimpi tu,, aku ingatkan real... ade la maknenye tu mungkin... mungkin pasal tu amalan kejahatan aku,,,, banyak dosa aku.... ish... taubat aku...

----------> Menjadi kebiasaan aku tido pukul 3 pagi setiap hari,, tapi,, kemarin aku tido awal gila,, bangun pukul 3 pagi pulak.. masak aku..terus x boleh tido... x tau ape nak buat..aku keluar lah  kejap,, sampai kat pekan,, motosikal enjen mati,,, minyak abis,, mati kutu aku,, dah la malam jumaat tu.. camne boleh x perasan.. pastu tetiba mata layu pulak,, tanda mengantuk ar tu,, dengan selambe adap aku je lah aku menolak balik umah,,, dah la lampu ade yang idup,, ade yang x,, kat jalan nak kat umah aku ni ade 1 tiang lampu yang ikut suka hati dia je nak idup mati..idup kejap,, mati kejap,, idup balik,,, mati balik....bila aku sampai situ,, aku tunggu la sampai dia idup,,, bila idup je,, aku pun menolak la,, naik bukit lak tu,, lenguh kaki tangan aku menolak laju2... seram je masa tu,,, sekali dah betul2 kat bawah tiang lampu tu,,,, mati pulak lampunya,,,, bulan mengambang 3/4 penuh lak tu... x r terang sangat,,, sampaikan pisang pun aku rase orang la katekan...hahaha...dengan perasaan yang agak seram,,aku pun menolak je sambil pandang depan yang gelap,, walaupun hati kuat mengatakan ade orang kat tepi,, aku buat bodo je...seram siot...akhirnya sampai gak aku kat umah....

----------->sambungannye dari cite atas... Ada lagi 1 masalah,,, pintu umah aku kunci,,,ai,,,sape la kunci malam2 buta ni,,, dah la mata dah tiaw semacam ni...seram + ngantuk... ni bibik indon ni la yang kunci ni,, lampu luar pun dimatikannye...last,, jadi cam perompak la aku,, aku masuk melalui tingkap bilik aku yang x berkunci,, tapi aku sorang je tau camne nak buka nye,,, ade cara2 nye...dan terus aku terlena dengan nyenyaknya...bangun2 je pagi esok,, aku bangun kat lantai kat luar umah..ish...pening pale aku memikirkan ape yang sebenarnya berlaku pada malam tu...aku mengigau ke ape..rasenye memang aku panjat umah masa malam tu,,aku tido kat bilik aku..camne pulak bila sedar je,, aku tido kat lantai luar umah...ish...mampos aku...seram aku masa tu...puas aku explain kat mak aku cakap yang aku tido dalam bilik...mak aku gelak je,, last2 aku kene ceramah free,,, len kali baca la ape2 sebelum tido tu...ish...

Ni je lah cite aku,, banyak lagi,, tapi belum tentu ade orang baca artikel ni,, balik2 aku jugak yang baca nye.. so,, memang maleh la aku nak taip banyak2..hahaha... pasni lame jugak aku x online ni.. maybe minggu depan pulak baru aku tulis posting baru...bukan nye xde idea,,tapi aku cume xnak bill melambung je...ni pun aku menaip kat cc je...kat umah aku x guna pun,, aku biar je kat tempat dia... biarlah bayor rm2 sejam kat kedai.... heheh.. selambe je lah......