Pimpinan Rasulullah saw Dalam Masyarakat Majmuk (Episod 2)

Posted By: Hairilnua - 11:48:00 AM
Contoh-Contoh Aspek Masyarakat Majmuk Di Dalam Al-Qur'an Al-Karim..

Kerasulan Nabih Muhammad saw untuk alam sejagat..

Allah swt berfirman..
"Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul untuk segenap manusia.." [al-Nisa : 79]
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat ke seluruh alam.." [al-Anbiya : 107]
"Katakanlah (Muhammad),, hai manusia,, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian......" [al-A'raf : 158]
"Dan Kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat mansusia seluruhnya..." [Saba' : 28]
Perkataan "MANUSIA" Dalam Al-Qur'an..

Secara umumnya,, perkataan yang memberi erti "manusia" di dalam al-Qur'an sering diungkapkan dengan kalimah 'insan,, basyar,, bani Adam, dan al-Nas' untuk lelaki dan perempuan.. Dan al-Nisa' khas untuk perempuan sahaja..

Nilai-Nilai Sejagat..

Ajaran al-Qur'an yang dibawa oleh Rasulullah saw dapat disimpulkan kepada empat perkara pokok,, yang menggambarkan kesejagatan dan kesempurnaan Islam..
*** Keesaan Allah swt yang mutlak..
*** Kepastian wujudnya alam akhirat..
*** Pembersihan jiwa...
*** Memelihara keutuhan jamaah Muslimin..

Usaha seseorang insan itu dinilai berdasarkan iman dan amal solehnya,, kecintaan dan rasa persaudaraannya.. Kemuliannya pula dilihat pada sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah swt..
"Sesungguhnya orang-orang yang termulia di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa.." [al-Hujurat : 13]
Al-Qur'an menyokong danmenerima semua sifat dan nilai akhlak yang mulia yang sesuai dengan fitrah kejadian insan seumpama ikhlas,, berani,, jujur,, timbang rasa,, benar,, simpati,, persaudaraan,, pemurah,, gigih,, tolong-menolong,, dan sebagainya.. Al-Qur'an menolak dan menentang semua sifat terkeji yang tidak bersesuaian dengan fitrah kejadian tadi,, seperti,, berbohong,, khianat,,, zalim,, hasad dengki,, degil,, malas,, haji bakhil,, dll..

Manusia Dalam Sejarah..

Maksud firman Allah swt,,
"Maka ceritakanlah kepada mereka peristiwa-peristiwa agar mereka berfikir.." [al-A'raf : 176]
Al-Qur'an memaparkan pelbagai peristiwa  manusia majmuk sepanjang sejarah di antara mereka yang beriman dan yang tidak beriman,, mereka yang mendapat kehalusan nikmat dan manusia yang dilaknat,, manusia yang berimankan Allah swt dan manusia yang bertuhankan nafsu serakah.. Selain daripada memaparkan perjuangan para Nabi dan Rasul,, al-Qur'an sebagai contoh mengisahkan kaum-kaum yang menolak pimpinan para Rasul,, Ashabul-Kahfi,, Luqman,, isteri Nabi Nuh dan Isteri Nabi Lut,, isteri Fir'aun,, Mariam binti Imran,, Bani Is-rae_l,, Puteri Balqis,, Jalut dan Talut dll..
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.." [yusuf : 111]

Kesimpulannya...


*** Kesejagatan pimpinan Rasulullah saw bertolak dari kaedah khas kepada kaedah am.. 'Umum al-risalahnya' merupakan natijah dari 'Khususiyyat al-risalah' yang dibawa oleh Rasul-rasul sebelumnya..
*** Perkataan 'manusia' dalam al-Qur'an dan penjenisan manusia yang beriman dan manusia yang kafir dengan sendirinya menjelaskan penolakan al-Qur'an terhadap bangsa,, qabilah,, warna kulit,, keturunan,, kaum dan puak sebagai ukuran kemuliaan ataupun kehinaan..
"Hai manusia,, sesungguhnya Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Mahan Mengenal.." [al-Hujurat : 13]
*** Al-Qur'an menyanjung sifat-sifat yang terpuji dan mengutuk sifat-sifat yang terkeji.. Ini bermaksud,, al-Qur'an menolak semua amalan khurafat,, bid'ah,, syirik,, mungkar,, tanpa perikemanusiaan yang semuanya terungkap dalam istilah 'Jahiliyyah Kuno' atau 'Jahiliyyah Moden'..
*** Manusia seharusnya merenung sejarah kewujudanya di alam ini zaman-berzaman supaya menjadi sempadan dan teladan dalam kehidupannya..

HALUAN KEPIMPINAN DAN SIASAH DALAM ARUS KEBANGKITAN ISLAM

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua