Kenangan Semalam (Pantun berbunyi Sajak)

Posted By: Hairilnua - 10:43:00 PM
Malam yang sunyi sepi..
Mengundang rasa duka di hati..
Rasa degup jantungku seakan berhenti..
Mengingati seseorang yang tiada di sisi..

Bila mataku terlihat gambar mu..
Membuat aku merasa pilu..
Rasa hati tiada teman..
Rasa jiwa ku sungguh kesepian..

Ku mencari kelemahan ku..
Ku mengingat masa yang lalu..
Di manakah kesalahan ku..
Apakah sebenarnya yang kau mahu...

Memang ku suka bergurau senda..
Walaupun perit rasa di dada..
Memang diriku senang ketawa..
Walaupun hati sangat menderita..

Kau betanya pada ku..
Apakah aku membenci mu?
Mana mungkin aku membenci mu..
Sangat rindu ku kepada mu..

Kau pinta aku menjadi kawan..
Sedang hatiku telah tertawan..
Dengan diri mu wahai insan..
Seseorang yang sangat aku rindukan..

Dengarlah wahai sayang..
Kasih sayang yang aku curahkan..
Sejujur kasih yang aku lafazkan..
Hanyalah untuk mu seorang..

Walau sekejap detik2 pertemuan..
Kenangan semalam tetap di ingatan..
Mengharap dirimu kembali..
Kepangkuanku nanti...

INSYAALLAH....!

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua