Air Mata Amira

Amir sudah memberikan segala-galanya untuk membahagiakan Amira. Rumah besar, kereta, barang-barang kemas. Sebut saja apa yang diingini oleh perempuan... semua dah diberikan, termasuk akaun peribadi. Belilah apa saja. Amir ingin Amira bahagia. Benar-benar bahagia sebagaimana Amira memberikan sinar kebahagiaan dalam hidupnya. Tapi Amir sedar, ada sesuatu yang membuatkan Amira tak puas hati. Apa? Amir bingung....

"Mira hargai segala yang abang berikan pada Mira selama ini. Mira sayangkan abang. Mira takut pada perpisahan, bang! Mira nak bersama abang sampai bila-bila."

"Mira... Kenapa sampai fikir macam tu? Mira ingat, abang nak tinggalkan Mira?."

"Mira terima jika kematian memisahkan kita, sebab itu memang laluan hidup. Mira juga sanggup kalau ada perempuan lain dalam hidup abang dengan syarat abang miliki secara terhormat, sekiranya itu yang Allah takdirkan. Tapi ada perpisahan lain yang Mira takut..."

Gila! Bila Amira mula bercakap begitu, Amir akan membiarkannya. Kenapa takut dengan bayang-bayang sendiri? Dia benci dicurigai begitu. Tidak terlintas di hatinya untuk menduakan Amira. Cukuplah pengalaman kawan-kawannya mengajar Amir tentang kerenah orang perernpuan. Tak pernah cukup dengan yang ada. Amir terlalu sayangkan Amira dan takut kehilangannya. Bukannya mudah mencari wanita sebaik dan semanis Amira.

Apa yang menyiksa Amir ialah, ada semacam ketidakpuasan pada wajah Amira. Amir dapat membacanya dari sinar mata Amira. Apa lagi yang kurang?

Amir masih ingat isi diari Amira yang dibacanya tiga bulan selepas perkahwinan mereka. Malam itu Amir balik lewat. Amir membuka pintu perlahan-lahan. Dilihatnya Amira tertidur di meja solek. Pipi kirinya terletak di atas tangan kiri dan tangan kanannya yang masih memegang pena terkulai di atas diari.

"Ya Allah! Aku inginkan yang lebih berharga dari kemewahan yang ada ini......"

Itu saja catatan Amira di helaian diarinya. Hati Amir tersentak. Ternyata, Amira belum puas dengan kemewahan yang diberikannya. Terasa panas dadanya. Adakah mungkin tersembunyi rasa tamak di sebalik kejernihan wajah isterinya itu? Amir benar-benar bingung!

Amira terjaga tiba-tiba. Dia memang mudah terjaga. Setiap pagi, sebelum azan subuh Amira bangun, mandi dan bersiap sedia untuk sembahyang. Amir tidak pernah menghalang Amira. Malah dia bangga kerana mempunyai isteri sebaik Amira. Cuma, peribadinya jangan disentuh. Kadang-kadang kalau ada mood, Amir sembahyang Maghrib dan Isyak. Kalau ayah mertuanya datang, Amir sembahyang. Nak mengambil hati bapa mertua.

"Eh... abang dah balik. Sorry ya, bang. Mira tunggu kat bawah tadi. Ingatkan nak naik sekejap saja. Tertidur pula. Abang dah makan?"

Kemarahan Amir kerana catatan tadi hilang tiba-tiba dengan sapaan mesra cari Amira.

"Dah... abang dah makan. Lepas dinner dengan Kamal tadi, terlajak pula berbual. Rupa-rupanya dah lewat malam. Lain kali kalau abang balik lewat, Mira tidur saja dulu. Abang ada kunci."

Memang Amira isteri yang baik Amir biasa dengar kawan-kawannya merungut tentang pendakwaraya yang menanti di rumah bila mereka balik lewat.Macam-macam soalan di muka pintu. Ahh... Amir bangga memiliki Amira sebagai isteri. Pilihan ibunya tidak silap.

"Abang tentu letih. Sembahyang Isyak dulu ya bang, bila dah segar, bolehlah rehat..."

Lembut saja suara Amira. Amira senyum dan memandang wajah Amir. Amir buat-buat tak dengar.Dia menyambut tuala mandi yang dihulurkan dan cepat-cepat ke bilik mandi. Hati kecilnya rasa bersalah tapi dibiarkan saja. Amira mengiringinya.

Amir sentiasa terhibur dengan telatah isterinya. Lucunya ada, lembut dan tak banyak kerenah. Amir tahu, mana-mana lelaki pun akan terhibur dengan isteri seperti Amira. Matanya tertutup pada perempuan lain. Tapi, adakah Amira bahagia menjadi isterinya? Kebimbangan ini secara halus mencabar kelelakiannya. Adakah mungkin Amira berlakon? Tak mungkin. Amira sendiri yang berkata dia tak sanggup berpisah dengannya. Perpisahan apa yang Amira maksudkan? Apa yang dicari Amira dalam catatan diarinya tempoh hari? Bingung... bingung! Perkara ini mesti diselesaikan segera, fikir Amir.

Hari itu Amir sengaja ambil cuti. Dia mahu menghabiskan masa dengan Amira. Dia mahu bertanya terus terang kepada Amira. Biar Amira meluahkan apa yang terbuku. Biar sinar mata Amira tidak lagi menyimpan rahsia.

Seperti biasa, Amira bangun. awal. Tersentuh juga hati kecil Amir meiihat setianya Amira pada sejadah putih yang dijahitnya sendiri. Amir ada membelikan sejadah yang cukup mahal untuk Amira. Amira menggunakannya juga tapi sejadah putih itu tetap diletakkan di atas sejadah yang dihadiahkan Amir.

Tidur Amir terganggu dengan esakan Amira yang secara tiba-tiba dan kemudian semakin kuat. Sedu-sedan Amira memenuhi ruang bilik tidur. Amira menangis! Air mata Amira adalah perkara asing bagi Amir. Amir menggelabah. Jam dinding baru menunjukkan 5.30 pagi. Amir menolak selimut dan bergegas mendekati Amira. Bahu Amira dipegangnya.

"Amira..." bisiknya ke telinga Amira. Sedu-sedan Amira semakin kuat. Tubuh Amira yang dibaluti telekung putih bersulam yang juga hadiah daripada Amir, seperti digoncang kerana tangisannya.

"Amira... kenapa ni?" Amir dengan segera menghampiri Amira dari depan pula. Apa yang harus dilakukan? Amir cemas. Takkan nak telefon jiran sebab isteri menangis di waktu-waktu begini.

"Abang... Mira sayangkan abang. Mira tak nak berpisah dengan abang."

Amira mengucapkan lagi kata-kata itu. Takkanlah Amira gila.

"Jangan cakap macam tu, Mira. Kita tak akan berpisah. Abang pun takut kehilangan Mira.

Ah! Perlukah Amir berterus-terang tentang kebimbangannya? Malu bila seorang lelaki sepertinya mengalami perasaan takut kehilangan. Amir tak mahu dipandang lemah di mata perempuan, lebih-lebih lagi Amira.

"Mira isteri abang. Tempat Mira adalah di sisi suami. Syurga Mira di bawah tapak kaki abang... mana mungkin Mira terfikir nak tinggalkan abang."

"Tapi mata Mira..."

"Kenapa dengan mata Mira, bang?"

"Kalau betul Mira bahagia hidup dengan abang, kenapa Mira selalu sebut tentang perpisahan? Mira tulis dalam diari, Mira perlukan yang lebih berharga daripada kemewahan yang abang berikan. Kenapa Mira?"

"Mira bahagia, bang. Abang suami yang baik. Sebab itu Mira nak kebahagiaan kita berterusan."

"Mira tak yakin dengan masa depan bersama abang?"

"Ya bang. Mira sangsi dan tak yakin dengan masa depan dan kebahagiaan kita berdua di Akhirat."

Amir terdiam. Dia tak pasti samada perasaannya ketika itu marah, tercabar atau.... Amir betul-belul bingung.

"Abang tak pernah halang Mira... kan?"

Amira mengangkat wajahnya dan pandangan mereka bertemu. Mata dan pipi serta telekungnya masih basah. Tangannya menurunkan tangan Amir dari bahunya. Diciumnya tangan Amir berkah-kali. Amir rasa sangat dihormati dan disayangi. Tangan Amir terasa panas dengan airmata Amira.

"Itulah yang menyebabkan Mira sayangkan abang. Tapi Mira ingin supaya kita mengharungi matlamat kehidupan kita bersama, bang," kata-kata Amira bercampur baur dengan sedu-sedannya.

"Hati Mira tersayat setiap pagi bila abang tak bangun menghadap Tuhan, bang. Hati Mira merintih setiap kali abang meninggalkan sembahyang. Apalah ertinya kemewahan ini kalau Dia yang mengurniakannya kita belakangkan? Apalah erti kasih sayang yang abang curahkan pada Mira jika di Akhirat kita tidak bersama, bang? Keimanan dan penyerahan diri kepada Allah lebih berharga dari seluruh kemewahan yang mampu kita kumpulkan, bang. Kemewahan ini akan lebih bererti jika kita berterima kasih pada yang mengurniakannya. Mira akan terus setia menyayangi abang kerana itu perintah Tuhan. Bagaimana Mira boleh terus bahagia jika abang tidak bersama dalam pengabdian ini..."

Amir terpaku. "Maafkan Mira. Mira tak berniat nak mengajar abang. Mira tahu abang tak suka. Kalau Mira rasa selamat dari Neraka, Miralah ahli Neraka. Mira cuma nak luahkan perasaan Mira. Inilah apa yang terpendam dalam hati Mira selama jadi isteri abang. Abang jangan marah pada Mira ya!"

Mata Amir terasa panas. Pandangannya kabur. Amir tidak mahu membiarkan airmatanya tumpah, tapi Amir benar-benar terharu. Memang niatnya hari itu mahu mendengar luahan hati Amira... dan segalanya berlaku tanpa dia bertanya.

Kenapa Amira tidak katakan sejak dulu? Kalau itu yang Amira inginkan, dia akan cuba. Amir benar-benar takut kehilangan Amira. Amir mengusap-usap kepala Amira. Perasaan kasihnya terhadap Amira amat sukar untuk digambarkan.

"Mira... abang akan cuba demi kebahagiaan kita bersama. Tapi abang perlukan masa dan terlalu banyak yang perlu abang pelajari. Abang boleh belajar dari Mira, kan?"

"Ya Allah... terima kasih kerana sudi mendengar rintihanku dan memberikan penyelesaian tanpa aku menyakiti perasaan dan harga dirinya." Amira berbisik di dalam hati.

Subuh itu selepas Amir membersihkan diri dan Amira membaharui wudhuknya, mereka sembahyang jemaah bersama. Kali ini Amir terasa ada kelainan dalam sembahyangnya.

Airmata Amira di hening Subuh itu telah merobah segalanya.

~MimbarKedah~

Keistimewaan Penoreh Getah!


  1. Yang pasti, mereka bangun awal, boleh solat subuh awal waktu.
  2. Badan sihat sebab dapat menyedut udara segar yang penuh oksigen di kebun getah.
  3. Mereka orang berani, berani menghadapi apa jua makhluk yang nyata atau tidak nyata.
  4. Orang yang bertanggungjawap menggunakan kudrat mencari nafkah buat anak isteri.
  5. Ada kalanya mereka bangun pukul 1-2 pagi, jadi sebelum mereka bertolak mereka boleh lakukan solat malam.
  6. Setelah siap semua pokok yang ditoreh sedang-sedang masuk waktu Subuh dan boleh tunaikan solat Subuh bersama anak2 dan menguruskan hal persekolahan anak-anak
  7. Mereka mempunyai jiwa yang kental, sebab kalau area bukit-bukau, macam -macam mereka kena hadapi kemungkinannya seperti Harimau, Babi, Gajah dan binatang yang merbahaya yan lain. Jadi mereka sudah bersedia pada bila-bila masa.
  8. Mereka boleh menikmati suasana alam yang nyaman yang disediakan olehNYA dengan disertai rakan-rakan haiwan seperti Burung, Kera, Monyet, Lotong, Mawas, Berok, Kakos dan lain-lain. Bunyi-bunyi mereka ini amat cukup mendamaikan utamanya pada waktu pagi dan petang yang boleh menghilangkan tekanan. Pada waktu tengahari juga tidak lupa memanggil-manggil mereka tika mereka kesunyian.Tak lupa juga binatang-binatang seperti pacat, ulat dan serangga lain yang turut bermesra dengan penoreh. Pastinya kenangan ini cukup manis.
  9. Kepulangan mereka ke rumah disambut oleh anak-anak dengan gembira dengan bauan getah yang cukup mengharumkan. Dengan bau getah itu mereka bahagia. Dalam kepulangan mereka tak lupa dibawa mereka pucuk2 daun untuk dibuat ulam. Memupuk kemesraan antara keluarga kerana kebanyakan mereka yang bekerja kampung nilai kasih sayang anak-anak lebih diutamakan.
  10. Anak-anak ini sudah pastinya mengenal erti susah perihnya yang membuatkan mereka berjiwa kental , gigih serta tidak manja jika dilanda kesusahan dengan kesusahan yang sudah seperti makanan harian mereka.

SIAPA YANG MENCIPTAKAN ALLAH?

“Artinya : Sesungguhnya salah seorang kamu akan didatangi syetan, lalu bertanya : “Siapakah yang menciptakan kamu?” Lalu dia mejawab : “Allah”. Syetan berkata : “Kemudian siapa yang menciptakan Allah?”. Jika salah seorang kamu menemukan demikian, maka hendaklah dia membaca “amantu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya), maka (godaan) yang demikian itu akan segera hilang darinya”

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (6/258): “Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Ismail dia berkata : “Telah bercerita kepadaku Adh-Dhahak, dari Hisyam bin Urwah dari bapaknya dari Aisyah, bahwa sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : (kemudian dia menyebutkan hadits itu).
Saya menilai : Hadits ini sanadnya hasan, sesuai dengan syarat Muslim. Semua perawi hadits ini adalah para perawi Muslim yang beliau jadikan pegangan dalam Shahih-nya. Tetapi Adh-Dhahak adalah Ibnu Utsman Al-Asadi Al-Huzami, dimana sebagian imam masih memperbincangkan mengenai hafalannya. Namun insya Allah hal itu tidak menurunkan haditsnya dari tingkat hasan. Bahkan Sufyan Ats-Tsauri dan Laits bin Salim, menurut Ibnus Sunni (201) sungguh telah mengikuti periwayatannya. Jadi hadits ini dapat dinilai shahih. Sementara itu Al-Mundziri dalam At-Targhib (2/266) menjelaskan.

“Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang bagus, kemudian Abu Ya’la dan Al-Bazzar. Lalu Ath-Thabrani juga meriwayatkannya dalam Al-Kabir dan Al-Usath dari hadits Abdullah bin Amer. Bahkan Imam Ahmad juga meriwayatkannya dari hadits Khuzaimah bin Tsabit Radhiyallahu ‘anhu”

Jadi adanya beberapa syahid (hadits pendukung) ini dengan sendirinya menaikkan tingkat hadits tersebut kepada derajat yang sangat shahih.

Hadits Ibnu Khuzaimah menurut Imam Ahmad (5/214) para perawinya adalah tsiqah, kecuali jika di antara mereka ada Ibnu Luhai’ah, sebab ia buruk hafalannya.

Mengenai hadits Ibnu Amer ini, Al-Haitsami (341) berkomentar : Para perawinya adalah perawi-perawi shahih, kecuali Ahmad bin Nafi’ Ath-Thihan, guru Ath-Thabrani”.

Demikian dia menandaskan namun tidak menyebutkan sedikitpun mengenai keadaan Ahmad bin Nafi Ath-Thihan tersebut, begitu tidak simpatiknya Al-Haitsami kepadanya. Demikian pula saya, sama sekali tidak mengenalnya kecuali bahwa dia orang Mesir, sebagaimana disebutkan dalam Mu’jam Ath-Thabrani Ash-Shaghir (hal. 10)

Kemudian sesungguhnya hadits itu juga diriwayatkan oleh Hisyam bin Urwah yang didapat dari bapaknya dari Abu Hurairah secara marfu’ sebagaimana adanya (tidak ada perubahan apapun).

Hadits ini dikeluarkan pula oleh Imam Muslim (1/84) dan Ahmad (2/331) dari berbagai jalan dari Hisyam, tanpa kalimat, “sesungguhnya godaan itu akan hilang daripadanya”.

Selanjutnya hadits ini juga dikeluarkan oleh Abu Dawud (4121) yang kalimatnya sampai pada sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Saya iman kepada Allah”. Dan ini merupakan riwayat Muslim.

“Artinya : Syetan akan datang pada salah seorang kamu, lalu berkata : “Siapakah yang menciptakan demikian ? Siapakah yang menciptakan demikian? Siapakah yang menciptakan demikian?” Sehingga dia bertanya : “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?” Apabila ia sampai demikian, maka hendaknya memohon perlindungan kepada Allah dan menghentikannya”

Hadits ini dikeluarkan oleh Al-Bukhari (2/321), Imam Muslim dan Ibnu Sunni.
Hadits ini juga mempunyai jalur lain yang besumber dari Abu Hurairah dengan lafazh.


“Artinya : Hampir orang-orang saling bertanya di antara mereka sehingga seorang di antara mereka berkata : “Ini Allah, menciptakan makhluk, lalu siapakah yang menciptakan demikian, maka katakanlah : “Allah Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”. Kemudian hendaklah salah seorang kamu mengusir (isyarat meludah) ke kiri tiga kali dan memohon perlindungan dari syetan.

Hadits ini dikeluarkan oleh Abu Dawud (4732) dan Ibnu Sunni (621) dari Muhammad bin Ishaq, dia berkata : “Telah bercerita kepadaku Utbah bin Muslim, seorang budak yang dimerdekakan Bani Tamim, dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Abu Hurairah yang menuturkan : “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (kemudian ia menuturkan hadits itu)”.

Saya menilai : Hadits ini shahih sanadnya. Para perawinya tsiqah. Bahkan Ibnu Ishaq juga menjelaskan berita itu. Hingga dengan demikian amanlah hadits ini dari cela.

Hadits ini juga diriwayatkan oleh Umar bin Abi Salamah yang mendengar dari bapaknya, sampai perkataan : “Siapakah yang menciptakan Allah Azza wa Jalla?” Umar bin Salamah melanjutkan : “Abu Hurairah menceritakan : “Demi Allah, sesungguhnya, pada suatu hari aku duduk, tiba-tiba seseorang dari penduduk Iraq berkata kepadaku “ Ini Allah, pencipta kita. Lalu siapakah yang menciptakan Allah Azza wa Jalla?” Abu Hurairah melanjutkan ceritanya : “Kemudian aku tutupkan jariku pada telingaku lalu aku menjerit seraya berkata : “Maha benar Allah dan RasulNya”.

“Artinya : Allah Esa, tempat meminta. Tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”

Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad (2/387). Para perawinya tsiqah kecuali Umar. Ia adalah lemah (dha’if).

Menurut Imam Ahmad (Juz II, hal. 539) hadits ini juga mempunyai jalur lain dari Ja’far dia memberitakan : “Telah bercerita kepadaku Yazid bin Al-Asham, dari Abu Hurairah secara marfu’, seperti hadits sebelumnya. Yazid mengisahkan : “Telah bercerita kepadaku Najmah bin Shabigh As-Salami, bahwa dia melihat para penunggang datang kepada Abu Hurairah. Kemudian mereka bertanya kepadanya mengenai hal itu. Lalu Abu Hurairah berkata : “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar). Tidaklah kekasihku bercerita kepadaku tentang sesuatu melainkan aku telah melihatnya dan aku menunggunya. “Ja’far berkata : “Telah sampai kepadaku bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Artinya : Manakala orang-orang bertanya kepadamu tentang hal ini, maka katakanlah : “Allah adalah sebelum tiap-tiap sesuatu. Allah menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Allah ada setelah tiap-tiap sesuatu”

Sanad marfu’nya adalah shahih adapun yang disampaikan oleh Ja’far alias Ibnu Burqan adalah mu’dhal (hadits yang perawi-perawinya banyak yang gugur), dan apa yang ada di antara shahih dan mu’dhal adalah mauquf. Tetapi Najmah disini tidak saya kenal. Demikian pula dalam Al-Musnad, Najmah ditulis dengan “mim” (Majmah) sedangkan dalam Al-Jarh wat Ta’dil (4/1/509), tertulis Najbah dengan “ba”. Selanjutnya Imam Ahmad menjelaskan.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dimana Yazid Ibnul Asham juga meriwayatkan darinya, dan mengatakan : “Saya mendengar bapakku berkata demikian dan tidak menambahkan!” Juga Al-Hafidzh dalam At-Ta’jil, tidak menambahkannya dan itu sesuai dengan syarat yang dibuatnya.

HUKUM-HUKUM YANG TERKANDUNG DALAM HADITS

Hadits-hadits shahih ini menunjukkan bahwa sesungguhnya bagi orang yang digoda oleh syetan dengan bisikannya, “Siapakah yang menciptakan Allah?”, dia harus menghindari perdebatan dalam menjawabnya, dengan mengatakan apa yang telah ada dalam hadits-hadits tersebut.

Lebih amannya ialah dia mengatakan :

“Saya beriman kepada Allah dan RasulNya. Allah Esa, Allah tempat meminta. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”. Kemudian hendaklah dia berisyarat meludah ke kiri tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syetan, serta menepis keragu-raguan itu”.

Saya berpendapat : Orang yang melakukan demikian semata-mata karena taat kepada Allah dan RasulNya serta ikhlas. Maka keraguan dan godaan itu akan hilang darinya dan menauhlah setannya, mengingat sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya godaan itu akan hilang darinya”.

Pelajaran dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini jelas lebih bermanfaat dan lebih dapat mengusir keraguan daripada terlibat dalam perdebatan logika yang sengit diseputar persoalan ini. Sesungguhnya perdebatan dalam soal ini amatlah sedikit gunanya atau boleh jadi tidak ada gunanya sama sekali. Tetapi sayang, kebanyakan orang tidak menghiraukan pelajaran yang amat bagus ini. Oleh karena itu ingatlah wahai kaum muslimin dan kenalilah sunnah Nabimu serta amalkanlah. Sesungguhnya dalam sunnah itu terdapat obat dan kemulianmu.

[Disalain dari buku Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah wa Syaiun Min Fiqhiha wa Fawaaidiha, edisi Indonesia Silsilah Hadits Shahih dan Sekelumit Kandungan Hukumnya oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, terbitan Pustaka Mantiq, hal 368-372 penerjemah Drs.HM.Qodirun Nur]


Sikap Negatif Ibu Bapa Cemarkan Sekolah Agama


Dari luar, sekolah-sekolah agama nampak tenang dan suci. Memang sebegitulah sepatutnya kawasan dan para penghuni kawasan yang menjadikan agama Islam sebagai terasnya. Namun tidak semuanya seperti yang kita sangka ataupun yang kita harapkan.

Sesekali terdengar suara-suara mengatakan para pelajar sekolah-sekolah beraliran agama kurang maju dari segi akademik. Kata-kata ini kadang-kala memang ada kebenarannya. Sebenarnya ada banyak faktor yang mewujudkan tanggapan sebegitu. Salah satu daripadanya yang cuba kita bangkitkan di sini adalah sikap ibu bapa.

Allah SWT dengan kebijaksanaanNya menjadikan manusia berbeza-beza. Ada yang cepat menangkap pelajaran dan ada yang lemah. Ada yang jiwanya cenderung untk taat dan ada pula yang cenderung untuk engkar. Anak-anak tidak terlepas daripada hal ini

Kita berasa hairan memikirkan sekap sesetengah ibu bapa. Apabila anak-anak mereka tidak ‘menjadi’ dalam akademik ataupun bermasalah alam disiplin di sekolah rendah, mereka menghantarnya ke sekolah-sekolah agama, baik yang di bawah naungan kerajaan mahupun persendirian. Mereka berbuat demikian kononnya dengan harapan agar anak-anak mereka berubah menjadi maju dan baik. Padahal mereka tidak tahu yang anak mereka akan menjadi virus ‘trojan horse’ apabila di sana nanti.

Di rumah sudah tidak tertegur dan terkawal, dihantarnya budak ini ke asrama ataupun pondok. Lega rasanya tidak perlu berhadapan dengan karenah si budak sehari-hari. Tapi mereka kurang memikirkan kesusahan orang lain. Asal kurang beban sendiri, sudahlah. Anak-anak di asrama sudah tentu terkepung dan ada orang yang menjaganya.

Hal ini menggambarkan seolah-olah sekolah agama itu tempat buangan, kelas kedua. Kita melambakkan anak-anak yang kurang maju dalam pelajaran ataupun yang bermasalah disipilin di sana, memanglah memberi kesan negatif kepada sekolah itu.

“Tengok, banyak budak-budak sekolah agama tu yang jahat-jahat.”

“Alahh, sekolah agama biasalah, keputusan PMR dan SPM tentu ‘corot’ punya.”

“Budak-budak sekolah maahad masuk sukan daerah semedangnya dapat tempat belakang-belakang.”

Kadang-kadang yang berkata itu bangsa asing dan bukan beragama Islam. Terasa darah mengalir laju naik ke kepala kerana kita terasa terhina. Begini rupanya pandangan orang terhadap institusi pengajian Islam.

“Hmmm... di sekolah biasa dia dah tak boleh ‘pergi’, hantar ke sekolah agama aje lah.” Apa agaknya yang diimpikan oleh pelafaz kalimah-kalimah ini? Pelajaran di sekolah agama kan lebih banyak daripada di sekolah biasa? Sekiranya Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam di sekolah biasa pun dia asyik dapat D dan E, apakah di sekolah yang lebih banyak cabang-cabangnya akan dapat A dan B?

Tidak kita nafikan, memang ada seorang dua yang gagal di sekolah biasa tapi berjaya di sekolah agama. Namun dalam hal ini kita berbicara berdasarkan kebiasaan.

Bukankah sepatutnya anak-anak yang bijak-bijaklah dihantar ke sekolah agama? Mereka menguasai akademik di sekolah biasa, insyaallah mereka juga mampu menguasai ilmu-ilmu khusus agama Islam. Akhirnya nnati mereka akan jadi seorang agamawan yang luas pengetahuan amnya.

Sering saja pelajar bermasalah ketika di sekolah rendah, dihantar ke tingkatan satu sekolah agama tetapi beberapa bulan kemudian berpatah balik ke sekolah biasa. Ada juga yang berpatah balik ketika berada di tingkatan tiga, tahun mengambil peperiksaan PMR. Mengapa jadi begini?

Antara sebabnya mereka tidak mampu ‘menangkap’ ilmu-ilmu di sana. “Di sana pelajaran susah-susahlah, di sekolah biasa senang sikit, “alasannya. Antara sebabnya lagi, masalah disiplin. Di sana dia menjadi virus kepada pelajar-pelajar lain. Apabila ditanya, alasannya kena buli, barang-barang dicuri, berjauhan dengan keluarga dan sebagainya.

Pernah seorang tenaga pengajar di sekolah beraliran agama berbicara lebih kurang katanya, “Huh, dari luar nampak saja bertudung litup, tapi di sebaliknya tu... syaitan!” Memang ada benarnya. Kalau ternampak saja lelaki melintas, yang perempuannya cepat-cepat menarik purdah menutup hidung dan mulut. Dalam hati kita berkata, “Solehahnya budak ni!” Padahal kelakuan mereka sama sahaja dengan pelajar-pelajar sekolah sekular, malah ada yang lebih teruk lagi.

Penah belasan tahun lalu seorang wanita bernama L yang bersekolah agama menjadi artis tempatan. Bukan main mendedahkan aurat lagi, betul-betul macam wanita murahan. Dakwa si artis dalam majalah hiburan, kawan-kawannya ketika bersekolah agama dulu banyak memberikannya perangsang agar terus maju dalam dunia hiburan. Jika benarlah cerita ini, apalah malangnya nasib umat Islam Melayu. Kini, sudah bertahun-tahun namanya tidak disebut-sebut orang lagi. Maksudnya sudah gagallah tu. Harap-harapnya dia sudah bertaubat.

Berbalik kepada soal sikap ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ada yang siap pesan, “Ustaz ajar ilmu agama saja tau! Segala pelajaran Matematik, Sejarah, Geografi, Sains dan lain-lain tak payah ajarlah.” Pening kepala si ustaz. Sempitnya pandangan si ibu bapa terhadap ilmu-ilmu agama.

Jika tidak diajar Matematik, mana mungkin si anak mampu menguasai hal ehwal zakat, falak, takwim, faraid dan lain-lain? Jika tidak diajar Sains, mana mungkin si anak menghuraikan tafsiran al-Quran dengan berkesan? Jika tidak diajar Sejarah, mana mungkin si anak menguasai ilmu agama kerana lebih 90%  ilmu agama itu sendiri adalah sejarah? Jika tidak diajar ilmu kesihatan, mana mungkin si anak menjadi ulama yang sihat dan tabib yang berkesan?

Ada sekolah agama swasta mengenakan bayaran yang sangat rendah. Kadangkala ada yang percuma. Ibu bapa hendak beri wang ataupun tidak, para ustaz dan ustazah tetap terima anak-anak mereka dan mengajar sepenuh hati. Tapi ada pula ibu bapa yang tiada kesedaran. Maklumlah, bayaran ikut suka hati. Jadi pembelajaran anak-anak mereka pun macam main-main saja. Anak-anak selalu tidak ke sekolah, mereka kurang kisah. Pelajaran anak-anak kurang diambil endah. Tapi angan-angan tinggi, hendak anak-anak jadi ulama, mahu anak-anak memberi syafaat kepada keluarga. Ini namanya angan-angan, bukan cita-cita.

Lagi sikap ibu bapa. Anak-anak dihantar ke sekolah yang baik suasananya dan para pengajarnya ula baik penampilan rohani dan jasmani. Tetapi di rumah, suasana rumah dan keadaan ahli rumah tidak ada beza dengan orang biasa ataupun orang-orang bukan Islam. Baik dari segi hiburannya, pergaulannya, percakapannya, perhiasannya dan lain-lain. Ibu bapa sendiri tidak mahu berubah tetapi mengangankan anak-anak mereka berubah. Bolehkah?

Sebenarnya corak sebegini lebih mendidik anak-anak menjadi sekular. Apabila di sekolah mereka umpama ustaz dan ustazah luar dan dalam, tetapi di rumah mereka berubah menjadi artis-srtis sebagaimana yang biasa kita lihat. Ketiak ke majlis yang bersuasanakan agama, mereka berubah menjadi soleh, ketika ke majlis yang tidak bersuasanakan agama, mereka serba boleh.

Tolonglah wahai ibu bapa. Ubahlah sikap kita. Niatkan untuk membuat perubahan mulai hari ini. Bantulah para ustaz dan ustazah untuk memudahkan mereka membantu anak-anak kita dan seterusnya membantu perkembangan Islam, bukan menguncupkannya lagi. Jadikanlah diri kita contoh kepada anak-anak. Perubahan bermula dari rumah. Banyak orang berfikir untuk mengubah dunia tetapi terlupa berfikir untuk mengubah dirinya.

Wallahualam

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

26 OKTOBER 2007












Hai Nil, Mengalirlah!

Mesir jatuh ke dalam pelukan Islam. Amru bin ‘Ash r.a. ditetapkan Khalifah Umar bin Khaththab sebagai Gubernur di sana. Suatu hari di hari pertama di bulan dalam sistem penanggalan masyarakat setempat, orang-orang datang menemui Amru bin ‘Ash.
Juru bicara mereka berkata, “Wahai Amirul mukminin, Sungai Nil di tempat kami punya kebiasaan tidak mau mengalirkan air kecuali permintaannya dipenuhi.”
“Apa permintaannya?” tanya Amru bin ‘Ash.
“Kalau sudah tanggal 11 bulan ini, kami biasa mencari seorang anak gadis. Setelah kami menjadikan kedua orang tuanya senang dan ridha, maka kami menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Lalu kami melemparnya ke Sungai Nil sebagai tumbal,” papar mereka.
Amru bin ‘Ash memotong, “perbuatan itu dilarang oleh Islam dan Islam melenyapkan ajaran buruk sebelumnya.”
Karena tidak ada solusi, para penduduk Mesir yang menetap di sekitar Sungai Nil memutuskan untuk menetap sementara seperti biasa. Bila air Sungai Nil tidak mengalir, mereka berencana pindah ke wilayah lain.
Melihat keadaan itu, Amru bin ‘Ash berkirim surat kepada Khalifah Umar bin Khaththab di Madinah. Amru melaporkan peristiwa yang dihadapinya dan meminta nasihat kepada Umar apa yang mesti ia lakukan.
Umar membalas surat Amru. Dalam suratnya Umar menulis, “Tindakanmu benar. Islam memang menghapus kebiasaan buruk sebelumnya. Aku telah mengirim kertas khusus untuk engkau lempar ke Sungai Nil.”
Surat Umar sampai ke tangan Amru. Amru membaca isi surat khusus yang ditulis Umar untuk Sungai Nil. “Dari hamba Allah, Umar Amirul Mukminin untuk Nil penduduk Mesir. Amma ba’du. Jika engkau mengalir karena kemauanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi bila engkau mengalir karena diperintah oleh Allah, maka aku meminta kepada Allah Yang Mahaesa lagi Maha Perkasa agar menjadikanmu mengalir.”
Kertas itu dilempar Amru bin ‘Ash ke Sungai Nil sehari sebelum hari raya Nasrani. Saat itu penduduk Mesir tengah bersiap-siap pindah ke negeri lain karena Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan mereka berhenti mengalirkan air.
Setelah surat Umar dilempar, keesokan harinya, di pagi hari di hari raya Nasrani, air Sungai Nil telah mengalir dengan ketinggian 7 meter lebih hanya dalam waktu semalam. Sejak itu adat buruk masyarakat Mesir melempar tumbal seorang gadis hidup-hidup ke tengah Sungai Nil berhenti.
Peristiwa ini tercatat dalam Tafsir Ibnu Katsir (3/480), Tafsir Al-Qurthubi (13/70-71), Tafsir Fakhrur Razi (21/74-75), Tarikh Al-Khulafa karya Asy-Syuyuti, Thabaqat Asy-Syafi’iyah Al-Kubra karya As-Subkiy, dan kitab-kitab masyhur lainnya.

Jerat Cinta Warga Asing

Cerpen+Cinta+SejatiCinta adalah satu anugerah daripada Maha Pencipta, cinta telah menjadi fitrah kepada setiap manusia untuk mencintai dan dicintai antara satu sama lain. Cinta yang hadir pada setiap qalbu tidak diundang malah ia hadir dengan tidak disengajakan dan tidak dirancang untuk mempunyai rasa cinta itu. Hadirnya rasa cinta itu perlahan-lahan dalam menyingkapi kasih antara insane hingga melahirkan rasa erti cinta sebenar.

Dalam mengecapinya ada yang mengotori erti cinta itu kerana ingin memenuhi kehendak sendiri demi mencapai tujuan hingga kepentingan diri diutamakan dan membuang jauh tentang kepentingan insane yang mencintainya.

Begitulah yang dialami dalam masyarakat kita utamanya anak gadis Melayu yang dijerat oleh cinta warga asing demi kepentingan mereka. Anak gadis Melayu yang dambakan sebuah cinta daripada seorang lelaki akhirnya musnah memakan diri sendiri. Apa tidaknya diawal perkenalan diwangikan dengan kata-kata indah bab kuntuman bunga Ros yang dihiasi dengan embun pagi segar dan menyejukkan.

Bukan sahaja dengan kata-kata indah ditaburkan malah dengan kata-kata setia, kata-kata manis turut dihangatkan ibarat manisnya madu hingga menusuk ke dasar qalbu. Kata-kata yang menggugat hati seorang gadis yang fitrahnya mempunyai kelembutan dari dalam hati dan terpancar seri lakunya yang penuh kasih sayang dan kelembutan yang sudi membelai kepada yang sudi dibelai. Akhirnya ranap begitu sahaja kerana cinta sucinya seorang gadis itu dipermainkan oleh cinta warga asing.
Ini adalah kata-kata yang benar-benar telah terjadi dan akan meruntun jiwa seorang gadis yang tidak mengambil kata-kata tersebut untuk difikirkan secara mendalam sebagai langkah berhati-hati.

ALHAMDULILLAH my i.d is real my bio everything nothing is fake.. I never speak alie ok even my mobile no also...

plz i never speak alie ALHAMDULILLAH i m muslim bt i knw u cant accept me bcoz i m foreigner i m not malaysian i m poor not rich thanks...

i m not proud my self even i was born in england now my father already has been died now i m working here in malaysia on small salary but whtever i told u ALHAMDULILLAH everything is true nothing fake ok i m very hurted u dnt knw about me nd my past life if u will see my all pics after i hope u cant like me i hve alots weapons ok but i dnt want play wt u ... Thts why i m teling u truth everything..

nd i also like ur name u knw wht ur name mean bt i knw. Plz i m not playing wt u nd u also plz dnt plzy jst tel me direct statefrwrd if u can accept me nd my purposel.. Last time plz i dnt want hurt nd u also dnt hurt i m already hurted...

but u realy hurt me nd broke my heart feelings bt its ok i knw i m stranger nd unknown for u..

My name is Í' My Problem is 'Love' and Solution is Ýou'

i said of u i offer nd purpose of u if i want any another girl i can get any time but i dnt want any 1 i only want u ok..
Perhatikan apa yang telah diluahkan,apa yang kamu rasa dengan kata-kata di atas? Mesti ada sekelumit rasa tergugat pada diri pembaca.

Gadis yang sanggup meninggalkan keluarga dan merantau jauh bersama kekasih yang dianggap jejaka dalam hidupnya dipersia-siakan dan dijadikan sebagai 'Keldai Dadah' akhirnya meringkuk ke dalam 'pagar besi'. Bukan itu sahaja malah dilayan buruk dijadikan tempat melepaskan nafsu dan tidak kurang diperendah-rendahkan setelah diperisterikan. Inikah kata-kata cinta yang direalisasikan oleh pemburu cinta yang memburu gadis Melayu kita yang kebanyakannya mentah dan terburu-buru dalam mencari dan menyimpul erti cinta yang tulus.

Kenapa gadis Melayu mesti terjerat dengan cinta warga asing?. Telah hilangkah jejaka Melayu dalam hidup masyarakat kita? Apakah kekurangan mereka hingga gadis Melayu meminggirkan mereka dalam hidup si gadis Melayu? Adakah jejaka Melayu sudah tiada kepimpinan? Adakah jejaka melayu sudah hilang kata-kata untuk menyakinkan diri kamu menjadikannya sebagai kekasih Halal dalam hidup kamu atau adakah jejaka Melayu tiada kehidupan pada masa hadapan?

Sedarlah, wahai anak gadis Melayu jangan membiarkan diri kamu dibuai keindahan yang tiba waktunya 'hujan di tengahari'. Oleh itu usah membiarkan diri kamu terjerat dengan cinta warga asing yang kamu hanya mengenalinya melalui laman social yang menjadi kegilaan ramai dalam mencari cinta. Sebelum diri kamu terjerat kenalilah budaya mereka, latar belakang mereka juga mintalah pandangan orang lain yang boleh kamu mempercayainya.

Dinasihatkan kepada pembaca utamanya anak gadis supaya lebih berhati-hati dengan mereka, bukan niat untuk menghalang cinta kamu kepada warga asing tetapi selidiki terlebih dahulu. Ingat rambut sama hitam tetapi hati berlainan maksud. Juga jangan pernah menyesal dengan apa yang telah diputuskan oleh kamu kerana sudah tergadah tiada guna untuk disesali.

Ingat, kata-kata indah tidak seindah apa yang kita impikan dalam khayalan…!!!


Dari kata Pena halaqah

Koleksi Gambar Pokok Pelik






“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145]

Pengalaman Kena Tindih

Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) .

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak..... pastu 5 minit baru leh gerak.... aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... barula aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila tim e2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.... otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS...... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate...

So, bila kita bangun, RAS switched on balik...... kita sedar fully awake state.... tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar....

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full.. kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1.      tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2.      jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3.      sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

4.      stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

5.      pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.... heheh extreme sgt contoh aku ni)

6.      orang yang ader penyakit narcolepsy
 
 Jangan lupa membaca doa bila mahu tidur...

Pertemuan Seorang Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

KHASIAT SURAH AL WAQIAH


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

    * Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

    * Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

    * Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

    * Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

    * Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

    * Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

    * Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

    * Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

    * Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Kisah kejam Aisyah dirogol rejim syiah Assad di kilang gula



Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 615x350.


Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia. Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.

Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan!

Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

“Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.

“Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, “Aisyah ….. Kemari. Jilati booth ku “,” Aisyah ….. Bawa kopiku “,” Aisyah ….. Siapa Allah-mu sekarang? “Dan hal-hal sangat buruk yang lain,” kata Aisyah.

“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.

“Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi.”

“Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, “kata saksi mata yang selamat.

“Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka ‘main’ dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, “kata Aisyah.

“Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami “kata Aisyah.
“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang. Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. 

Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak. Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah.

Diterjemahkan dari sumber arrahmah
Detik Islam, http://www.harian-metro-online.com/kisah-kejam-aisyah-dirogol-rejim-assad

Perosak Aqidah Menyusup Liar Apabila Ulama Asyik Bertengkar


akidah-kita-nyawa-kitaMutaakhir ini, pengikut-pengikut agama Syiah semakin berani menempelak jabatan-jabatan agama negeri melalui media dan mahkamah. Ada kumpulan tareqat yang sesat pula telah berjaya menyusup masuk mencemarkan istana.

Buku-buku liberalisme agama kini semakin mendapat tempat di kedai-kedai buku yang nampaknya menfokus kepada mempengaruhi golongan elit dan moden di kalangan ummat Islam. Manakala idea pluralisme agama pula kelihatan semakin diterima di kalangan pemimpin politik dan masyarakat akhir-akhir ini.

Aduh! Ini betul-betul bahana terhadap `aqidah!
Sedikit demi sedikit `aqidah ummat Islam di Malaysia semakin dilunturkan dengan dakyah 4 golongan ini, iaitu:

1.Syiah

2.Kumpulan tareqat yang sesat

3.Liberalisme agama

4.Pluralisme agama

Itu belum masuk lain-lain ancaman luar yang sedang menggugat moral masyarakat negara ini, khususnya ummat Islam. Senario ini amat mengkhuatirkan kita.

Dalam kekhuatiran ini, masih ada di kalangan ilmuan agama terutama dari golongan muda kita yang masih tidak dapat berlapang dada dan terus menerus bertelingkah dalam soal-soal furu`, yakni cabang dan ranting agama. Contohnya banyak dan melibatkan beberapa aliran. Sepatutnya hal ini diperbincang di kalangan mereka dan di kalangan ahli yang faham sahaja. Malangnya, pertembungan mereka sampai dibawa ke medan umum dan ditonton oleh masyarakat.

Iblis sebenarnya menepuk bergembira apabila melihat golongan agama saling bertengkar sesama mereka. Dia dan kuncu-kuncunya memang menunggu-nunggu saat ini. Dia mahu sifat takabburnya, besar dirinya dan rasa hebatnya turut mencemari hati-hati mulia para ilmuan agama khususnya, dan manusia amnya. Apabila masing-masing ilmuan agama sibuk berdebat, maka terbiarlah ummat manusia yang ramai dari disentuh kesedaran beraqidah yang benar.� Kemudian, mudahlah anasir-anasir jahat perosak `aqidah seperti yang telah tersenarai di atas masuk mencemar fitrah manusia. Inilah peluang mereka menyusup masuk dengan liar ke dalam masyarakat kita.

Kami meminta para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah agar tumpukanlah kepada usaha membanteras gejala `aqidah yang semakin jelas bergerak mutakhir ini. Bersatulah. Jangan kerana perselisihan kalian, aqidah ummat Islam diceroboh. Jangan kerana kelekaan kalian, aqidah ummat Islam runtuh. Saling kuat menguatlah. Saling bantu membantulah. Berhentilah bertelingkah dalam bab-bab yang cabang dan ranting. Cabang dan ranting tidak bermakna lagi jika pokok sudah tumbang dan akar sudah tercabut. Pokok dan akar agama adalah `aqidah.

Ajakan ini adalah ajakan bersama. Bukan hanya kepada para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah sahaja. Kita semua sebenarnya. Memandangkan para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah adalah penggerak utama kerja-kerja mulia mengajak manusia kepada kebenaran, maka kesedaran di kalangan mereka lebih utama dan mendesak. Insha’ ALLAH, contoh yang baik dan ajakan yang tulus akan mudah diikuti oleh masyarakat ramai.

Menyedari bahawa perosak `aqidah akan mengambil peluang menyusup ke dalam masyarakat jika ulama asyik bertelingkah, maka kesatuan, lapang dada dan saling meraikan usaha kebaikan yang dilakukan oleh setiap ilmuan agama, ustadz dan pendakwah amat penting diberi perhatian.

Bersatulah wahai golongan agama. Jangan beri muka pada Syiah, tarekat yang sesat, liberalisme agama, pluralisme agama dan lain-lain unsur yang boleh merosakkan `aqidah. Ini permintaan kami orang awam.

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukn maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat initelah mewakili dari pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata " Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan".

Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalimdaripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi ( penyembah api ). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."

JAWATAN KOSONG DI AGENSI ANGKASA NEGARA ( DISEMBER 2012 )


Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan Diberi Kepada Anak Negeri Selangor) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Pusat Angkasa Negara bagi jawatan seperti berikut :-

1. Juruteknik (J17)

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh didapati di laman sesawang ANGKASA http://www.angkasa.gov.my atau boleh didapati di pondok pengawal Pusat Angkasa Negara.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pengarah
Pusat Angkasa Negara
Lot 2233, Jalan Turi, Sungai Lang
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Pn. Jessica Wong Soo Mee)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10hb Disember 2012 (Isnin).