Kelebihan Bulan Rejab


24... Siapa bersedekah pada bulan rejab seperti sedekah seribu dinar,,, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasad-nya seribu kebajikan,, diangkat seribu darjat,, dihapus seribu kejahatan... (al-hadis)
25... Tiap sehari puasanya pada bulan rejab dan sedekahnya pada bulan rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah... Dibina seribu mahligai,, seribu blikik dan seribu bidadari,, seribu kali lebih cantik dari matahari kerana keistimewaan bulan rejab,, bulan Allah swt... (al-hadis)
26... bersedekah pada bulan rejab,, "Dijauhkan Allah daripada api neraka,, kerana kemuliaan bulan rejab,, bulan Allah..." (al-hadis)
27... Allah jadikan di belakang bukit "Jabal Ka'f",, bumi yang putih yang penuh dengan malaikat dengan panji2 berhimpun pada tiap malam rejab meminta ampun oleh mereka kepada umat Muhammad saw.. Allah menjawab,, "Telah aku ampunkan mereka....!".... (al-hadis)
28... Barangsiapa meminta ampun (beristigfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali @ 100 kali pada bulan rejab,, "Diharamkan tubuhnya dari api neraka.."
29... Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan rejab,, Allah berseru kepadanya.... "Telah wajib hak -mu atas-Ku,, maka mintalah oleh-mu kepada-Ku.. Demi Ketinggian-Ku dan Kebesaran-Ku,, tiada Aku tolakkan hajat-mu.. Engkau adalah jiran-Ku bi bawah Arasy'-Ku,, engkau kekasih-Ku daripada segala mahluk-Ku,, engkau terlebih mulia atas-Ku... Sukakanlah kamu,, tiada dinding antara-Ku dan antara engkau..." (al-hadis)
30... Puasa pada hari ke 27 bulan rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.. Jika disertai dengan sedekah,, sama seperti puasa seribu tahun... (kerana kebesaran hari Isra' Mi'raj... (al-hadis)
31... Siapa melapangkan kekeruhan (masalah),, kesusahan orang Mukmin pada bulan rejab,, dikurniakan Allah kepada-nya mahligai yang besar di Syurga Firdaus... (al-hadis)
32... Siapa berpuasa 3 hari pada bulan rejab dan beribadat pada malam-nya (berjaga malam),, seperti dia berpuasa 3,000 tahun,,, di ampunkan bagi-nya 70 dosa2 besar tiap2 hari,, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa-nya daripada jasad-nya,,, 70 hajat di dalam kubur-nya,, 70 hajat ketika Al-Qur'an dinaikkan ke langit,, 70 hajat ketika di timbang amalan-nya,, 70 hajat ketika melalui titi Siratul Mustaqim... (al-hadis)
33... Rejab ertinya "Ta'zim" (kebesaran,, keagungan,, kemuliaan).. Kerana keagungan,, kebesaran dan kemulian bulan rejab itu,, maka Allah swt limpahkan rahmat-Nya,, kemurahan-Nya dan kebajikan-Nya terhadap hamba2-Nya yang beriman dan beramal soleh pada bulan rejab yang berpuasa pada siang-Nya dan beribadat pada malam-Nya... Demikianlah keistimewaan-Nya dan keagungan-Nya bulan rejab itu yang dinamakan dengan Syahrullahi (Bulan Allah) 

...............Rahmat...............

Diantara rahmat Allah swt yang terbesar dikurniaka kepada hamba-Nya ialah dengan ditambahkan amalan2 seperti berpuasa pada siang-Nya dan mengerjakan sembahyang2 sunat setelah menunaikan solat wajib yang tertentu dan banyak berzikir dan bertasbih,, berselawat,, membaca al-Qur'an,, beristigfar,, mohon keampunan atas dosa2-nya yang telah lalu dan pada malam-Nya berjaga malam atau bangun di tengah malam sembahyang sunat tahajud,, sembahyang sunat tasbih,, berzikir,, beristigfar,, bertasbih,, berselawat,, membaca al-Qur'an berdoa dan sebagainya... Pada bulan rejab inilah dilipat gandakan pahala-nya,, dilipatkgandakan keampunan dosa2-nya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari Allah swt,, diangkat darjat keimanan oleh Allah di dunia,, dan diangkat darjat yang tinggi bagi-nya di dalam syurga di akhirat kelak.. Sungguh beruntung sekali bagi hamba2-Nya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba2 memperbanyakkan amal ibadat dalam hidup-nya.. Sungguh 1 rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hamba-Nya dengan mendapat keredhoan-Nya yang besar dan rugilah orang2 yang ketinggalan dalam mengerjakan ibadat...! Rahmat yang boleh melepaskan kita daripada azab api neraka dan menempatkan kita ke dalam syurga Allah swt... 

...................Pemurah....................

Begitu sekali pemurah-Nya dan baik-Nya Allah kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh kepada-Nya dengan balasan pahala-Nya yang begitu banyak sekali,,, dan diangkat darjat-Nya yang tinggi di dalam syurga,, dengan mudah-Nya diberi keampunan dan taubat yang begitu banyak pula.. Sungguh pemurah-Nya dan baik-Nya Allah swt terhadap hambanya pada bulan yang mulia ini...

.......................Kebajikan..................

Sungguh bulan rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hamba-Nya... Bulan yang diperintahkan supaya banyak berbuat amal kebajikan pada-Nya,, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat,, sembahyang fardu dan sembahyang sunat,, bulan diperbanyakkan beristigfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat Allah swt,, berzikir,, bertasbih,, berselawat,, berdoa,, bersedekah dan segala rupa kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan Allah dan rasul-Nya.. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas,, dan sangat besar pula anugerahnya... Sangat banyak pemberian Allah dan banyak pula hamba-Nya berlumba2 memenuhi amalan-Nya...

Firmannya,,,,,,,,,,
 Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(Al-Bayyinah 98:7)

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
(Al-Bayyinah 98:8)

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~