Jalan Dakwah (Al-Ustaz Mustafa Masyhur)

Isi Kandungan
Bab 1 Penjelasan Umum Mengenai Jalan lni
Bab 2 Di Antara Marhalah-marhalah Dakwah dan Tuntutan-tuntutannya
Bab 3 Marhalah At-Ta'rif. Pandangan dan Penerangan
Bab 4 Marhalah At-Takwin: Pandangan dan Penerangan
Bab 5 Penyelewengan Di Atas Jalan Yang Kita Peringatkan
Bab 6 Lagi.....Mengenai Penyelewengan
Bab 7 Penyelewengan Di Dalam Masalah Kafir Mengkafir
Bab 8 Beberapa Halangan Di Atas Jalan Yang Kita Lalui(l)
Bab 9 Beberapa Rintangan Di Jalan Yang Kita Lalui(2)
Bab 10 Tribulasi-tribulasi (Mehnah) Di Atas Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya)
Bab 11 Tribulasi-tribulasi Di Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya (2)... 46
Bab 12 Tribulasi-tribulasi Di Atas Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya (3) 50
Bab 13 Tribulasi-tribulasi Di Atas Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Di Sekitarnya (4)
Bab 14 Kepercayaan (Thiqah) Terhadap Jalan
Bab 15 Lima Puluh Tahun Di Atas Jalan
Bab 16 Pertanyaan Dari Angkatan Muda
Bab 17 Perbaiki Diri Mu dan Seluruh Orang Lain (1)
Bab 18 Perbaiki Diri Mu Kemudian Serulah Orang Lain (2)
Bab 19 Tegakkanlah Rumah Tangga Muslim
Bab 20 Tidak Terpesong Dari Jalan Dakwah
Bab 21 Marilah Kita Bersaudara, Ingat Mengingati, Wasiat Mewasiati dan Tetap Bertahan Hinggalah Kita Menemui Allah Di Atas Jalan Dakwah

Nak donlod tekan sini...

Hari Yang Merintihkan Aku.....

Aku nak keluar,, tapi x tau nak kemana..
Buat apa pun semua x kena..
Nak sarapan pagi pun jadi hangus,, last2 paksa kucing makan jer..
Buka blog,, x tulis apa pun,, baru nie je rasa nak tulis..
Kang aku jadi setan layan video clip nanti kang,, ish,, x leh,, berdosa besar,, walaupun bersepah kat dalam pakcik Google nih kalau nak..
Last2 dalam pukul 2 tadi,, aku dapat ilham..
Aku nak keluar............................
Tapi itu pun jadi masalah jugak..
X tau nak keluar mana..
Em..........
Sebenarnya rindu kat dia...
Rindu sangat nak tengok dia...
X kira la kat mana...
Walaupun sekadar kat tepi jalan...
Tempat makan....
Em........
X terfikir nak buat apa2..
Sekadar nak berjumpa...
Nak wat camne,, dah rindu..
Fikir2 x nak buat masalah,, tapi tah camne dah jadi masalah..
Maybe sebab terlalu rindukan dia,, aku pk,, biarlah aku keluar..
Kuar lah mana2..
Selagi ada minyak motor,, selagi tu moto berjalan..
Target balik x tau bile..
Cuma tau target solat je,, bila azan terus solat,, pastu teruskan perjalanan lagi..
Dulu pernah aku merayau tanpa hala tuju sampai ke melaka..
Tapi x masuk melaka pun,, U Turn balik lepas tol,, moto free tol je..
N pernah sampai ke Sabak Bernam,, yang aku pun x tau kenapa aku boleh sampai situ,, yang aku ingat,, aku sampai ke Balai Polis Sabak Bernam,, aku terus U Turn,, balik umah..
Dan banyak lagi perjalanan tanpa hala tuju aku yang berakhir dengan U Turn..
Dalam masa tu,, perasaan rindu tu x dapat di lupuskan..
Nak kene jumpe jugak baru boleh ilang rindu tu sikit..
Tapi itulah,, pasal perkataan 'jumpa' tu lah selalunya jadi x jadi..
Bagi aku,, lantaklah kat mana pun,, asalkan aku boleh tengok dia..
Pandang dia...
Aku x buat apa2 pun..
Nak pandang jarak jauh pun boleh..
Asalkan cuma dia..
Ati aku ni nak mata aku pandang dia...
Walaupun kat tepi jalan ke..
Walaupun dia dalam kete,, aku kat atas moto..
Walaupun dia x pandang pun,, just aku je pandang dia..
Tapi lepas aku fikir sejenak,, semua ni macam mementingkan diri sendiri aje..
Jadi,, em,, x pelah,, pe salahnya aku trime je..
Dan aku tau aku nak keluar tanpa tujuan,, tapi tetap jugak nak keluar..
Aku tau kalau aku keluar sampai moto jem pun,, belum dapat lagi nak ilangkan rindu ni..
Tapi ape lagi boleh aku buat selain nie?
Nak berangan? Baring,, berangan,, dan tidor...
Selalu sebelum tido aku berangan dulu..
Berangan nak jadi kaya.... Heee.......
Berangan nak naik pangkat...
Berangan nak jadi Spider man... Ish....
Ada jugak,, berangan nak jadi Ulama...
Berangan jadi Ustaz yang hafaz Al-Quran..
Tahap critical betul aku punya berangan nie.. Ish..
Tapi itu lah,, angan2 yang endingnya jadi tidor berdengkur tahap gaban..
Lazatnye tido,, tuhan je tau..
Tapi bila dah sedar,, kelam kabut bangun solat subuh,, last time tuh.. Heee...
Bila cakap soal rindu ni,, bila dah kawin nanti,, ada ke rasa rindu nie lagi?
Aku nak kawin,, tapi duit x de..
Ada dia bagi 1 cara pagi tadi..
Aku nak sangat cara tu,, tapi ati kecil aku ni sentiasa kacau line kalau aku nak buat keputusan..
Kang aku sumbat ngan spender kat ati kecil aku ni tau lah..
Tapi dia kat ati,, tangan aku kat luar,, camne nak sumbat.. Ish..
Biasa kalau orang rindu2 ni dia buat ape eh..
Em,,, aku nak sangat cara tu....
Tapi,, aku jugak x nak cara tu..
Aku x nak jadi cam cite P Ramlee..
Tapi masalahnye aku betul2 nak kawin...
Orang muda2 kata,, dah "Sangap"..
Tapi aku bukan apa,, aku just nak berkahwin,, hidup berpasangan,, aku jga dia,, suami isteri,,, perrhhh...
Jadi bapak orang aku dah..
Tapi x jadi2 lagi..
Umo dah 26 tahun..
4 tahun lagi,, masuk 30 tahun..
Em,,, semua masalah pada duit..
Kalau duit x da,, x leh kawin ke eh..
"Aah,, memang x leh pun,, " ati kecil aku cakap..
Haiiii,,, nua ooo nua...
120 - 140 km/j je la meter aku ni sat lagi..
Jalan higway mana la yang nak aku redah..
Em,,, rindu......
Rindu rindu rindu..
Biarlah,, dia nak luangkan masa ngan adik2 dia tuh..
Bila dia baca blog aku ni mesti dia hangin je kan,, heee...
Tapi x pelah..
Aku kan dah cakap,, aku tak pandai luahkan..
Tapi aku pandai tulis..
Aku tau x de sapa nak baca..
Kecuali kesayangan yang aku rindukan nie..
Aku tau la sebab ni blog Selamber Adap...!
X da ayat yang x selamber melainkan selamber belaka..
"Jiwang karat pun ada,," ati kecil aku kata...
Ala,, aku jiwang karat pun bukan tuk aku,, tuk ko jugak "ati"..
Dah la ko duk kat "Perut"..
Kalau x,, x da la orang sampai buat peribahasa "X da hati perut"..
Mesti ko duk kat perut punya...
Kang aku buang ati aku kang,, sah aku yang jadi x da hati perut..
Ermmmmm,,,
Sambil bersandar di kerusi,, niat ke hadrat Ilahi..
Mohon jika benar,, dia jodohku,, pertemukan lah Aku dengan dia..
Dengan izin Mu Ya Allah... Insyaallah..
Kawinkan aku dengan dia,,
"Walaupun duit x cukup,, " kata ati aku..
Moga lebih mendapat barakah dengan perkahwinan ini Ya Allah..
Rindu sangat nie...

Mati Syahid

7 HABUAN MATI SYAHID

Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya

- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobarani

Kisah Amir dan mati syahid

PADA zaman Rasulullah SAW, hidup seorang lelaki bernama Amir bin Jamuh. Kakinya tempang, namun Amir bertekad untuk ikut bertempur dalam Perang Uhud.

Beberapa sahabat menghalangnya kerana menganggap Amir tidak sesuai memandangkan dia tempang, namun Amir yang disokong oleh isterinya tetap bertekad untuk berbuat demikian demi membela agama Allah.

"Aku tidak percaya mereka telah melarangmu untuk ikut dalam pertempuran itu," kata isteri Amir.

Mendengar kata-kata itu, Amir menghunus pedang dan berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku".

Amir kemudiannya menemui Rasulullah SAW dan menyakinkan baginda untuk membenarkannya menyertai tentera muslimin.

Rasulullah SAW meminta Amir agar tidak ikut berperang. Namun, Amir terus mendesak dan akhirnya Rasulullah pun mengizinkannya.

Di medan pertempuran, Amir berteriak, "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".

Amir akhirnya gugur syahid di medan pertempuran. Setelah mendengar berita kematian suaminya, isteri Amir segera membawa seekor unta untuk membawa pulang jenazahnya.

Ketika jenazah Amir diletakkan di atas unta, haiwan itu tidak mahu berdiri. Pelbagai usaha dilakukan olehnya namun unta itu tetap tidak mahu berjalan, sebaliknya asyik memandang Uhud.

Ketika Rasulullah SAW mengetahui berita itu, baginda bersabda, "Sesungguhnya, unta itu telah diperintahkan untuk berlaku demikian. Adakah Amir berkata sesuatu semasa dia mahu meninggalkan rumahnya?"

Isterinya memberitahu sebelum meninggalkan rumah untuk bertempur di medan perang, Amir mengadap kiblat sambil berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku". Itulah sebabnya, kata Rasulullah, unta itu tidak mahu pulang.

Kisah yang tercantum dalam kitab Himpunan Fadilah Amal karya Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi itu menggambarkan keberanian dan kepahlawanan orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka hanya berharap menjadi pahlawan yang gugur syahid di sisi-Nya.

Dalam surah ali-'Imran ayat 169-170, disebutkan bahawa orang yang gugur di jalan Allah sebenarnya tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah SWT.

Mereka yang gugur di jalan Allah SWT benar-benar hidup di alam lain, ini berbeza dengan alam kita.

Di alam sana, mereka juga mendapat rezeki daripada Allah yang sesuai dengan kehidupan alam barzakh. Maka itu, mereka bergembira kerana berada dalam kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah.

Dalam Islam, mati syahid (Arab: شَهيد ‎ šyahīd, jamak: شُهَداء šyuhadā') ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid.

Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (jihad fi sabilillah).


Dalil orang mati syahid

Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai berikut:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)


Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya adalah sebagai berikut:

1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)

2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539)

Cerita Untuk Lelaki / Suami / Bapa

Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

15 Tanda Orang Pemalas


1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

Kelebihan Seorang Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Mengenai Wanita Dan Kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua. ok......"

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI
1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya

Permasalahan Hadis Samada Benar atau Palsu

Aku ada 1 persoalan tentang 1 hadis nie.. Aku pada mulanya memang yakin yang hadis ni dari Rasullullah saw.. Tapi sekarang,, ramai pulak yang kata hadis palsu.. Sampaikan aku dah naik resah,, berfikir setiap masa,, sebelum tidor (seb baik x mimpi),, time makan,, aku sentiasa berfikir..

Tersebutlah hadis yang berkata :-

Bulan Rejab Bulan Allah.....
Bulan Syaaban Bulan Nabi...
Bulan Ramadhan Bulan Ummat....

Ini je persoalan aku..Aku cuba mencari jawapan,, aku bertanya pada beberapa orang pakar,, ustaz, ustazah,, dan x lupa juga,, google,, msn,, dan segala bentuk search engine.. Ada yang kata hadis palsu,, ada yang kata hadis sahih,, ade yang kata orang buat supaya orang lain rajin mengerjakan ibadat...

Dulu aku meyakini hadis ni,, bila tiba bulan rejab,, aku solat malam,, baca 'astagfirullah'... Bila bulan Syaaban,, aku perbanyak selawat ke atas nabi,, sampai beribu kali setiap hari dan malam sebelum  tidor.. Apabila Bulan Ramadan,, banyak aku baca al-quran..

Persoalan aku ni timbul selepas beberapa minggu lepas,, aku nak suruh kesayangan aku banyakkan puasa di bulan Rejab,, then,, bila dia search google,, dia cakap kat aku permasalahan nie,, tu yang aku sendiri cuba untuk setlekan masalah nie..

Orang pertama yang menjawab persoalan aku,, dia kata "PALSU".. Kisahnya bermula di masa orang islam masing2 lalai mengerjakan ibadat,, maka,, para ulama membuat hadis ni dan dengan yakin mengatakan hadis ini dari Rasullullah... Padahal diorang buat sendiri.. Jadilah ia sebagai penyebaran hadis palsu..

Orang kedua yang jawab persoalan aku pula kata,, "HADIS BENAR TETAPI LEMAH".. Kisahnya pulak tentang orang yang membawa hadis tersebut x lama idup.. @ pun orang yang dikuatiri bukan dari golongan sahabat nabi..

Ada lagi persoalan,, tapi aku dah kene buat kerja daaaa.... potong stim tol.. blah dlu..

I keep this for my information.. Dont need to read....

Senarai kursus yang ditawarkan bagi Program Latihan Kemahiran CIDB bagi Belia dan Personel Binaan adalah seperti berikut:-


BELIA PERSONEL

BUILDING SYARAT UMUM

1 Bricklaying BRL1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 1.Warganegara Malaysia.

2 Bricklaying BRL2 2 Tiada 5 hari √** √** √** √** √** √** 2.Sihat tubuh badan.

3 Plastering PLR1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 3.Boleh membaca, menulis & mengira.

4 Tiling TLR1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 4.Kelayakan umur:

5 Carpentry (Joinery) TCJ1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ -Program Belia 18-35 tahun.

6 Carpentry ( Formwork) FWC1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ -Program Personel 19-55 tahun.

7 Drywall Partition Installation DWP1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 5.Program Personel perlu mempunyai

8 Fixed Ceiling Installation DCF2 1 & 2 3 bulan 5 hari √ √ √ √ kad hijau yang masih sah tempohnya

9 Demountable Ceiling Installation DCG2 1 & 2 1 bulan 5 hari √ √ √ dan pengalaman kerja 6 bulan dalam

10 Concreting CCT1 1 1 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ bidang berkaitan.

11 Barbending BBR1 1 1 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ SYARAT KHUSUS

12 Plumber (A1) SPP1 1 Tiada 5 hari √** √** √** √** √** √** 1.Bagi kursus 1 hingga 11 minimun

13 Plumber (A2) SPP2 2 Tiada 5 hari √** √** √** √** √** √** tamat persekolahan tingkatan 3.

14 Plumbing (Building & Sanitary Fitting) PNS1 1 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 2.Bagi kursus 12 hingga 27 memiliki SPM

15 Plumbing ( Water Reticulation) PWR1 1 1 bulan 5 hari √ √ √ √ √ 3.Bagi kursus 18, permohonan Personel

16 Building Operation & Maintenance Handyman (C&S) BOM1 1 3 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ Binaan perlu memiliki sijil SKK (SCF1)

17 Scaffold Erection SCF1 1 2 bulan 10 hari √ √ √ √ √ tahap 1 atau setaraf dengannya atau

18 Scaffold Erection SCF2 2 Tiada 10 hari √** √** √** √** √** √** berdaftar dengan JKKP dalam bidang

19 Building Decorative Painting PTD2 1 & 2 3 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ berkenaan dan pengalaman kerja

20 Building Architectural Coating Application PTC2 1 & 2 2 bulan Tiada √ √ √ √ √ 6 bulan.

INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEMS (IBS)

21 Aluminium Framework Fabrication FWA1 1 3 bulan 5 hari √ √

22 Steel Structure Erection & Fabrication STF1 1 3 bulan 5 hari √** √

23 Precast Concrete Installer PCC1 1 Tiada 5 Hari √** √** √** √** √**

24 Lightweight Blockwall Installer BLK1 1 Tiada 5 Hari √** √**

25 Lightweight Panel Installer LWP1 1 Tiada 5 Hari √** √**

26 Roof Truss Installer (Steel) RTL1 1 Tiada 5 Hari √** √**

27 Roof Truss Installer (Timber) RTT1 1 Tiada 5 Hari √**

CRANE OPERATION

28 Mobile Crane Operation CMW2 2 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 1. Berumur 21 tahun.

29 Crawler Crane Operation CMC2 2 2 bulan 5 hari √ √** √ 2. Memiliki SPM.

30 Tower Crane Operation CTO2 2 2 bulan 5 hari √ 3. Memiliki lesen memandu 'L' kecuali

PLANT OPERATION kursus 30 (pelatih belia)

31 Backhoe Loader Operation BHL2 2 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ √

32 Wheel Loader Operation LWH2 2 2 bulan 5 hari √ √** √ √ √

33 Hydraulic Excavator Operation EXH2 2 2 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ √

34 Track Dozer Operation DZT2 2 2 bulan 5 hari √ √ √ √

35 Motor Grader Operation GRM2 2 2 bulan 5 hari √ √

MECHANICAL & ELECTRICAL

36 Building Wiring Installation BWI1 3 bulan 5 hari √ √ √ √ √ √ 1. Memiliki SPM.

37 Wireman Grade 2 (Sarawak) BWS2 8+4(LI) bln 42 jam √ 2. Bagi kursus 41, perlu memiliki sijil

38 Wireman Grade 1 (Sarawak) BWS1 8+4(LI) bln 60 jam √ Single Phase Electrical Installation

39 Chargeman L1 & L3 (Sarawak) AAL1 9+6(LI) bln √ dan mempunyai pengalaman 1 tahun

40 Single Phase Electrical Installation (PW1/PW2) PWI2/PWZ2 9/18+6(LI) bln 3 bln/240 jam √ √ √ √ √ beserta buku log.

41 Three Phase Electrical Installation (PW3/PW4) PWE2/PWA2 6+6(LI) bln 3 bln/240 jam √ √ √ * √ √

42 Chargeman (AO) AAO2 480/240 jam √** √** √**

43 Brazing For Copper Gas Piping GPB1 1 Tiada 5 hari √** √** √**

44 Gas Pipe Installer (High Pressure) FHG1 1 3 bulan 5 hari √ (LI) - Latihan Industri

45 Gas Pipe Insulation GPI1 1 3 bulan 5 hari √ √* kursus belia sahaja

46 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation ACV2 1 & 2 4 bulan 5 hari √ √ √ √** kursus personel sahaja

DRAFTING

47 Architectural Drafting ABD2 1 & 2 6 bulan 5 hari + 5 hari √ √ √ √ √ √ 1. Memiliki SPM

CIVIL

48 Landscape Construction LSC2 1 & 2 6 bulan 5 hari + 5 hari √ √ √ √ √ √ √

WELDING

49 Welding (1G) 1 1 bulan 5 hari √ √ 1. Memiliki SPM.

Process-SMAW 2. Bagi kursus 50, perlu memiliki

Materials-Carbon Steel sijil Welding (1G) dari institusi

50 Welding (3G / 4G) 2 2 minggu 5 hari √ √ √ √ yang diiktiraf.

Process-SMAW / GTAW / GMAW / FCAW 3. Bagi kursus 51, perlu memiliki

Materials-Carbon Steel / Stainless Steel / Aluminium sijil Welding (3G) dari institusi

51 Welding (5G / 6G / 6GC) 3 2 minggu 5 hari √ √ √ √ yang diiktiraf.

Process-SMAW / GTAW / GMAW / FCAW

Materials-Carbon Steel / Stainless Steel / Aluminium

BLASTING & PAINTING

52 Blasting & Painting PCB2/PCP2 2 5 minggu 2 minggu √ √ 1. Memiliki SPM.

NON DESTRUCTIVE TESTING (NDT) 2. Bagi kursus 53-57 pengalaman dalam

53 Magnetic Particle Testing MGP2 1 2 minggu 1 minggu √ bidang NDT diperlukan.

54 Penetrant Testing TTP2 1 2 minggu 1 minggu √ 3. Bagi kursus 55-57 pemegang Diploma

55 Interpretation Of Radiographs TTR2 1 2 minggu 1 minggu √ dalam bidang Kejuruteraan diberi

56 Ultrasonic Testing Thickness Measurement TTU2 1 4 minggu 1 minggu √ keutamaan.

57 Ultrasonic Testing Weld 1 6 minggu 2 minggu √

Nak Belajar

Aku rasa nak belajar balik lah.. Nak buat Pw1 & 2.. Aku x da lagi.. lama dah dalam bidang nie,, tapi sijil takda pun.. mana tau nanti nak buat bisnes sendiri,, kene la ada lesen nye.. kalau ade peluang,, tambah lagi Pw3 & 4 ke.. mesti mantop punye..

Nabi pun pernah kata,, belajar sampai ke negara china.. tapi aku tak mau belajar sampai sana,, sini malaysia jadilah.. dekat ngan mak aku.. nanti sapa nak tengok mak aku.. itulah mak ku yang tersayang,, Hajah Sarimpi bte Haji Tahir... muaaahhhhhh... sayang mak aku... agak2 sapa berkenan dekat aku,, g cakap kat mak aku ye.. hahaha..

Ni aku lepaskan masa mengadap computer jap.. tunggu member aku beli barang tak balik2 lagi nih.. letih aku tunggu.. nak buat kerja camne kalau barang tak de kan.. tapi tadi patut aku follow sekali,, tapi dia kata nak servis motor,, malas nak follow.. elok aku gerak terus g masjid aje.. dengar ceramah wajib kat masjid.. hehe..

Tapi tadi kan,, imam masjid yang berkhutbah tu menangis masa bercakap.. aku pun rasa nak menangis gak,, tapi,, segan.. kalau Allah je nampak,, ok la.. ni semua yang lain pun nampak,, ish.. Imam tu berkhutbah pasal remaja zaman sekarang.. Remaja yang banyak membuat maksiat walaupun solat nye cukup,, ibadatnya banyak,, tapi tetap buat maksiat.. ish.. terasa aku.. banyak dosa aku beb... ish...

Baru nak cite,, member aku dah balik.. ish... gerak dulu lah...

giler

Agak2 dia tau ke aku rindu dia gila babi... hm.......

Rindu..

Aku rindu sangat kat dia.. tapi dia bz sangat dengan kerja nya.. agak2 dia rindu x kat aku eh? hm.... seharian aku tunggu dia,, tapi,, hp aku x bunyi apa pun..kalau boleh tido ni,, aku tido je,, tapi,, dah pale asik rindu kat dia je.. agak2nya dia ngah hapy,, tu x leh borak dengan aku kot.. heee... x pelah.. biarlah aku membawa ati yang duka.. chewaahh... heehehe.. duk depan computer pun xtau nak buat ape.. ofis ni bukan leh buka fb pun..dah kena block dah.. ish.. xpelah.. siapalah diri ku ini... sampai di sini saja.. padan muka aku kan... hm... tadi g round2 by block.. tapi last2 ke pintu ofis sendiri jugak aku pergi.. x tau nak pegi mana.. ai... asik tengok jam tangan je.. sambil pk,, dia bz lagi ke x eh.. arini aku letih gile.. lepas buat kerja,, ade lagi keje menunggu.. dah la aku sorang plak tu.. si supervisor cuti.. memang rasa sedap je wat kerja sorang2,, cuma penat lah.. kejap ke sana,, kejap sini.. hehe.. ape nak wat,, dah kerja...
-----------
------------
-----
------
 dan...
.........
-------
------
-
-
-
-
-
sekali lagi aku tengok je hp aku..
senyap.....
kosong.......
hm.......
rindu.............................................
...
..
..
..
..
....
...
.........
......
........
...........
-==-000
=-0-0
=-=-=
099
)(*)
*&()
__=0-0-_
.......
....
............
hm....
lantak lah..
mybe sebelum ni aku camni kot..
balasan tuk aku la ni kot..
x pelah..wat bodo sudah..

Cerita Terbaru Aku

Assalamualaikum blog kesayangan..

Buat pengetahuan,, aku sekarang dah bekerja kat tempat baru.. namanya Dialog Group Bhd.. Aku jadi technician je kat sini.. Dah lebih sebulan aku bekerja kat sini.. Memang puas ati la kerja nya.. Cuma kadang2 boring sikit bila takde kerja.. Kalau boleh tido,, memang untung lah.. Tapi kalo nak kene pelepuk dengan bos aku,, silakan la tido.. Hahaha... Hari tu aku dah kene sekali dah.. Terrrrrrr tido... hehehe...

Kat sini mula2 aku sorang je technician,, tapi lepas 3 weeks aku kerja,, masuk sorang lagi,, tapi merangkap supervisor technician lah.. Hahaha.. xpa lah.. Gaji aku x kurang pun kalau dia masuk.. Bagi aku,, jangan kacau kerja aku sudah.. Yang aku tau,, aku x payah penat2 pk nak buat kertas kerja ke,, nak taip apa2 ke,, yang aku tau,, ada kerja aku buat lah.. xde kerja,, aku lepak lah... best x? hehehe..

Makan kat sini selalu kena RM4.50 - RM5.00.. tapi aku tapau lah.. kalau makan kedai,, mau kena RM7.00 punya.. air kurang2 teh ais.. tambah lagi air kosong.. elok amik air kosong kat ofis aje,, free 3 dalam 1.. Sejuk,, sederhana,, panas.. mana2 pun boleh.. hehehe..

Bos aku kat sini ok lah.. baik dalam ketegasan.. aku suka.. jadi,, kita nak minta pendapat pun boleh,, lawan cakap pun boleh,, asalkan tak lari dari tajuk perbincangan.. Tapi pagi tadi aku ade la jawab cakap bos aku,, Cat nama pendeknya.. aku cakap x boleh,, dia cakap boleh.. Aku minta lebih,, dia cakap dah limit.. Kalau orang tengok gayanya macam aku plak kene marah.. tapi aku still jawab gak.. sampaikan si kak nora ni tah ape dia tau,, dia leh cakap dengan nada poyo dia,, "menjawab,, menjawab..".. aku rilek je la.. macam orang x tau je dengan perangai dia,, sape tah nak cakap ngan dia.. seb baik bos aku bukan kau.. tau nak mengarah,, tapi x tau nak explain.. kecoh je.. so,, si cat ni pandai jawab balik dan x bosan dengan setiap pertanyaan aku,, maka,, aku tanya dia je lah.. tapi x mau puji lebih2,, nanti kesayangan aku si Anis nanti jelous.. hehehe... nak kawin dah aku.... insyaallah,, next year..

Aiseh,, sedap2 citer,, ade kerja plak.. seb baik aku taip cepat.. blah dlu.. next time aku cite lagi.. love u... Anis.. muahhh.. heehehe...