Pantun Islamic Sempoi

Aku just nak test power dengan cuba mencipta seberapa banyak rangkap pantun yang berbentuk islamic.. walaupun sebenarnya aku tak layak untuk bercakap tentang islamic,, tapi adakah korang tengok yang aku ni macam bercakap? aku menaip kan? so,, layak tak layak tu terpulang pada yang membacanya...

Bismillah permulaan kerja..
Alhamdulillah tanda kesyukuran..
Subhanallah memuji yang Esa..
Allahhuakbar Tuhan sekalian alam..

Berpandukan peta mencari lokasi..
GPS ada tak nak guna..
Ulama sekarang kena berani..
Tegak kan Islam untuk semua..

Aku dari tadi cari idea..
Yang korang tengok ni la hasilnya..
Jangan bermegah hidup kat dunia..
Kelak akhirat confirm binasa..

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..
Korang fikir la sendiri bukit apa..
Allah swt penguasa langit..
Maha Berkuasa dan Bijaksana..

Beli kain murah-murah..
Bagi hadiah kat pelajar cemerlang..
Jangan tidor waktu ceramah..
Kesian ustaz tu cakap sorang2..

Aku tak suka bergaya..
Tak bermaksud aku tak da gaya..
Tolong orang tua amalan mulia..
Insyaallah korang dapat syurga..

Waktu Syaitan kuat adalah time maghrib..
Ingat Syaitan takda mat rempit?
Jangan main kat luar waktu maghrib..
Kesian la mak bapa kamu tu terjerit2..

Sumpah pendekar sumpah laknat..
Sumpah depan2 gaya Hang Jebat..
Sumpah manusia tak kena tempat..
Sumpah nama Allah pun nak berdebat..

Pegi kedai nak tengok citer tomoi..
Tapi yang ada kisah Pak Lebai..
Setel sudah pantun Islamic Sempoi..
Aku nak blah dulu, babai..!

Pantun Pak Omar Mengail Udang

Pak Omar mengail Udang..
Terkail pulak si anak katak..
Terus Pak Omar naik berang..
Anak si katak terus di campak..

Pak Omar mencuba lagi..
Tunggu punya tunggu joran bergetar..
Joran di tarik membuta tuli..
Terlepas lagi Udang Pak Omar..

Pak Omar mengangkat joran..
Dengan niat nak tukar umpan..
Tarik punya tarik Pak Mat keletihan..
Last skali duduk minum Tongkat Ali secawan..

Pak Omar mendapat semangat..
Menggunakan umpan usus lembu..
Diikat usus dengan ketat..
Mana dia rembat tak sapa tahu..

Pak Omar berjam-jam tunggu..
Menunggu Udang tak dapat-dapat..
Pak Omar pun duduk rilek dulu..
...........................................................................................................

p/s : Den dah pocah kepalo pk dari pagi sampai petang nak setlekan pantun ni.. tapi dah petang ni,, x setle2 jugak.. maka,, den dengan rasminya mengalah dengan perasaan suka hati.. Pasal otak den telah bebas dari cengkaman pantun yang hampeh dari segala segi ni.. ish ish ish....

Pantun Memuji Allah Yang Esa

Bismillah permulaan kata..
Pada Allah yang Maha Perkasa..
Mohon berkat hidup di dunia..
Agar selamat dari azab neraka..

Ya Allah yang Kekal Abadi..
Pencipta dunia serta isinya..
Ku harap redho mu setiap hari..
Kasihanilah aku pembuat dosa..

Ada seorang yang aku cintakan..
Iaitu Muhammad utusan Tuhan..
Juga Rasul di akhir zaman..
Menjadi Icon bagi orang beriman..

Telah diutus seorang Nabi..
Muhammad Rasul yang mulia..
Akhlak yang tinggi dan terpuji..
Sunnah mu merata segenap dunia..

Ya Allah yang Maha Hebat....
Yang maha melihat dan berkata-kata..
Al Quran Mu ialah Mukjizat..
Keterangan Nya jelas lagi nyata..

Ilmu Al Quran sangatlah luas..
Tanda kebesaran Mu yang Maha Kaya..
Ku pohon dijauhi dari sifat malas..
Jadikan lah orang yang berguna..

Alhamdulillah dengan rahmat Mu..
Bersyukur aku dengan kurniaan Mu...
Aku bersaksi Tuhan ku Allah  yang satu..!
Muhammad S.A.W adalah Rasul utusan Mu..!

Insyaallah Kini Dan Selamanya

Aku terbangun lambat sikit pagi nie.. (padahal sebelum ni lagi lambat) Aku bangun pukul 6.30 pagi setelah dikejutkan dengan tabah oleh Bonda kesayangan ku.. Aku mula bangun,,, terasa lemah longlai serta kemalasan yang sangat banyak.. 

Tiba2 aku terfikir 2 perkara.. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Bangun lambat,, solat Qada' subuh aje.. Buat secara sengaja pulak tu.. Berdosa besar.. Aku tak takut dosa besar ke? Dan aku juga teringat,, semalam Nurul Anis kesayangan ku ada mengatakan,, kepala manusia nie telah diikat dengan 3 ikatan oleh Syaitan laknatullah.. Cara untuk buka semua ikatan itu adalah dengan mandi,, ambil wuduk dan solat subuh..

Maka dengan tergesa2,, aku mengambila tuala,, terus pergi mandi,, (alang2 mandi wajib sekali walaupun tak de keluar mani) wuduk dan solat subuh.. Maka, solat subuh aku selesai pada pukul 6.45 pagi tadi..
Bagiku amalan ku.. Sesungguhnya Solat itu boleh menghindari aku dari kefakiran dunia dan akhirat..
Aku dah terlalu lama hidup dalam kesenangan.. Bukan aku senang kerana harta,, tapi malas nak guna otak untuk banyak fikir.. Elok rileks je.. Tapi sekarang,, aku nak ubah.. Aku nak sentiasa melakukan amal2 ibadah yang sekiranya wajib,, cepat aku lakukan tanpa ditangguh lagi.. Sekiranya sunat,, tetap aku nak lakukan juga kerana itulah amalan pahala spare yang akan dihisab di akhirat kelak.. Dan pada masa muda nie lah aku kena prepare amalan untuk alam barzakh nanti.. Sorang2 je duduk kubur beb.. Duk sorang kat umah pun dah buat aku nak keluar cepat2,, inikan pula dalam kubur,, tak de sapa2.. Jadi aku berdoa agar amal aku diterima dan mendapat redho Allah swt..

Banyak solat2 yang aku tinggalkan dengan sengaja pada waktu sebelum2 ini,, aku nak ganti semua sekali.. Aku nak lakukan secara double standard.. Maksudnya,, bila aku setle solat wajib pada mana2 waktu subuh @ zuhur @ asar @ maghrib @ isyak,, setiap satunya aku nak solat Qada' untuk setiap waktu sekurang2 nya 1 kali.. Itu aku namakan double standard.. Sebelum nie aku dah cuba jugak.. Dapat lah tahan 2 hari je kot buat berterusan.. Tapi kali ni aku nak lebih bersungguh2 dalam mengerjakan setiap amal ibadah.. Aku nak jadi orang yang bertakwa dan penuh ketabahan dalam mengerjakan ibadah.. Aku nak termasuk dikalangan orang beriman.. Aku tak nak jadi seperti orang yang dah tahu perkara kebaikan,, tapi tak buat2 juga walaupun dia tahu benda tu baik.. Aku nak jadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah swt.. Walaupun aku ni jiwa selamber,, tapi aku juga hamba Allah sejak aku dicipta dulu kini dan selamanya...

Sekarang usia aku dah 26 tahun,, dan aku rasa masa ini memang dah lewat.. Patut dari dulu lagi aku amalkan  kebaikan dalam hidup aku.. Bertaubat aku pada Tuhan,, moga diampunkan dosa aku yang lalu.. Harap aku masih belum terlambat untuk membuat amal dan meminta keredhoan dari Allah lagi..

Blup blup blup...........

I Love Rasulullah S.A.W

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar


Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,


"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." 

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua." 

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepadaALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku." 

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?

11 Tip Memilih Barang Hantaran

1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si mempelai..

2. Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

3. Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..

4. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

5. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.

6. Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

9. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.

10. Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.

11. Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
Gambar Contoh Set Hantaran Tunang

Pada Dia Yang Aku Sayangi

Bismillahirrahmanirrahim pembuka bicara..
Ucapan selamber mengiringi kata..
Seribu kali tetap ku berdaya..
Mengatakan aku cinta padanya..

Sahut menyahut alunan azan..
Memanggilku agar melaksanakan kewajipan..
Kata-kata semangat dari kesayangan..
Buat ku cepat nak pergi sembahyang..

Budi pekerti sentiasa ada..
Walau di mana dirimu berada..
Itu yang buat aku rindu padanya..
Aurat badan tutup sentiasa..

Nama ayahnya Abdul Mutalip..
Nama mak dia aku dah lupa..
Sory ye yang saje nak taip..
Marah jangan majuk takpa..

Suka aku tengok matanya..
Lembut tapi penuh bermaya..
Gaya memang sangat2 manja..
Hope nanti jadi aku punya..

Sentiasa berbual ku dengan dia..
Last2 tertido tah pukul berapa..
Al Waqiah sentiasa ku baca untuk dia..
Sebab? Ubat tido katanya..

Hadiah banyak dari tangan dia..
Aku ni tah bila nak bagi pulak..
Jangan pk aku ni kedekut ya..
Nanti2 pasti aku bagi jugak..

Sekarang dah pukul 5 daa..
Berapa lama mau taip daa...
La ni time solat daa..
Aku ni,,, tak takut dosa kaa?????

Pokok ubi pokok nenas..
Port lepak si belalang..
Nak taip aku dah malas..
Lain time ye yang...

Love Story Forever


Al Kisah...................

Al Kisah permulaan bicara..
Kisah apa pun aku selamber..
Pantun ku selamber tah apa2..
Silap dengar takut jadi giler....

Al Kisah anak orang..
Pergi mandi dalam kolam..
Gaya pakai macam nak g perang..
Ada baju takde seluar dalam..

Al Kisah seorang anak muda..
Semasa berjalan menundukkan muka..
Bajet nak malu2 depan anak dara..
Gaya standard mana2 pun ada..

Al Kisah bapak si buaya..
Besar gedabak macam raksaksa..
Sibuk merangkak je kejenya..
Tak caya? G zoo negara..

Al Kisah aku yang selamber..
Aku malas nak pk nak tulis aper..
Agak2 rasa nak lagi pantun selamber..
Insyaallah next time aku citer..
Hope korang suker..
Walau pun tah aper2..
Walau dimane korang berader..
Harap sudi bersama blog selamber..

Adiossssssssss.............

Keindahan Kegemerlapan Dunia Ku

Tatkala siang menyinsing malam..
Mengalunkan angin menyepikan keadaan..
Ke gerbang dunia syurgawi..
Singgah sang bulan menerangi alam..
Bercinta berdusta rahsia kurnia..

Hujan lemah membara..
Semakin gelap si purnama..
Pokok tumbuh kehijauan..
Gempar ribut ke ufuk timur..
Cantuman suara bertemu muka..
Berasingan perjalanan lautan dalam..

Bayi bersuara alunan bayu..
Sahara sunyi perubahan dunia..
Matahari terbang menyusur langit..
Sang kunari tersangkut melawan awan..
Perubahan menghambat kedaulatan..
Kunci restu berselerakan..
Sumpah awan ombak hujan..
Keindahan kegemerlapan dunia ku..

Keputusan Awal Pagi Ini

Di awal pagi buta nie,, aku dah mengambil keputusan,, aku nak mengajar design photoshop di sebuah blog lain yang aku sendiri tak tau namanya.. Aku akan create blog dan menulis tentang photoshop.. Aku try aje la.. Kalau tak berjaya tu,, memang aku senyap je lah.. hahahaha..

Sekarang kena zappp mandi... keje beb.. masuk pukul 9 pagi.. 1 jam perjalanan.. ada sapa nak follow??? bleh blah... muahahaha...

Cerita Jer..

Assalamualaikum...! Apa khabar sahabat blogger semua? Adakah anda semua sihat?? Muahahahaha... Lama gila sioooot aku tak update blog aku.. Sampaikan takde orang pun yang masuk blog aku ni.. Adess...

Semalam aku buat perubahan wajah sikit kat blog selamber aku ni.. Aku amik dari Simple Design jer.. Aku malas nak buat lain.. Aku nak buat simple2 jer.. Lagipun nak bagi kesenangan aku untuk membaca jer..

Lepas lama2 ni,, aku makin tak tau nak tulis apa.. Takkan la nak senyap lama2 n then bila muncul balik,, jadi cam sekarang ni.. ish.. Sebelum aku start menulis ni,, aku ada terfikir somthing sentiasa aku terfikirkan selalu dari dulu lagi.. Tapi sampai la ni aku tak dapat penyelesaiannya lagi.. Ish.. Sodih pakcik....!! Sodih!!!
Aku teringin nak cari pendapatan secara blogging... Tapi tak pernah berjaya.. Ranking aku sentiasa naik turun tanpa angin bertiup.. Sedar2 jer dah merundum teruk sampaikan tak da visitor pun.. Cuma sekarang ni ok sikit la dari tahun lepas,, sehari tak sampai 10 orang.. Sekarang dalam 100 - 200 orang yang masuk.. Aku pun tak tau apa yang dia cari.. maybe bahagian2 yang MUSLIMAH tu je kot yang dia msuk.. al maklum lah.. banyak aku upload kartun aje kat website ni..

Sambil aku menaip,, aku makan biskut lemak cicah dengan air milo kat tempat kerja.. Muahahaha... Aku pk aku nak aktiv berblogging balik lah.. Tapi in case kalo free lah.. Ada masa terluang,, aku akan bercerita sampai naik lemak pinggang aku duduk kat krusi nie.. Tartget aku cuma 1,, aku nak perolehi visitor yang ramai.. Aku pun tak tau sebab pe yang diorang nak ramai2 masuk sini,, tapi aku nak cuba jugak.. Insyaallah..

Akhir catitan,, salam hormat dari aku,, hairil,, semoga anda sihat sejahtera hendaknya.. Teruskan sapported anda terhadap saya yang selamber nie.. Muahahahaha.....

Mengalir Seperti Air

video

Ntah kat mana tah aku ambik video ni.. Just upload je tau.. Saje nak bagi dia rasa riak sikit sebab ade orang pamer video dia.. Muahahahhahaa.....!

Sembelihan Korban

Umat Islam lazimnya menyambut Hari Raya Korban. Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW.

Kita gembira melihat ramai kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak mereka. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah SWT dan jangan sekali-kali ia dilakukan supaya lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih dari itu berkorban itu biarlah benar-benar sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).

Al-Allamah Al-Manawi berkata, maksud hadis tersebut adalah bahawa ibadah yang paling utama pada hari itu adalah mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban) dan pada hari Kiamat kelak, korban itu akan datang sebagaimana adanya ia di dunia, tidak berkurang sedikit pun. Dan orang yang berkorban akan diberi pahala dari setiap anggota tubuh haiwan korbannya itu.

Baginda Rasulullah sendiri dalam sebuah hadis mengungkapkan, orang- orang yang tidak melaksanakan ibadah korban sedangkan dia berada dalam keadaan mampu, maka jangan dekat kepada kami yang melaksanakan ibadah ini. Hakikatnya kita sebagai manusia sering bergelumang dalam dosa dan memiliki jarak antara dia dengan Allah. Manusia berkewajipan mendekatkan diri kepada-Nya. Salah satu caranya dengan berkorban. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Barang siapa yang mempunyai keluasan rezeki, lalu tidak berkorban, maka janganlah mendekati tempat solat kami (Hadis Ibnu Majah dengan sanad sahih).

Dalam satu peristiwa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Zaid bin Arqam, pernah seorang sahabat bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?" ujar sahabat.

"Itulah sunah daripada nenekmu Ibrahim," jawab Rasulullah.

"Apakah keuntungan korban itu untuk kita?" tanya sahabat lagi.

"Tiap-tiap bulunya merupakan satu kebaikan (hasanah)," jawab Rasulullah.

Penyembelihan

Seandainya ada sesuatu yang lebih utama daripada penyembelihan haiwan korban yang menjadi penebusan manusia atas segala nikmat, tentunya Allah tidak akan menyebutkan penyembelihan haiwan korban itu dalam firmannya yang bermaksud: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar, sebagai tebusan atas Ismail a.s. (surah as-Shaffat ayat 107).

Berdasarkan keterangan hadis dan firman Allah yang diungkapkan dalam al-Quran, amalan korban berasal daripada Nabi Ibrahim yang kemudiannya diwarisi oleh baginda sebagai ibadah dalam syariat Islam yang sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ibadah korban ini berasal dari zaman Nabi Ibrahim. Tatkala Nabi Ibrahim bersama puteranya Ismail selesai membina Kaabah di Mekah di atas arahan Allah sebagai pusat kegiatan bagi menegakkan dasar-dasar tauhid, Allah menguji kekuatan iman kedua-dua nabi ini. Pengorbanan itu adalah pengorbanan yang paling tinggi dalam hidup iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Menurut Imam As-Syafiie, hukum korban adalah sunat muakad yang sangat dituntut kepada mereka yang mampu termasuk para hujjaj (jemaah haji) yang berada di Mina dan umat Islam yang berada di kampung halaman sendiri, kerana ia amalan yang sangat dikasihi Allah pada hari nahar (Hari Raya). Namun begitu, terdapat sebahagian ulama menyatakan ia wajib kepada mereka yang mampu berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud: Maka dirikanlah solat kepada Allah (Tuhanmu)dan berkorbanlah.

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."

Praktik ibadah korban ini kemudiannya diteruskan oleh Nabi Ibrahim sebagaimana firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.

Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Mengapa Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih Ismail kemudian membatalkan dan menebus dengan kibas? Ini bukan hanya ujian untuk kedua-duanya, bukan juga untuk membuktikan ketabahan keluarga Ibrahim tetapi juga untuk menjelaskan kepada siapa saja bahawa tiada sesuatu yang mahal untuk dikorbankan bila panggilan Ilahi telah datang. Inilah bukti iman sejati. Akan tetapi harus diingat bahawa pembatalan tersebut bukan kerana manusia terlalu mahal untuk berkorban atau dikorbankan kerana Allah, tetapi ia dibatalkan demi kasih sayang Allah kepada manusia.

Amalan berkorban bertindak mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah dan mendekatkan hubungan manusia dengan Allah ini dikenali sebagai amaliah yang bersifat vertikal. Sementara amaliah yang bersifat horizontal pula, ibadah penyembelihan korban meningkatkan hubungan antara manusia dengan manusia melalui pembahagian daging-daging korban terutama kepada golongan fakir dan miskin. Ini sebagai petunjuk bahawa takwa yang bersifat personal dan vertikal (hubungan hamba dengan Tuhan) sering tidak terpisah dengan hubungan hamba itu dan persekitarannya. Justeru, amal sosial seperti korban harus didasarkan kepada Allah. Melalui ibadah korban terselit maknawi yang mendalam bahawa manusia memerlukan pengorbanan dalam menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ibadah korban memanifestasikan rasa syukur dan puncak takwa. Ia sebagai tanda kembalinya manusia kepada Allah SWT setelah menghadapi ujian sehingga ada yang terpedaya dengan pujukan syaitan, menjauhkan diri daripada Allah serta mengerjakan larangan-Nya. Korban disyariatkan bagi mengingatkan manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Akan tetapi yang dikorban bukan manusia, bukan pula nilai-nilai kemanusiaan tetapi binatang sebagai petanda bahawa pengorbanan harus ditunaikan dan bahawa yang dikorbankan adalah sifat-sifat kebinatangan dalam diri manusia saperti sifat rakus, tamak, ego, mengabaikan norma, nilai dan sebagainya. Secara hurufiahnya, kesempurnaan ibadah korban ini bermaksud membunuh segala sifat kebinatangan yang terdapat dalam diri manusia.

Korban

Berpandukan kisah Haabil dan Qaabil tentang korban yang diterima oleh Allah, jelas menunjukkan, keikhlasan itu adalah satu sifat yang paling utama dalam ibadah. Amalan berkorban harus menggunakan haiwan yang baik dan tinggi kualitinya, tidak cacat, cukup umur serta banyak dagingnya. Meskipun, hal-hal berkaitan 'darah' atau daging itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang lebih penting adalah ketakwaan kepada Allah. Korban itu tidak memberi erti sama sekali untuk Allah kerana ia adalah Allah, yang Maha Agung, yang tidak memerlukan.

Dengan korban tersebut diharapkan agar takwa kita kepada Allah semakin meningkat. Oleh hal yang demikian, kunci kepada semua amalan sama ada sosial mahupun yang bersifat individual ialah takwa. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu (surah Al-Hajj ayat 37)

Bila pengorbanan binatang ternak sebagai ritual keagamaan dilakukan pada hari-hari tertentu pada bulan korban, maka segala bentuk pengorbanan yang dilakukan umat Islam pada hari-hari yang lain juga dapat disebut pengorbanan bila disertai sikap takwa kepada Allah. Sikap itulah yang akan membezakan dari pengorbanan lain yang dilakukan demi kekasih, keluarga dan bangsa yang belum tentu diredai Allah.

Kisah Pemerintah Islam Yang Di Sanjungi

Di antara banyak peperangan yang paling dahsyat adalah Perang Khandaq. Semasa itu kaum Yahudi Madinah melakukan pengkhianatan dengan musyrikin Mekah yang terdiri atas berbagai golongan, dan bergabung menjadi satu untuk menghancurkan umat Islam di Madinah.

Halangan dilakukan oleh tentara gabungan itu, didukung dengan sabotaj dari dalam oleh orang-orang Yahudi. Umat Madinah sudah mulai dihinggapi kelemahanan dan putus asa, kelaparan dan kehilangan semangat, sementara setiap masa tentera musuh bakal menyerbu dengan sengit. Dalam kekalutan itulah muncul satu nama ke permukaan, nama yang tadinya tidak terlalu diperhitungkan milik seorang mualaf muda kelahiran negeri Parsi. Ia adalah Salman yang dikenali al Farisi sesuai tanah tumpah darahnya. Pemuda ini menyarankan agar digali parit panjang dan dalam mengelilingi kota Madinah.

Rasulullah menyambut cadangan itu dengan gembira. Dan itulah awal kebangkitan semangat umat Islam untuk mempertahankan kedaulatannya dan awal kehancuran musuh-musuh umat Islam.

Sejak itu nama Salman al Farisi meningkat naik. Di zaman pemerintahan Umar bin Khattab, Salman mendaftarkan diri untuk ikut dalam ekspedisi ketenteraan ke Parsi. Ia ingin membebaskan bangsanya dari genggaman kezaliman Kisra Empayar Parsi yang mencekik rakyatnya dengan penindasan dan kekejaman. Untuk membina istana Iwan Kisra sahaja, ribuan rakyat jelata terpaksa dikorbankan, tidak setitik pun rasa kasihan terselit di hati sang raja.

Di bawah pimpinan Panglima Sa’ad bin Abi Waqash, tentera muslim akhirnya berhasil menduduki Parsi, dan membawa rakyatnya dengan bijaksana menuju kedamaian Islam. Di Qadisiyah, keberanian dan keperwiraan Salman al Farisi sungguh mengagumkan sehingga kawan dan lawan menaruh menaruh hormat padanya.

Tapi bukan itu yang membuat Salman menitiskan air mata keharuan pada waktu ia menerima kedatangan utusan Khalifah dari Madinah. Ia merasa jasanya belum sebesar mana, namun Khalifah telah dengan teguh hati mengeluarkan keputusan bahawa Salman diangkat menjadi amir negeri Madain.

Umar secara bijak telah mengangkat seorang amir yang berasal dari suku dan daerah setempat. Oleh sebab itu ia tidak ingin mengecewakan pimpinan yang memilihnya, lebih-lebih ia tidak ingin dimurkai Allah kerana tidak menunaikan kewajibannya secara bertanggung jawab.

Maka Salman sering berbaur di tengah masyarakat tanpa menampilkan diri sebagai amir. Sehingga banyak yang tidak tahu bahawa yang sedang keluar masuk pasar, yang duduk-duduk di kedai kopi bergaul dengan para kuli itu adalah sang gabenur.

Pada suatu siang yang terik, seorang pedagang dari Syam sedang kesusahan mengurus barang bawaannya. Tiba-tiba ia melihat seorang lelaki bertubuh tegap dengan pakaian lusuh.

Orang itu segera dipanggilnya; “Hai, kuli, kemari! Bawakan barang ini ke kedai di seberang jalan itu.” Tanpa membantah sedikitpun, dengan patuh lelaki berpakaian lusuh itu mengangkut bungkusan berat dan besar tersebut ke kedai yang dituju.

Semasa sedang menyeberang jalan, seseorang mengenali kuli tadi. Ia segera menyapa dengan hormat, “Wahai, Amir. Biarlah saya yang mengangkatnya.” Si pedagang terperanjat lalu bertanya pada orang itu, “Siapa dia?, mengapa seorang kuli kau panggil Amir?”

Ia menjawab, “Tidak tahukah Tuan , kalau orang itu adalah gabernur kami?”. Dengan rasa cemas lalu membongkok-bongkok ia memohon maaf pada ‘ kuli upahannya’ yang ternyata adalah Salman al Farisi .

“Ampunilah saya, Tuan. Sungguh saya tidak tahu. Tuan adalah amir negeri Madain, “ ucap si pedagang. “ Letakkanlah barang itu, Tuan. Biarlah saya yang mengangkutnya sendiri.” Salman menggeleng, “Tidak, pekerjaan ini sudah aku sanggupi, dan aku akan membawanya sampai ke kedai yang kau maksudkan.”

Setelah sekujur badannya penuh dengan keringat, Salman meletak barang bawaannya di kedai itu, ia kemudian berkata, “Kerja ini tidak ada hubungannya dengan jawatanku. Aku sudah menerima dengan rela perintahmu untuk mengangkat barang ini kemari. Aku wajib melaksanakannya hingga selesai. Bukankah merupakan kewajiban setiap umat Islam untuk meringankan beban saudaranya?”

Pedagang itu hanya menggeleng. Ia tidak mengerti bagaimana seorang berpangkat tinggi bersedia disuruh sebagai kuli. Mengapa tidak ada pengawal atau tanda-tanda kebesaran yang menunjukkan kalau ia seorang gabernur?

Ia barangkali belum tahu, begitulah seharusnya sikap seorang pemimpin menurut ajaran Islam. Tidak bersombong diri dengan kedudukannya, malah merendah di depan rakyatnya. Kerana pada hakikatnya, ketinggian martabat pemimpin justeru datang dari rakyat dan bawahannya.