Perosak Aqidah Menyusup Liar Apabila Ulama Asyik Bertengkar

Posted By: Hairilnua - 8:43:00 PM

akidah-kita-nyawa-kitaMutaakhir ini, pengikut-pengikut agama Syiah semakin berani menempelak jabatan-jabatan agama negeri melalui media dan mahkamah. Ada kumpulan tareqat yang sesat pula telah berjaya menyusup masuk mencemarkan istana.

Buku-buku liberalisme agama kini semakin mendapat tempat di kedai-kedai buku yang nampaknya menfokus kepada mempengaruhi golongan elit dan moden di kalangan ummat Islam. Manakala idea pluralisme agama pula kelihatan semakin diterima di kalangan pemimpin politik dan masyarakat akhir-akhir ini.

Aduh! Ini betul-betul bahana terhadap `aqidah!
Sedikit demi sedikit `aqidah ummat Islam di Malaysia semakin dilunturkan dengan dakyah 4 golongan ini, iaitu:

1.Syiah

2.Kumpulan tareqat yang sesat

3.Liberalisme agama

4.Pluralisme agama

Itu belum masuk lain-lain ancaman luar yang sedang menggugat moral masyarakat negara ini, khususnya ummat Islam. Senario ini amat mengkhuatirkan kita.

Dalam kekhuatiran ini, masih ada di kalangan ilmuan agama terutama dari golongan muda kita yang masih tidak dapat berlapang dada dan terus menerus bertelingkah dalam soal-soal furu`, yakni cabang dan ranting agama. Contohnya banyak dan melibatkan beberapa aliran. Sepatutnya hal ini diperbincang di kalangan mereka dan di kalangan ahli yang faham sahaja. Malangnya, pertembungan mereka sampai dibawa ke medan umum dan ditonton oleh masyarakat.

Iblis sebenarnya menepuk bergembira apabila melihat golongan agama saling bertengkar sesama mereka. Dia dan kuncu-kuncunya memang menunggu-nunggu saat ini. Dia mahu sifat takabburnya, besar dirinya dan rasa hebatnya turut mencemari hati-hati mulia para ilmuan agama khususnya, dan manusia amnya. Apabila masing-masing ilmuan agama sibuk berdebat, maka terbiarlah ummat manusia yang ramai dari disentuh kesedaran beraqidah yang benar.� Kemudian, mudahlah anasir-anasir jahat perosak `aqidah seperti yang telah tersenarai di atas masuk mencemar fitrah manusia. Inilah peluang mereka menyusup masuk dengan liar ke dalam masyarakat kita.

Kami meminta para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah agar tumpukanlah kepada usaha membanteras gejala `aqidah yang semakin jelas bergerak mutakhir ini. Bersatulah. Jangan kerana perselisihan kalian, aqidah ummat Islam diceroboh. Jangan kerana kelekaan kalian, aqidah ummat Islam runtuh. Saling kuat menguatlah. Saling bantu membantulah. Berhentilah bertelingkah dalam bab-bab yang cabang dan ranting. Cabang dan ranting tidak bermakna lagi jika pokok sudah tumbang dan akar sudah tercabut. Pokok dan akar agama adalah `aqidah.

Ajakan ini adalah ajakan bersama. Bukan hanya kepada para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah sahaja. Kita semua sebenarnya. Memandangkan para ilmuan agama, ustadz dan pendakwah adalah penggerak utama kerja-kerja mulia mengajak manusia kepada kebenaran, maka kesedaran di kalangan mereka lebih utama dan mendesak. Insha’ ALLAH, contoh yang baik dan ajakan yang tulus akan mudah diikuti oleh masyarakat ramai.

Menyedari bahawa perosak `aqidah akan mengambil peluang menyusup ke dalam masyarakat jika ulama asyik bertelingkah, maka kesatuan, lapang dada dan saling meraikan usaha kebaikan yang dilakukan oleh setiap ilmuan agama, ustadz dan pendakwah amat penting diberi perhatian.

Bersatulah wahai golongan agama. Jangan beri muka pada Syiah, tarekat yang sesat, liberalisme agama, pluralisme agama dan lain-lain unsur yang boleh merosakkan `aqidah. Ini permintaan kami orang awam.

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua