Aku Telah Berkahwin

Assalamualaikum..

Aku dah kahwin pada bulan 25 Mei 2012.. Hope sesiapa yang kenal, doakan kebahagian aku yang x leh nak selamber lagi dah.. Sebab,,,,, insyaallah kalau ada rezeki,, dalam 8 bulan lagi nanti aku akan ada cahaya mata insyaallah....

Blog ni pun aku dah lama tak update.. Aku update Facebook jer.. Bukan tak tau nak update ape,, tapi aku dah ada komitmen family dan kerja.. Jadi aku tak ada masa nak update apa2.. Lagipun blog aku ni tak ada sambutan apa2 pun.. Just untuk aku punye luahan hati aja.. Nama pun blog selamber,, cuma aku ju tak boleh selamber lagi lepas ni.. Hehhehe...

Ok lah,, setakat ini sahaja.. Love u Anis...


Jangan Tinggal Daku

Orang lain kalau nak kahwin, seronok.. Tapi aku yang tinggal belasan hari lagi nak kahwin, tapi rasa tak berapa nak happy lah. Rasa nak pijak tengkuk aku je rasanya.. Tapi kaki aku kat bawah, camne nak pijak tengkuk aku sendiri.. Hmm... Sapa-sapa tolong pijakkan. Biar senget, biar luka, biar jahanam.. Sebab sakitnya tak dapat melawan kesakitan hati yang aku sendiri cari. Hmm.....

Macam-macam aku terima dugaan kerja, dugaan hidup,, tapi dalam banyak-banyak dugaan, aku tak boleh terima kalau diberi dugaan hati.. Itu yang paling aku lemah.. Dan dalam hatilah tempat dari lemah ke kuat.. Kekentalan jiwa dipengaruhi hati yang kuat.. Tapi kalau hati dah lemah,, apa lagi yang dapat kuat? Hmm.....

Aku rasa nak menjerit........!!!!!!! Tapi kang kena marah ngan mak aku pasal anak-anak akak ipar aku kang terjaga.. Hmmm... Buat style lama,, tumbuk pokok sampai tangan aku sakit seperti sama dengan kepiluan dalam hati... em,,,, tak boleh.. Itu namanya menyakiti badan sendiri.. Aku bukan syiah.. Aku Islam.. Diturunkan Nabi Muhammad SAW kepada ummat Islam bukan untuk main-main.. Aku mengaku sebagai umat Nabi Muhammad,, jadi aku tak boleh buat apa yang bukan ajaran baginda.. Hmm.....

Terasa kebodohan sendiri yang melimpah masuk ke ruang rongga seluruh tubuh badan aku.. Terasa tak ada apa yang tinggal, melainkan hati yang duka lara.. Betul-betul street menusuk kalbu.. Rasa nak aku humban diri dalam hutan yang penuh binatang buas.. Baru aku tau mana lagi sakit.. Kena gigit sakit ke hati yang sakit.. Hmm.....

Peluang demi peluang,, teguran dan nasihat,, segala kebaikan,, semuanya! sama sekali tak mampu aku reply the same thing apa yang dia buat.. Kata susah payah diharungi,, tapi aku ni jahanam! Aku susah payah patut diri aku je,, tapi kini aku menyusah payahkan orang lain pulak buat apa.. Bangang! Muka hensem tapi menyusahkan.. Orang gila pun naik gila kalau dekat dengan aku.. Hmm.....

Tak ada erti kata dah yang boleh membaik pulihkan diri aku.. Cuma muka minta kena swing bertalu-talu je yang aku harapkan.. Hanya untuk mendapatkan kembali CINTA sejatiku.. daripada ANIS yang aku sayang.. Hmm.....

Kisah aku patutnya baru bermula.. Tapi disebabkan kebodohan dan kebangangan diri sendiri yang dah sememangnya tak reti menghargai,, dengan blog bangang yang bagi aku takde erti lagi.. Kemana lagi aku nak pergi......... Hmm.....

Andai dapat aku diberi masa,, aku mengharap cinta mu ANIS dengan rahmat ILAHI...

Gua Dot Selamber

Assalamualaikum..

Ringggggg ringggggg......

Gua : Bro! Gua nak kawin dah!
Korang : Gila bai! Bila tu bro?
Gua : Bulan Mei nanti bro.. Waktu cuti.. Jemput la datang bro...!
Korang : Apa macai takat jemput jer.. Kad jemputan mana? Hang ni pon,, nak kawin pun senyap2.. Tau2 je dah nak kawin.. Gadis mana yang bertuah dapat ko ni?
Gua : Hahaha.. Seorang gadis melayu terCUN sekali beb.. Tiada yang dapat menandingi kecantikan dia.. Hahaha..
Korang : Ala,, poyo la kau..
Gua : Gua mmg poyo pun.. Cuma ko je orang last skali cakap aku poyo.. Hahaha...

(~,~)


Ini lah aku.. Empunya blog Selamber Adap! Hepy tak terkata dengan perasaan nak berkahwin ni.. Bak kata mak aku,, "Apa!!! Kau nak kawin??? Are u series? WTF!!!" Hahaha...

Tak lama lagi Insyaallah dengan izin ALLAH SWT.. Pada hari keramat tersebut aku akan mengucapkan,, "Aku terima nikah Nurul Anis Bte Abdul Mutalip dengan MAS KAHWINnya dot.dot.dot tunai.............", maka,, akan ditanya pada saksi,, "Sah?? Sah?? Sah??",, dan,,, em,,, tu je kot.. Hehehehehehehhehehahahahahaha.....!!!! (Gelak suka,,,,,,,,,,)

Mohon pertolongan Allah swt diberikan limpah rahmat selepas kahwin nanti... Mudah2an dirahmati.. Lepas kawin nanti aku tak leh selamber lagi dah.. Huhu.. Aku nak jadi suami mithali... Nak jadi jiwang karant dengan Isteri kesayangan aku nanti.. "Dia yang pertama dan terakhir".... Hehehehehehheheheehhehehehhehehehheheh........

Jangan dikata gunung dan ganang..
Bukit semeter pun aku dah semput..
Jangan sekali kata aku berangan..
Nanti korang sendiri aku taknak jemput..

Hahahahahahaha....

Point nya? ish... Entah... Aku pun tak tahu... Ish..... Muahahahaha...... Pe la motif pantun ku ini.. Ish,, ok2.. Rewind balik.... Take time... forward................... trrrrr,,,,,

Cintaku pada si dia..
Tidak akan pudar hingga akhirnya..
Walaupun berkali2 dugaan melanda..
Hanya si dia yang aku cinta..

First time ku jumpa si dia..
Second time dah start suka..
Third time mula jatuh cinta..
Time time time dia aku punya...

Pppppeeeehhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!

Jangan jeles nooo... Hehehe.... 

Korang : Untung la ko,, ini yang aku nak jeles nih..
Gua : Ko tak perlu jeles.. Tapi ko perlu menangis dengan penuh kejelesan melihat aku yang bahagia nih... Muahahahaha....
Korang : Hahaha.. 
Gua : Muahahahaha.....
Korang : Hahahahahaha...!
Gua : Heheheheheeee....
Korang : Hahahahahahahaaa!!!
Gua : err,,,,,,
Korang : Haahahahahahahhhhhhaaaaa!!!!!!
Gua : em,,,,,,, oi..
Korang : Hakhakhakaakaakakakakakka!!!
Gua : em,,,,, oi sedara!
Korang : Hahahahahahahahahahahha!
Gua : em,, lu nak makan spanar ke playar?
Korang : errrr,,,,,,,,
.....
....
.....
....
....
.....
tooootttt toooot toooootttttt...


Asal Usul Kaum Yahudi

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi. 

Asal-usul kaum yang laknat. 

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani
Israel. 

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme. 

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain. 

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV 

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan. 

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu. 

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II. 

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

Kisah Taubat Penzina Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW


Imam Muslim dalam Shahihnya , dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. 

Pada suatu hari Rasulullah duduk di dalam masjid, sementara para sahabat beliau duduk mengelilingi beliau. Beliau mengajari, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Majlis tersebut dipenuhi oleh sahabat besar Nabi .

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk ke pintu masjid. Kemudian Rasul pun diam, dan diam pula para sahabat beliau .

Wanita tersebut menghadap dengan perlahan, dia berjalan dengan penuh gentar dan takut, dia lemparkan segenap penilaian dan pertimbangan manusia, dia lupakan aib dan keburukan, tidak takut kepada manusia, atau mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Hingga dia sampai kepada Rasulullah , kemudian dia berdiri di hadapan beliau, dan mengabarkan kepada beliau bahwa dia telah berzina!

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”

Apa yang diperbuat oleh Rasulullah ?

Apakah beliau meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut?

Tidak, bahkan memerahlah wajah beliau hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian beliau mengarahkan wajah beliau ke arah kanan, dan diam, seakan-akan beliau tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang shalihah, wanita yang keimanannya telah menancap di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya: “Pergilah, hingga engkau melahirkannya.”

Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung putranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, diapun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata: “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”

Maka Nabipun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati beliau tercabik-cabik karena merasakan sakit dan sedih, dikarenakan beliau menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat.
Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya?

Maka Nabi bersabda: “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyapihnya, kembalilah kepadaku.”
Maka wanita itupun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahunpun bergulir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. 

Diaberkata: “Wahai Rasulullah, aku telah menyapihnya, maka sucikanlah aku!”

Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.
Nabi mengambil anaknya, seakan-akan beliau membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan akan tegak.

Nabi bersabda: “Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di sorga seperti ini…” Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut dirajam.

Dalam sebuah riwayat bahwa Nabi memerintahkan agar wanita itu dirajam, kemudian beliau menshalatinya. Maka berkatalah Umar : “Anda menshalatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.” Maka beliau bersabda: “Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah ?” (HR. Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syetan, dia menjawab jerat-jerat tersebut pada saat lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman, dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada-Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah.

Janin dan Air Ketuban

Air Ketuban atau dikenali juga sebagai cairan amnion, adalah cairan yang terdapat dalam ruangan yang diliputi selaput janin. Volume air ketuban akan meningkat seiring dengan usia kehamilan ibu, namun akan menurun saat hampirnya kelahiran.

Cairan ketuban dapat mencerminkan sejauh mana tahap kesihatan kandungan. Jika air ketubah hanya sedikit ini boleh menjejaskan tahap perkembangan janin semasa dalam perut.

Selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.

Antara fungsi air ketuban ialah sebagai pelindung yang akan menahan janin dari trauma akibat benturan.

Air Ketuban juga melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan, yang boleh menyebabkannya mengerut sehingga menghambat penyaluran oksigen melalui darah ibu ke janin.

Selain itu ia turut berperan sebagai cadangan cairan dan sumber nutrien bagi janin untuk sementara.

Memungkinkan juga janin bergerak lebih bebas, membantu sistem pencernaan janin, sistem otot dan tulang rangka, serta sistem pernapasan janin agar berkembang dengan baik.


Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.

Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan janin dan rahim terhadap kemungkinan infeksi.

Pada waktu persalinan, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim, sehingga leher rahim membuka. Di saat kantung ketuban pecah, air ketuban yang keluar sekaligus akan membersihkan jalan lahir.

Pada saat kehamilan pula, air ketuban juga boleh digunakan untuk mengesan kelainan yang dialami janin, khususnya yang berhubungan dengan kelainan kromosom.
Kandungan lemak dalam air ketuban dapat menjadi penanda janin sudah matang atau lewat waktu.

Sampingan: Gambar yang disertakan menunjukkan bayi yang baru saja lahir berserta kantung air ketubang yang masih dalam keadaan baik.

Kejadian ini berlaku supaya kita semua berfikir bagaimana Allah swt menjadikan lendiran-lendiran ini sebagai wakil (pelindung) kepada janin tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya, pada saat dia tidak mempunya sesiapa melainkan Allah swt
Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakal seorang bayi sangat tinggi melangit jika dibandingkan tawakal kita kepada Allah swt, bayi tidak mampu berbuat apa-apa lalu menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan apapun seperti dibuang, digugurkan, dibunuh dan sebagainya. Walau bagaimanapun Allah swt Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dikirimlah malaikat penjaganya. Allah swt.

Mudah.my Malaysia & Lelong Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!


Mudah : Sekarang semuanya dihujung jari. Tetapi kadangkala kemudahan yang disediakan jika tidak digunakan dengan betul boleh memakan diri. Laman Mudah.my Malaysia dan juga Lelong menjadi perhatian kalian penjual dan pembeli online untuk berkumpul dan berurusniaga antara satu sama lain. Adakah anda salah seorang daripadanya? 
Mudah My Mudah.my Malaysia & Lelong Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!Hari ini, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Supt NgKeok Chai memaklumkan melalui laporan akhbar The Star:
  • Kes penipuan melibatkan pembelian secara online di Selangor telah meningkat hampir 50%
  • Selangor??? Erm…..tidak mengejutkan kerana berdasarkan statistik yang kami kumpul sebelum ini rata-rata pembeli online adalah kalangan pengguna Internet di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Sabah
Statistik kes penipuan di Internet (2010-2011) di Selangor :
  1. 445 kes (pada 2011) – meningkat hampir 50%
  2. 247 kes (pada 2010)

Mudah My VS Lelong My?

Antara laman web popular di Malaysia yang menjadi tumpuan kalangan penipu (scammer) di Internet adalah :
Lelong Malaysia Mudah.my Malaysia & Lelong Ramai Scammer? Kes Penipuan Meningkat Hampir 50%!!Biasanya kes penipuan, modus operandi mereka adalah dengan cara meminta pembeli memasukkan wang ke dalam akaun penjual yang ada kaitan dengan pemilik akaun bank yang lain. Tetapi dalam masa yang sama barang tak dapat.
Scammer di Internet sebenarnya ada di mana-mana tetapi mereka lebih gemarkan laman web seperti Mudah my (Mudah.my) dan juga Lelong keranamemiliki trafik dan jumlah pelawat yang tinggi. Dengan harapan, daripada ramai-ramai yang datang itu, akan ada yang “tersangkut” dan akhirnya tertipu dengan tipu helah mereka.
Jenis penjual online yang kerapkali menipu tanpa serik ini :
  • Mereka tak fikir perasaan yang orang lain yang tertipu
  • Dosa, pahala nombor dua. Yang penting wang…..
  • Kasihan kepada penjual yang benar-benar jujur untuk berniaga

Tips Elakkan Penipu di Mudah?

Jadi, dalam pada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka, pembeli sepatutnya lebih berjaga-jaga apabila sudah menyedari situasi yang berlaku sekarang ini. Pembeli perlu lebih bijak berurusniaga dengan penjual :
  • Jikalau harga barang terlalu mahal, elakkan melakukan pembayaran secara online. Lebih mudah dan selamat jika lakukan secara COD.
  • Jikalau penjual tersebut menjual harga 2, 3 barang sahaja, nasihatkan berjaga-jaga. Bagaimana mudahnya mereka-mereka ini “setup perniagaan” secara online, begitulah juga mudah untuk mereka “cabut lari”. Kami tidak katakan semuanya penipu. Tidak,  sama sekali. Cuma…..kami hanya minta anda dan sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada.
  • Jangan mudah letakkan sepenuh kepercayaan kepada penjual. Disebabkan duit, ramai yang hilang pertimbangan
  • Rule of thumb, selagi anda mampu => boleh buat COD => jumpa seller & berpuas hati dengan barang yang ingin dijual => barulah membayarnya
  • Ada yang mahu tambah?
Nak cari dan kumpul duit bukannya mudah sekarang. Jadi jangan sesekali memberikan wang anda kepada penjual tanpa usul periksa dan membiarkan diri anda ditipu penjual. Keputusan di tangan anda.
P/S : Anda ada pengalaman sendiri semasa berurusniaga secara online di Mudahmy atau Lelongatau di mana-mana platform online sekalipun, tidak kira samada anda adalah penjual mahupun pembeli, mungkin boleh kongsikan bersama rakan pembaca di sini?
dipetik dari : http://beritasemasa.com/mudah-malaysia-my

Mengapa badan mu bongkok?

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya..yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab: "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."
"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.
"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Mengapa Ibu Menangis?

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."


Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, saya bermimpi.. Dalam mimpinya, ada sebuah suara menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman danlembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, danmengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan enjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkanperasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Tips Jaga Hati Seorang Isteri

Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

Haji dan Umrah: Layakkah aku menjadi Tetamu Allah?




 

Musim cuti sekolah selain sinonim dengan majlis perkahwinan dan kenduri untuk meraikan pasangan yang telah diijab-kabulkan, ianya juga dikaitkan dengan program Umrah dan Ziarah bagi mereka yang berkemampuan untuk mengunjungi Makkah al-Mukarramah. Malah program umrah dan ziarah ini menjadi agenda tahunan bagi mereka yang telah mendapat nikmat melalui kunjungan ke Tanah Suci dan ibadah yang dilakukan di sana. Pelbagai tujuan dan gelagat manusia yang tersingkap disebalik keghairahan untuk mengunjungi Kota Suci ini. Ada yang pergi kerana ingin melancong dan melihat dengan lebih dekat disamping merasai sendiri kemuliaan Tanah Haram sebagaimana yang sering menjadi buah mulut para jemaah yang telah pernah mengunjunginya. Ada juga yang berazam untuk mengambil pengalaman pertama sebelum dijemput untuk menunaikan ibadah haji yang difardhukan.

Walaupun kunjungan kita ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah Umrah yang sunat, namun harus difahami ibadah umrah juga adalah ibadah yang penting untuk dihayati, dipelajari manasiknya (cara perlaksanaannya) dan dimurnikan tujuan serta niat untuk melaksanakannya. Janganlah pula keghairahan itu nanti menjadi penyebabkan kepada kita terjebak dalam maksiat yang berganda disebabkan kejahilan yang kita bawa apabila melangkahkan kaki ke sana.

Kategori Tetamu Allah

Saudaraku, fahamilah bahawa ibadah umrah juga adalah ibadah utama bagi yang mampu dan telah terpanggil untuk menunaikannya. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:“Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).

Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah para tetamu Allah. Manakala kedudukan dan tahap kesempurnaan jemputannya pula dapat ditentukan berdasarkan kepada ciri-ciri keutamaan dan keadaan persiapan seseorang jemaah sebelum terpilih dan dipilih untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori;
  1. Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya
  2. Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.
  3. Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.
Ketiga-tiga golongan ini termasuk dalam jaminan Allah SWT, iaitu doa dan taubat mereka akan dikabulkan Allah SWT jika mereka memohon bersungguh-sungguh kepada-Nya serta memenuhi segala syaratnya. Namun terdapat perbezaan dari segi layanan Allah SWT kepada mereka setelah mana mereka tersenarai dalam jemputan-Nya itu.

a. Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya

Golongan pertama ialah tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaanNya adalah dikalangan mereka yang telah membuat persiapan seawal niat dan azam untuk menunaikan haji serta umrah lagi. Antara persiapan yang telah mereka persiapkan;
  • Membersihkan jiwa batiniah melalui taubat yang bersungguh-sungguh disamping memperbanyakkan doa-doa khusus supaya dijemput sebagai tetamu-Nya.
  • Mempersiapkan diri dengan ilmu amali ibadah haji dan umrah seawal mungkin agar jelas difahami dengan rasa penuh keyakinan di dalam hati pada perlaksanaan dan penghayatan serta hikmahnya.
  • Memberi tumpuan dan meningkatkan kualiti ibadah fardu seperti solat, zakat serta puasa malah diperkemaskan dan ditunaikan berserta amalan sunat dengan sebaik mungkin.
  • Hubungan sesama manusia diperbaiki, jika ada dosa dan pernah membuat kejahatan kepada sesama insan maka ia akan bersegera memohon kemaafan kepada mereka.
  • Dilangsaikan segala hutang yang mampu dijelaskan disamping membuat perancangan dengan teliti agar tidak membebankan mereka yang ditinggalkan.
  • Mempersiapkan semua keperluan yang patut bagi meringankan segala bebanan dan tanggungjawab yang bakal ditinggalkan dengan secara yang halal. Mereka ikhlas melakukan yang demikian demi mencari redhanya Tuhan.

Keikhlasan mereka itu adalah antara penyebab kepada segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT. Malah sepanjang menunaikan ibadah haji dan umrah juga akan berada dalam ketenangan dan dilimpahi bantuan daripada Allah SWT. Mereka ini telah benar-benar menghayati dan mempraktikkan suruhan Allah SWT sebagai bekalan menuju kepada keredhaan-Nya, sebagaimana firman Allah SWT:


“Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sebaik-baik bekal itu ialah Takwa (memelihara diri), dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).”

(Surah al-Baqarah: 197)


Bekalan takwa mereka ialah pemeliharan diri daripada sifat-sifat mazmumah yakni sifat-sifat keji, memiliki ilmu serta praktikal ibadah yang sempurna. Disamping itu juga, mereka mempunyai kefahaman dalam ertikata yang sebenarnya dalam meningkatkan penghayatan pada ibadah dengan belajar untuk memperbaiki diri dalam setiap praktik amalan haji dan umrah. Memperelokkan hubungan mereka dengan Allah SWT melalui penyempurnaan iman dan kecintaan yang hakiki kepada Ilahi, serta menyantuni manusia dalam semua keadaan sebagai pelengkap keindahan akhlak dan adab melalui hablum minannas, hubungan mereka semasa manusia.

b. Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaanNya.

Manakala golongan kedua iaitu tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaan Allah SWT ialah mereka yang sebaliknya. Ada yang pergi ke Makkah dengan niat hanya untuk berziarah atau melancong dan mengalami sendiri pengalaman sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh kebanyakkan orang yang telah menziarahinya.

Ada juga yang dalam keadaan terpaksa mengerjakan ibadah haji kerana mengikut suami, ibu bapa, keluarga, majikan, kelab atau jemaah tertentu. Ada juga yang merasai kewajipan itu pada dirinya lantas ia berusaha melayakkan dirinya, namun pelbagai niat dan persepsi yang dilahirkan hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’ tanpa membuat persiapan yang menyeluruh merangkumi niat, bekalan ilmu, iman dan amalan. Kebanyakkannya benar-benar berharap mendapat yang terbaik tetapi tidak menepati syarat. Tidak kurang juga yang hanya tangkap muat, asal terlaksana ibadah haji dan umrah sudah dianggap memadai.

Satu ketika seorang sahabat Nabi SAW, Abdullah Bin Umar RA apabila melihat rombongan haji sedang melewati satu jalan, beliau berkata: “Pada hari ini, para jemaah haji menjadi semakin berkurangan dan pengembara-pengembara semakin bertambah ramai.”

Ungkapan beliau itu bermaksud, para kekasih Allah SWT yang sebenar semakin sedikit. Iaitu mereka yang pergi menunaikan ibadah haji kerana Allah SWT disamping untuk mengambil faedah dan tarbiah daripadanya semakin berkurangan. Sementara dikalangan mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan hebatnya. Justeru ia menyeru ke arah kesederhanaan dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.

Mana tidaknya, jemaah haji sekarang ini lebih didedahkan kepada segala kemudahan yang tersedia bermula dari bimbingan ibadah haji sehinggalah kepada pakej-pakej yang ditawarkan. Malah persekitaran dan aktiviti di tanah suci juga telah menampakkan kemewahan dan bersifat keduniaan. Perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap dan tindakan dalam persiapan dan keadaan sebagai tetamu Allah.

Inilah cabaran terbesar di zaman kita ini. Justeru, para jemaah haji hendaklah menunjukkan tanda keghairahan cinta kepada Allah SWT, dan bukannya tanda cinta kepada kemewahan, kesenangan atau kecantikan yang bersifat keduniaan. Membuktikan bahawa pemergiannya untuk menunaikan ibadah haji itu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT agar tidak tergolong dalam salah satu daripada golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Akan datang kepada manusia suatu masa, umatku melakukan haji kerana empat perkara: Orang kaya melaksanakan ibadah haji kerana melancong. Orang pertengahan menunaikan haji kerana berniaga. Orang miskin menunaikan haji kerana meminta-minta. Orang qari dan para ilmuaan menunaikan haji kerana riya’ dan nama.” (Riwayat al-Dailamy)

Ujian adalah kifarah

Namun sifat pengampunnya Allah SWT masih memberi ruang dan peluang untuk para hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri. Walaupun hadirnya mereka mengundang kemurkaan Allah SWT disebabkan sikap yang ada pada diri mereka iaitu memberi keutamaan kepada nafsu dan bukannya untuk menyatakan ketaatan kepada Allah SWT. Tetapi Maha Pengasihnya Allah SWT masih membuka tawaran keampunan untuk hamba-hamba-Nya bertaubat dan menginsafi diri.

Justeru kepayahan, kesakitan, tekanan yang wujud semasa, sebelum atau selepas menunaikan haji dan umrah adalah kifarat serta ujian Allah SWT untuk para hamba-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Tidaklah seorang mukmin dilanda kecemasan, kelelahan dan kesedihan, melainkan Allah SWT akan menghapuskan segala kesalahannya.”

(Riwayat Muslim)


Inilah hakikatnya komunikasi tanpa suara antara Tuhan dengan para hamba-Nya. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah SWT. Ia mempunyai maksud tertentu untuk dibuat penilaian. Bagi para tetamu Allah khususnya, ia adalah sebagai ingatan atau kifarat daripada dosa moga hamba-Nya itu akan segera bertaubat, menyedari segala kesilapan sama ada dengan Allah SWT ataupun sesama manusia. Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, sama ada di dunia ataupun di akhirat, kecuali jika kita telah bertaubat bersungguh-sungguh sehingga Allah SWT mengampuni dosa-dosa tersebut.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mengubah ketrampilan diri bagi mendapat sifat-sifat terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri kepada Allah SWT, harapkan pertolongan Allah SWT, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Semuanya ini tidak dapat kita bezakan melainkan melalui ujian yang disediakan Allah SWT mengikut tahap keimanan kita bagi mencetuskan segala sifat mahmudah dalam diri.

Natijahnya apabila mampu membuat diri terasa berdosa ianya juga adalah hasilan dari sifat terpuji yang telah kita miliki. Kadang-kala Allah SWT dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukannya untuk menghina tetapi untuk memberi ingatan agar kita segera bertaubat dan tidak meneruskan dosa itu sampai bila-bila.

Banyak kisah pengalaman dari para jemaah haji atau umrah yang bertemu dengan pelbagai keadaan manusia yang dibukakan keaibannya oleh Allah SWT. Mungkin itulah dia kifarat yang kadang-kala sehingga mencederakan perlaksanaan ibadah haji dan umrahnya. Bagaimana pula status haji atau umrahnya itu? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Kita hanya mampu bersangka baik dan menilai dari lahiriah perbuatannya sahaja. Bila sah pada syarak maka sahlah hajinya. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan nilai penerimaannya berdasarkan keikhlasan yang telah ditunjukkan sepanjang proses perlaksanaan ibadah tersebut.

Bagi mereka yang dikasihi Allah SWT, di dunia lagi Allah SWT hukum, tidak di akhirat, dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan dan sebagainya. Sekiranya kita boleh sabar dan redha, tentulah ada ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, ianya hanya akan menambah dosa pada diri kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada para hambaNya, tidak mahu menghukum kita di akhirat kerana penderitaan di akhirat yakni di neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah SWT. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman, dan semakin hampir kita dengan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud;


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

(Surah ali-Imran: 142)


Namun begitu, kegagalan dalam menghayati hikmah ini menyebabkan kita bertambah jauh dengan Allah SWT; mengeluh dan menyesali takdir Allah SWT. Apatah lagi ianya akan menjauhkan kita untuk mengapai kesempurnaan haji dan umrah yang mabrur lagi bertadabbur.

c. Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.

Seterusnya golongan ketiga iaitu tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya. Mereka dalam kategori ini pergi menunaikan haji dan umrah hanyalah sekadar kebetulan. Sekadar memenuhi kehendak semasa ataupun dalam keadaan terpaksa apabila sering disapa orang, rakan-rakan atau sanak saudara yang telah pergi menunaikannya. Seolah-olahnya hanya sebagai menyahut cabaran.

Suatu ketika saya pernah ditanya berkenaan dengan adanya dikalangan jemaah haji yang datang ke Makkah untuk menunaikan haji dan umrah sedangkan sebelum itu dia telah banyak melakukan dosa. Malah setelah pulang dari menunaikan haji pun ia masih lagi meneruskan amalan-amalan dosa yang pernah dilakukannya malah lebih hebat lagi. Bila ditanya, dia seolah-olah mempermain-mainkan saja teguran tersebut.

Ada antara mereka yang menjawab dengan angkuh; “Kau tengok aku. Aku nampak Kaabah, tak terasa panas, tak pernah sesat macam orang yang aku selalu dengar kisah-kisah aneh di Makkah tu. Itu menunjukkan aku okeylah. Tuhan merestui aku. Kalau aku jahat tentu aku ditimpa macam-macam insiden malang seperti yang diceritakan dalam kisah-kisah aneh tu. Ini tidak. Aku okey, okey saja..’”

Tidak mustahil, ada juga jemaah haji setelah pulang ke tanah air dengan keadaan selamba berterusan membuat dosa seperti membeli nombor ekor atau ramalan (loteri), mendedahkan aurat, menipu, rasuah, khianat dan sebagainya. Inilah sebuah realiti yang berlaku dikalangan para jemaah yang tidak memahami tujuan kefarduan ibadah haji dan umrah yang terdapat padanya latihan, hikmah serta pengajaran.

Perlu diingat, kisah-kisah misteri atau bala kesusahan bukanlah satu kemestian berlaku kepada setiap orang yang berdosa atau yang tidak betul niat dan tujuannya. Ianya hanyalah tarbiah Allah SWT untuk mendidik para tetamu-Nya yang datang serta memiliki keazaman dan niat mengabdikan diri kepadaNya. Kadang-kala ianya bermanfaat sebagai pengajaran supaya hamba-hamba-Nya yang ikhlas itu sedar dan ingat untuk kembali bertaubat.

Namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala tujuan yang tersirat di dalam hati-hati manusia, ikhlas ataupun tidak. Boleh jadi Allah SWT akan membiarkan orang yang penuh dengan dosa dan leka akan terus lalai dengan kehidupannya. Na’uzubillahi min zalik. Sebagaimana firman Allah SWT:


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, – sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat.”

(Surah Maryam: 75)


Kesan dari pengabaian kepada dosa mengakibatkan akalnya sudah tidak mampu lagi membezakan antara ibadah dan adat. Biasanya apabila akal tidak berfungsi dengan sempurna sebagaimana sepatutnya, ingatan serta nasihat sudah tidak berguna lagi. Akal pada saat itu telah diseliputi nafsu yang akan membinasakan dirinya sendiri. Keadaan beginilah yang seharusnya kita takuti dan berusaha menjauhinya. Bila dosa sudah dianggap nikmat serta mengaburi pandangan mata hati maka Allah SWT akan membiarkan kita terus leka dengan kehidupan di dunia ini tanpa hidayah-Nya.

Tanpa mengenali baik dan buruk yang terdapat dalam diri, akan menyebabkan kita hanyut dalam khayalan sendiri tanpa petunjuk dan bimbingan daripada Ilahi. Inilah pentingnya “Tazkiyatul Nafs” yakni membersihkan hati dan jiwa dari sifat-sifat keji dan dari segala penyakit serta keaiban yang akan menyebabkan kita buta dari mengenali Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan dalam kehidupan.

Justeru jika tidak dibendung dan diperbaiki, mereka yang termasuk dalam golongan ketiga ini mungkin akan menjadikan amalan haji atau umrah ini hanya sekadar kebanggaan untuk ditunjuk-tunjuk bahawa mereka juga bertaubat serta beribadah. Namun hakikat sebaliknya, taubat mereka hanyalah kepura-puraan, tagis mereka hanyalah kemunafikan lantas mereka pulang ke tanah air dalam keadaan angkuh dengan Allah SWT dan riak sesama manusia.

Mereka kekal menjadi manusia yang derhaka kepada Allah SWT. Ibadah haji dan umrah dapat dilaksanakan dengan sempurna tetapi kewajipan menutup aurat masih diabaikan, segala perintah dan hukum Allah SWT masih dipertikai, malah segala perkara yang merupakan ibadah masih dicuai. Sesungguhnya mereka ini adalah insan malang yang tersungkur di hadapan pintu syurga. “Ya Allah selamatkanlah kami dari keadaan ini.”

Sesungguhnya tidak ada ibadah yang paling buruk melebihi ibadahnya seorang yang fasiq (pelaku dosa besar dan dosa kecil yang terus menerus) tanpa taubat sebelumnya. Adakah kita berharap rahmat dan redha-Nya sedangkan kita tidak menjauhi larangan-Nya? Ketahuilah, bahawa syarat daripada ibadah yang diterima Allah SWT semestinya diawali dengan taubatan nasuha, taubat yang bersungguh-sungguh lahir dari hati yang penuh penyesalan, berhenti daripada segala kelakuan yang jahat, tinggalkan segala bentuk maksiat, sedangkan perkara itu semua merupakan penghalang kepada ibadah kita.

Kesimpulan

Saudaraku, layakkah bagi kita melakukan perjalanan panjang menuju Baitullah al-Haram untuk memenuhi panggilan-Nya sedangkan kita masih dalam keadaan zalim pada diri sendiri dan orang-orang di sekitar kita? Tidakkah kita malu sebagai pelaku maksiat mendatangi Baitullah al-Haram hanya untuk diusir dan ditolak amalan serta doa? Maka jika kita ingin diterima atas panggilan ibadah haji atau umrah, bersihkanlah diri dari noda dan dosa, serta penuhilah perintah dan jauhi larangan-Nya sebelum keberangkatan kita menuju tanah yang Allah SWT muliakan.

Dengan membuang semua perkara yang dapat menghalangi ibadah haji dan umrah kita, bererti kita telah mempersiapkan diri untuk memenuhi panggilan-Nya, maka bersiaplah sebagaimana persiapan orang yang akan meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Tinggalkan wasiat kepada keluarga, anak dan isteri, kerana seorang musafir sangat dekat dengan musibah kecuali bagi orang yang mendapat perlindungan Allah SWT sahaja.

Realiti Sebenar Tentang Duit @ Wang (Gambar)

Mungkin kita x pernah terfikir dan terlintas nak ambil tau, Apa itu Wang @ Duit ? sebab kita lahir je dah tau, kertas yang tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai" adalah wang. tapi, bagaimana sehelai kertas yang asalnya kosong boleh menjadi wang ? Hmm.. mungkin sbb ada tanda tangan Gebenor dan wang tu dicetak oleh Bank Negara ( Bank Pusat ). Mungkin takde masalah kot Bank Negara (Bank Pusat) Cetak Kertas jadi wang. Sekilas pandang, Pegi ke KFC bawak Rm10 boleh dapat ayam goreng 2 ketul. Wang kertas ini Takde masalah ape2 pun.... so, ape nak dikesahkan dengan wang kertas ????

Tapi, penah x kita bertanya, kenapa dalam dunia yang serba moden ini, masih ada negara-negara yang miskin, contoh, Somalia, Sudan negara-negara benua Afrika. Kenapa masih ada orang yang mati kebuluran terutamanya kanak-kanak di Somalia. kenapa perlu orang Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India bersusah payah datang ke Malaysia untuk cari wang ? Kat Negara dorg x de wang ke ? Jelas, Ada sesuatu yang tidak kena....... Dan perkara itu adalah sistem wang kertas





Bagaimana sistem wang kertas ini membawa masalah ????????????????????

Contoh yang sangat mudah

Ramai orang mengenali apa itu IMF dan World Bank bukan ? Jadi, apa masalah dengan 2 organisasi dunia ni.. Disebabkan kita telah menerima sistem wang kertas yang mana dikawal oleh 2 organisasi ini, dengan sebab itulah perkara yang diatas berlaku.. Bagaimana ????

Contoh, Jika sesebuah negara sangat memerlukan wang untuk pembanggunan katakan negara Antartika.
IMF: yes, no problem mate, saya boleh bagi kamu pinjam wang, nanti bayar la balik, tapi, kena bayar faedah juga
Antartika: hmm... ok...
IMF: Berapa kamu nak ?
Antartika: 100 juta USD bole ?
IMF: boleh aje, nak pinjam lebih lagi pun boleh.....

Nanti sekejap ????? macam mana IMF boleh begitu banyak wang ??? mana dia dapat wang tersebut ??? oooo... ye x ye... IMF ada mesin pencetak wang... cume perlu, kertas kosong, dakwat dan boleh la cetak sesuka hati bapak mereka bukan ?????

Eh, nanti sekejap sekali lagi... kalaulah IMF cetak 100 juta USD untuk beri pinjaman kepada Antartika, dan Antartika perlu bayar balik 100 juta USD + faedah (katakan 50 juta USD), kat mana pulak Antartika nak cari 50 Juta USD untuk bayar faedah yang dikenakan ??? yang boleh cetak wang cuma IMF..

Inilah jerat paling halus yang ada didalam ekonomi dunia.. jawapanya, Antartika perlu membayar faedah dengan memberi kepada IMF dengan hasil Bumi yang ada pada Antartika, mungkin emas, perak, timah, minyak, getah...

Bukan saja IMF membina kekayaan mencetak wang atas angin malah mencuri hasil bumi negara lain secara halus

Bayangkan, Jika IMF meminta kepada Antartika untuk membayar semula pinjaman pada esok hari selepas sahaja Antartika membuat pinjaman, bukan saja Antartika hilang 100 juta USD malah masih berhutang nilai faedah, 50 juta USD.

Jika dulu perlukan kertas, dakwat dan mesen mencetak, tetepi, sekarang ni lebih hebat lagi.. cume, on komputer, log in, press key "1" dan "0" 9 kali dan press "enter" nah.. ini lah wang.. wang yang tidak boleh dipegang cuma bole dilihat nilainya pada skrin komputer saje..

Perkara yang kita tidak perasan adalah:
Tujuan perang dunia 2 dan perunduran mereka adalah untuk memperkenalkan sistem wang kertas.
 

Sistem Kelas Satu Jantina Sebagai Satu Alternatif

i ~ Sistem pendidikan negara, sedari dulu lagi, sering menjadi polemik dikalangan ahli politik, pemikir, ahli akademik dan pemimpin mahasiswa. Tidak kurang juga hal ini dibincangkan di peringkat rakyat terbawah (semestinya yang kritikal dan peka).

Antara yang menjadi polemik ialah isu bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah vernacular dan inggeris (yang kemudiannya dikebangsaankan), isu polarisasi kaum dan akhir sekali isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI).

Selepas diajukan oleh seorang teman untuk menulis artikel ini, penulis sedar bahawa perkara ini amat jarang disinggung oleh mana-mana pihak. Kalau terbit pun di mana-mana akhbar atau majalah, ianya bersifat terpencil dan tiada kesinambungan. Mungkin masyarakat menganggap perkara ini, yakni kelas satu jantina hanyalah satu bentuk ‘genre’ dalam sistem pendidikan negara.

ii ~ Di Malaysia, kelas satu jantina hanya diamalkan di sekolah-sekolah elit berasrama penuh seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kurshiah dan sebilangan kecil sekolah harian.

Penulis percaya, kecemerlangan sekolah-sekolah ini saban tahun , selain daripada faktor tradisi, guru dan pelajarnya, turut dibantu oleh system kelas satu jantina. Ini bukanlah kata-kata kosong yang semberono. Ini ialah kata-kata ini didokong dengan fakta.

Pada tahun 2007, Dr. Leonard Sax, Pengarah Eksekutif National Association for Single Sex Public Education (NASSPE) dan juga seorang ahli psikologi telah membuat kajian mengenai perbandingan antara system kelas konvensional (co-education) dengan system kelas satu jantina bagi pelajar gred 4 di Woodward Avenue Elementary School, Florida. Laporannya yang bertajuk ‘Single-Sex vs. Coed: The Evidence’ menyatakan sebanyak 86% daripada pelajar lelaki dan 75% daripada pelajar perempuan yang mengikuti kelas satu jantina mencapai tahap proficient dalam peperiksaan FCAT (Florida Comprehensive Assesment Test) berbanding 37% daripada pelajar lelaki dan 5% sahaja daripada pelajar perempuan yang mengikuti kelas konvensional.

Penulis sendiri agak terkejut semasa membaca laporan ini. Jurang peratusan peperiksaannya amat besar! Tetapi, system ini bukanlah mengenai peratusan markah dan bilangan A semata-mata. Sistem ini juga berjaya menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih selesa dan menyeronokkan.

Dalam satu temubual rawak yang dijalankan majalah Reader’s Digest dengan pelajar yang mengikuti system ini mendapati pelajar perempuan boleh menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas dan tidak lagi malu untuk mengangkat tangan bertanya. Pelajar lelaki pula menyatakan pembelajaran menjadi lebih pantas dan tugasan berkumpulan adalah lebih mudah tanpa pelajar perempuan. Guru-guru juga melahirkan rasa senang hati apabila kehadiran pelajar lelaki semakin bertambah. Pelajar-pelajar ini juga sudah jarang mengangkat tangan meminta time out!

Pelajar juga tidak lagi perlu memikirkan perkara-perkara remeh, persepsi pelajar lain misalnya. Sebagai contoh, pelajar lelaki tidak lagi perlu memikirkan cara untuk menarik perhatian dan dikagumi pelajar perempuan. Ianya memang kelihatan seperti memandang rendah daya intelek pelajar, dan tentulah bukan semua pelajar bersikap begini, tetapi inilah yang sentiasa berlaku. Robert Kennedy, dalam artikelnya The Pendulum Has Swung mengatakan, “Boys have always felt a need to impress girls in the classroom. Girls usually feel as though the boys are always teasing them. Surely there is enough time in college and in later life to deal with social and other kinds of intercourse”. Hal ini turut dinyatakan dalam majalah Reader’s Digest (dalam satu temu bual rawak yang sama).

Pengalaman singkat penulis sebagai sukarelawan di sebuah pusat tuisyen percuma juga memberi kesedaran. Penulis dan beberapa lagi sukarelawan ditempatkan di kelas darjah 6. Bagi menangani masalah keragaman pelajar-pelajar ini, kumpulan pelajar telah dibentuk berdasarkan jantina mereka. Pelajar perempuan yang lebih banyak bertanya mendapat guru yang lembut dan berkemahiran memberi penjelasan, manakala pelajar lelaki yang yang kebiasaannya agak nakal dan playful diserahkan kepada guru yang agak tegas dan bijak mengawal keadaan.

Akhirnya perjalanan kelas menjadi lebih teratur. Pembelajaran menjadi lebih lancar dan tiada lagi rungutan tidak puas hati pelajar. Rupa-rupanya, kami telah melaksanakan system kelas satu jantina, walaupun secara tidak sedar!

iii ~ Namun adakah boleh kita sewenang-wenangnya mengandaikan kecemerlangan dapat ditingkatkan dengan hanya mengasingkan kelas perempuan dan lelaki? Tentulah tidak. Sistem ini tidak dipraktikkan dengan sendirian. Ianya menuntut beberapa keperluan lain yang perlu dilaksanakan dan dipenuhi.

Dalam satu temubual, Dr. Sax menganjurkan beberapa syarat dan criteria bagi pelaksanaan system ini. Secara umumnya, guru-guru yang ditugaskan hendaklah terbukti berkemahiran dalam metode pengajaran satu jantina. Tambahnya lagi, pembabitan ibubapa secara langsung juga diperlukan bagi menjamin kejayaan system ini.

Selain itu, suasana bilik belajar haruslah bersesuaian. Pendek kata, segala hal yang yang berkaitan seperti cara komunikasi guru, pendekatan dan suasana pembelajaran mestilah bersesuaian dengan jantina sasaran.

Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan fitrah semula jadi. Perempuan dan lelaki masing-masing mempunyai ciri dan dinamika tersendiri dan juga saling melengkapi. Perempuan secara UMUMnya berperawakan lebih lembut dan santun. Lelaki KEBIASAANnya pula lebih agresif. Walaupun ada pihak mendakwanya sebagai satu gender stereotype, tapi ini ialah hakikat yang sukar disanggah. Istilah ‘feminin’ dan ‘maskulin’ wujud disebabkan ini lah!

Oleh itu, cara-cara untuk berinteraksi dengan kaum Hawa semestinya berbeza jika dibandingkan dengan kaum Adam. Menggunakan cara perantaraan adam semasa berinteraksi dengan hawa, kalau berjaya sekalipun, tentulah gagal meninggalkan kesan yang mendalam. Dengan penjelasan inilah, system kelas satu jantina wujud dengan penuh relevan, sekurang-kurangnya sebagai alternative kepada system kelas konvensional yang sedia ada.