Malam Lailatul Qadar

Aslmkm wrt wbt..

Sesungguhnya kami menurunkan pdnya lailatulqadr
Apakah yg dinamakn lailatulqadr itu?
Satu mlm yg lebih baik dari 1000 bln
Kami turunkn malaikat dan ruh berbondong bondong utk melayan manusia pd setiap urusan
Sejahteralah Sesiapa yg beribadah padanya sehingga terbit fajar (ni ringkasan yg saya kluarkan sdri.maksud yg lengkap,mohon rujuk tafsir or trjemahan..)

Ya Allah..
kuatkan hati kami,kuatkan hati ibu bapa kami,suami isteri kami,anak anak kami,sanak saudara kami untuk beribadah pd mlm mlm terakhir ini.

Ya Allah..andai ada air mata yang menitis kerana rindukan pertemuan dgnMu,maka berilah kami keampunan, berilah kami memasuki pintu pinti raahmatMu yang seluas langit dan bumi. jangan kau usir kami Ya Allah... sepertimana mereka mengusir binatang2 yang mendatangi mereka..

ya Allah,sesungguhnya saat kami semakin hampir... maka matikanlah kami dalam keadaan beriman terhadapMu. lembutkanlah lidah kami untuk sentiasa berzikir dalam mengingatiMu. lapangkan dada kami untuk mengagungkan rahmat dan memohon keampunan dariMu. nyalakan obor dalam kami menuju jalan yang benar.. dan sesungguhnya Hanya Engkaulah sebenar benarnya penerima taubat.

ya Allah ya tuhan kami... ampunkan dosa kedua ibu bapa kami,ayah kami hj Ali bin othman yang telah banyak menabur bakti dan jasanya membesarkan kami anak anaknya sehingga kami berjaya menjadi anak anak yg soleh spt hAri ini. yang tidak pernah kami dengar keluh kesuhnya dalam kepenatannya mendidik kami. berhempas pulas pagi dan petang dalam usahanya mencari sesuap nasi untuk kami. moga setiap usaha dan peluh yang yang menitis dalam kudratnya memperjuangkan nasib kami Kau redho dan berilah ganjaran yang besar atas rahmatMu ya Allah..masukkan dirinya ke dalam syurgaMu ya Allah..

ya Allah..ampunkan dosa dan ksalahan ibu kami hjh sarimpi mohd tahir ya Allah.. kerana dia tlh mendidik dan melahirkan kami dengan kasih sayangnya ya Allah. menyusui dan menyuap kami sehingga kami mampu bertatih,berjalan dan sihat spt hari ini ya Allah. berilah kesihatan kepada bonda kami dalam melaksanakan ibadahnya kpd Mu. Datangkan redho dan rahmatMu..berilah pengakhiran sebaik baik.kematian kpdnya. dan semoga dengan itu memberikan kami petunjuk dan tauladan yang baik utk dicontohi.

ya Allah.. ampunkan dosa ruh abg pian, dosa kak mai,dosa ibu,dosa kak itah,dosa bg sam, dosa k noha,dosa k za,dosa bg iman, dosa bg zaid, dosa kak ton,dosa umi,dosa adi,dosa anuar serta pasangan dan seluruh ahli keluarga ku dan keluarga mereka.

berikan kami kesudahan yang baik..berikan kami kekuatan yang berterusan dalam beribadah dan mencari lailaturqadr yang kau ciptakan dengan sebaik baik hari dan rahmat. sampaikan kami pd lailaturqadr...sampaikan kami pd lailatur qadr.. sampaikan kami pd keagungan lailatulqadr...

gerakkan kami,ringankan badan kami untk bangkit, bertahajut,bertaubat dalam mendapatln redhoMu,Allah .. tuhan yang Maha Esa..

Amin.. ya rabbal a’lamin..

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~