Syafi'e vs Wahabi

"ustaz, Wahhabi tu apa? Mohon pencerahan..."

Ok, disebabkan saya malas dah nak jawab secara skema (sebab dah dijawab dalam post yang lepas secara skema dan saksama), kali ni saya nak jawab cara sketsa...

Al-kisah disebutkan bahawa Pak Mat mempunyai dua orang anak yang taat pada bapanya. Seorang nama Wahhab, seorang lagi nama Syafi'e.

Mereka berdua selalu berlumba-lumba untuk penuhi apa sahaja kemahuan ayah kesayangan mereka. 

Pada suatu hari....

Pak Mat (PM): Uhuk! uhuk! (batuk), sape-sape tolong ambil air untuk ayah kejap... (kata beliau kepada dua orang anaknya).

Wahhab dan Syafi'e pun berlari-lari untuk mendapatkan air. Tetapi yang anehnya, Wahhab berlari ke tandas manakala Syafi'e berlari ke dapur.

Tak lama lepas tu, masing-masing menghadap ayah mereka. Di tangan Wahhab ada sebaldi air dari tandas dan di tangan Syafi'e ada secawan air tapisan mesin Korea dari dapur.

PM: Eh Wahhab, kenapa kau bawa air sebaldi ni??

Wahhab (W): Kan ayah cakap "bawakan air", jadi berdasarkan teks ungkapan ayah, air mesti dibawa kepada ayah. Saya bawalah air ni. Saya telah menunaikan tanggungjawab saya.

PM: Tapi ayah mintak air untuk minum la....bawak secawan sudah la... (muka sedih)...

W: Apa dalil dari teks arahan ayah yang menunjukkan ayah nak air untuk minum? Dalil mana, dalil? Ayah cakap nak air je, tak cakap pun nak minum ke, nak secawan ke? Kalau tak ada dalil, ianya jadi bidaah dan perlu ditolak."sesungguhnya setiap yang baru itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat, dan setiap yang sesat itu akan ke neraka...."

PM: *kelepek!* (tampar dahi sendiri)..adoi la... wahhabi punya anak...!

W: Apa salah saya? Hanya kerana saya ingin kembali kepada teks asal ayah yang sahih, saya dituduh Wahhabi? (sedih sambil berselfie) *kechak!*

(pastu update status dalam fb: "sesungguhnya dakwah salafiyyah ini penuh rintangan, sungguh memedihkan apabila ayah sendiri merupakan ahli bidaah,  #pray4PakMat  ").

PM: Haa, kamu Syafi'e, tahu pulak ayah nak air secawan? Ayah tak cakap pun nak air secawan untuk minum?

Syafi'e: Oh..
itu mudah saja ayah. Sebelum saya memahami apa-apa arahan daripada ayah melalui "teks-teks/ayat-ayat perintah" yang keluar daripada mulut ayah, saya akan melihat seluruh keadaan dan dalil-dalil lain.

Saya lihat ayah terbatuk, batuk itu sering diqiyaskan dengan sakit tekak atau tekak berkahak, jadi secara dalil umum, dapat diketahui orang yang batuk minta air itu pasti untuk diminum.

Kemudian saya lihat pula keadaan ayah yang sedang bersandar di kerusi, tak mungkin ayah nak basuh kereta, maka fahamlah saya bahawa kehendak sebenar daripada "arahan ayah" tadi ialah bawakn air secawan untuk diminum.

Jadi selepas saya meneliti semua dalil yang ada, sababul wurudnya (sebab-sebab arahan tu dikeluarkan),kaedah nahunya dan semua sisi, lalu saya berijtihad dengan segala kemampuan yang ada tanpa hanya bergantung kepada makna zahir teks yang asal, maka keputusan akhir saya dalam memahami perintah ayah itu ialah ayah perlukan secawan air.

PM: Haaaaaa.... macam ni lah kehendak ayah yang sebenar.... memang terbaiklah...!  ayah doakan kamu dikekalkan kefahaman agama seperti ini dan yang mengikutimu sehingga kiamat..

~Via ustaz ibnu batoota~

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~