Pak uda n mak jan

Posted By: Hairilnua - 6:05:00 PM

Di sebuah kampung ada seorang duda tua tinggal berdekatan dgn seorang janda yang juga tua. Satu petang si duda duduk di bawah pokok merenung ke arah rumah si janda.

Si janda perasan dan datang menegur si duda, "Pak Uda oii, ape yang di menungkan tu?" Pak Uda tunduk lalu menjawab, "Ada perkara aku nak tanya kau ni Mak Jan."

Pak Uda merenung Mak Jan dan dengan kekuatan yang ada sambungnya, "Aku teringin nak berbinikan kau, sudi tak?". Mak Jan tersenyum dan menjawab, "Sudi."

Kemudiannya, Mak Jan & Pak Uda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.

Pada malam itu, Pak Uda gelisah. Dia tak ingat jawapan Mak Jan ptg tadi. Lantas, dia telefon dan bertanya sekali lagi.

"Hello, Mak Jan. Pak Uda di sini. Aku ingin bertanya, almaklum la dah tua mudah lupa. Petang tadi aku bertanya pada kau sudikah kau berkahwin dengan aku, apa yang kau jawab?"

Mendengar nama Pak Uda, Mak Jan jawab, "Aku jawab sudi dan ikhlas dari hati. Nasib baik kau telepon aku. Aku pun sebenonya lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi".

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua