Menu burger di gerai burger goreng

Menu burger di gerai burger goreng 😊

- Chicken burger                      rm2.50🍔
- Beef burger rm2.50🍔
- Fish burger 
rm3.00🐬
- Crunchy chicken burger rm5.00🍗

Extra menu
# chicken/beef special rm3.50🍳
# fish special rm4.00🍳
# chicken/beef +  cheese rm4.50🧀
# fish + cheese rm5.00🧀
# crunchy chicken + cheese rm7.00🧀

New menu 
Bakso rm4.00🍲
Popia bersira rm3.00
Karipap frozen rm5.00 (12 biji) 

Sape nak order utk cod pm tepi ye 😊
Atau blh dtg ke kedai kami di kg sg semungkis tepi jln besar 🤗

Kedai Buka 
6.30 pm - 12 pm 😉

Rindu blog lama

Assalamualaikum semua sahabat blog.. aku rindu la dgn blog lame aku..time tu punye la byk org bekunjung kat blog aku. N aku pon sronok gila bila org tgk blog aku yg x sberapa ni..sampai la aku x mampu bayar domain lagi dan blog aku trus drop..padahal dulu pageview sampai puluh ribu sehari..sekarang tinggal puluhan pageview je..

Paling org suka tgok blog ni ialah entry kartun muslimah..mmg ramai gile masuk nak tgk gambar kartun tu, sampaikan kalo search kat google search engine, taip je kartun muslimah, aku punye gambar blog la yg top skali..setiap 1 jam, beratus dan beribu pageview..itu sbb utk harian pageview aku boleh cecah berpuluh ribu.. tapi lepas x mampu nak bayor domain, dan aku pon kawin, so aku stop blogging..

Dulu, aku ade la sikit2 income dari blogging ni..boleh la utuk sara domain blog aku..tapi aki x renew sbb aku pk, macam membazir je beli domain ni..lama2 lepas domain expired, aku guna blk blogspot lame, makin berkurang dah org yg masuk blog aku..bila dah kurang, dan aku sendiri yg x amik port sgat, dan sekarang pon rase nyesal plak aku x renew..huhuhu...

Aku rase akan datang ni aku nk beli balik domain lame aku..tapi x tau la taun bile..dan, aku nk buat income blk dari blog..asalkan lepas untuk bayar bill domain pon dah kira ok..lepas 1 masalah..dgn masalah kewangan kat malaysia ni, memang berat la aku nk bayar domain..10 USD kot..convert kat RM dah brape..tapi xpe, aku ade solution..aku ade duit dr akaun internet aku dulu..haritu aku dah try transfer 100 ke maybank aku dan boleh je transfer,so, kalau nk beli domain,aku transfer la kat bank aku..lagipon duit internet tu hasil dari income aku yg dulu..ade la sikitttt..hahaha..

Jadi, insyaallah korang akan dapat tgk blog aku yg akan datang, bermuka baru, domain lame..haha..

Tadi aku ade teman manager aku pergi bank, aku nampak sorang pakcik ni..seorang tukang kasut..tengah tidor kat depan bank..tgok raut wajah dia macam penat je..tapi aku respek dengan pakcik tu..dah berumur pon masih keje kuat walaupon tertidor kat situ je.. ni aku bagi gambar sebiji..untuk korang punye semangat bekerja x kira kerja apa.. ok, stakat ni je aku punya omongan je, smoga korang sukses dlm hidup dan bagi yg islam, kita sesama islam dan yg bukan islam, respek la sikit sesama manusia.. hahaha..ape point aku ckp ni pon x tau..hahaha..

Sayonara,,, arigatoo...


TONGKAT ALI HITAM ABG SADO

TONGKAT ALI HITAM ABG SADO❔❓

Dgr mcm gagah perkasa,siapa yg mengamalkannya..bukan sahaja ggah "diranjang bersama cik adik manis!!"
.
Banyak lagi khasiatnya ramai jejaka tdk mengetahui..meh sis kongsi dan bongkar kehebatan TONGKAT ALI ABG SADO.
.
💪 MENINGKATKAN HORMON TESTOSTERON
💪 MENGEKALKAN DAN MENINGKATKAN TENAGA
💪 MEMPERCEPATKAN MASA PEMULIHAN SELEPAS LUKA@ LUKA
💪 MENJADIKAN TULANG LEBIH KUAT
💪 MENGURANGKAN DAN MENGAWAL STRESS
💪 MENGURANGKAN JUMLAH LEMAK DALAM BADAN
💪 MEMPERBAIKI KESUBURAN LELAKI
💪 MENINGKATKAN DAYA INGATAN
💪 MENINGKATKAN KEPADATAN OTOT
💪 MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
💪 MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

WhatsApp

01127691805📱📱📱
01127691805📱📱📱
01127691805📱📱📱




#jamuabangsado

How to Pay MBPJ Summons Online with Discount (Updated)


How to Pay MBPJ Summons Online with Discount (Updated)

Did you know?

The summons for displaying an invalid ticket (i.e. has already passed its duration) is RM30. Compare this to the summons for NOT displaying any ticket (you get fined RM100). Wow.

What can we learn from this?
Yep, it's better to display an old ticket than no ticket.


How to check for existing MBPJ summons:

1. Go to http://eps.mbpj.gov.my/splk/search.asp
2. From the dropdown Jenis Carian, select No Kenderaan (i.e. vehicle registration number)
3. Then under Maklumat Carian, enter your vehicle registration number, without a space e.g. abc1234
4. Hit the "Cari" button to search the records
5. When the results are displayed, click on the entry under the "No. Kompaun" heading for details. You may print a copy of the compound by clicking the "Cetak Salinan Kompaun" button, or find a new compound with "Cari Semula".
6. Write down this Summons Number for later use.


How to pay for MBPJ summons online:

1. Go to http://eps.mbpj.gov.my/loginPengguna3.aspx
2. If this is the first time paying online, you'll need to register yourself. Click the link in "Sila klik disini untuk mendaftar jika anda belum mendaftar."
3. If you've forgotten your password, click the link in "Jika anda lupa kata laluan anda, sila klik disini".
4. When you first register yourself, these are the required details:


Name
User ID (NRIC, Passport number)
Password
Email address
5. After logging in, from the dropdown box Kemudahan, select Kompaun Trafik & Pelbagai
6. Under "No Kompaun", fill in the Summons Number you wrote earlier.
7. Hit the "Cari" button.
8. In the results shown, tick the entry for the compound you wish to pay (tick box is next to the "Amaun" heading), then click "Tambah Di Senarai" (add to list)
9. Finally, tick the entry in the list which you wish to pay, then click the "Bayar" (pay) button.

Note: By paying online, I noted that my summons payable was reduced:


RM30 summons appeared as RM15.



RM100 summons appeared as RM30


I was pleasantly surprised and happy with the discount.

10. Click "Kad Kredit" to complete payment with credit card.
11. After payment is successful, you can view your past transactions paid under "Rekod Transaksi" in the main dashboard, and print a copy of the payment slip.

Disclaimer: Although the summonses above were discounted when I paid online, I have learned that the amount discounted may vary for different users. The main lesson to take away is: Pay online to get a discount, but expect some differences in the discount given.

Update 1: Given that different users are reporting receiving different discounts, there seems to be some confusion about what discount to expect. How much discount did you receive? What was the situation surrounding your fine? Please let me know in the comments section, i'm very interested to hear from you!

Update 2: We have begun tabulating readers' responses below. The idea is to have many experiences from readers. This helps clarify how discounts are determined.



JPJ Mata Demerit baru System (Kejara) akan dikuatkuasakan pada 15 April 2017

1. Melanggar Lampu Merah = 4 mata,

2. Speeding / Melebihi had laju:

1 - 25 km / h = 2 mata,
20 - 40 km / h = 3 mata
> 40 km / h = 4 mata

A. Pertama Kali - 20 mata (Amaran),

B. Kali Ke Dua - 20 mata (Penggantungan Lesen selama 8 bulan),

C. Kali Ke Tiga - 20 mata (Penggantungan Lesen untuk 10 bulan),

D. Kali Ke Empat - 20 mata (Penggantungan Lesen untuk 12 bulan),

E. Kali Ke Lima - 20 mata (Lesen Memandu Anda dibatalkan).

Nota 1: Lesen Memandu juga akan dibatalkan jika pemandu mempunyai TIGA Lesen Penggantungan dalam tempoh 5 Tahun.

Nota 2: Pemandu dengan lesen memandu yang telah dibatalkan boleh mengambil semula Ujian Lesen Memandu untuk mendapatkan Lesen Memandu baru selepas tempoh 12 bulan.

Sumber : The Star Online
Hari : Jumaat April 7, 2017


Pegawai SPRM kena tumbuk

Pegawai SPRM kena tumbuk

ALOR SETAR - 10 April 2017. Seorang Pegawai SPRM Negeri Kedah kena tumbuk. Kejadian berlaku di hadapan anak-anaknya di Taman Mergong Jaya Alor Setar tengah hari tadi. Dipercayai kejadian berpunca apabila isteri nya yang sedang mengandung 4 bulan dikatakan terlalu mengidam untuk memakan sambal belacan kuinin dan keadaan itu menyebabkan Pegawai SPRM yang terlalu sayangkan isterinya kene tumbuk Sambal berkenaan sebelum mereka makan bersama.


BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.

BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.  

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"    

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  
       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"    

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."        

Pesakit: "Wah, apa dia?"  

Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        

          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

 Pesakit: "Hm. Apa dia?"    

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

 Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

 dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      

Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "  

 Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.      

.Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
.Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?      

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ...

..  Ingatan utk saya & semua

Yang.......

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Kejadian berlaku di kedai makan petang semalam..


Kejadian berlaku di kedai makan petang semalam.. Masa tengah makan kat kedai tadi ada la sorang makcik ni masuk dalam kedai umur dalam lingkungan 70 gitulah. Berjalan bongkok dengan pakaian lusuh. Makcik tu pusing2 dalam kedai. Nampak kat tangan ada bawak plastik. Pastu tiba2 tokey kedai keluar. Tokey kedai tu tanya makcik nk apa? Makcik tu jawab dia datang nk jual kerepek pisang. Tiba2 tokey tu marah makcik tu sampai tolak makcik tu sampai jatuh ke lantai. Makcik tu bangun sambil nangis teresak esak. Tokey kedai tu marah lagi makcik tu dn heret makcik tu kluar dari kedai mkn dia. Kerepek2 makcik tu habis terabur kt atas lantai. Sedih tengok makcik tu kutip kerepek dia satu persatu sambil menangis teresak esak. Sy pun tak sampai hati tengok makcik tu sy pn bangun ambik remote tv dan alih tengok cerita lain...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Salam dua rakaat.

Ya Allah..

Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa saudara2 kami, dosa jiran tetangga kami, dosa guru kami, dosa sahabat2 kami dan dosa seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.....

Ya Allah...

Panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yg baik, tunjukan lah kami jalan yang benar,

Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami ke dalam syurga Mu ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Mumammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukmu Ya Allah.

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Cara Bersedekah

Cara Bersedekah

Bagaimana seseorang boleh bersedekah, sedangkan mereka  tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang itu mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita juga diperintahkan untuk bersedekah.

Apakah solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda adalah sedekah.

6. Dua rakaat solat sunat Dhuha adalah menyamai 360 kali sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami/isteri dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

- Ustaz Iqbal Zain -

Projek Di Kebun

Assalamualaikum..

Saya ada 1 kebun kat area langat ni.. Ada macam2 buah dan tanaman yang ditanam kat kebun tu.. ada manggis, duku, langsat, rambutan, durian and tanaman pucuk paku ada hidup meliar.. hujung minggu memang projek saya pergi kebun, tebas rumput.. Sebab boleh buat peluh dan buat ape2 projek la kat kebun.. Syok tuhhh..

Kalau nak ikut rajin, memang rajin nak mengemas,, tapi masa tu x berapa ada sangat sebab kita pon ade komitmen sendiri,, anak pon dah ada.. Kalau bawa kang,, kita yang x boleh buat kerja sangat.. Risau je manjang.. Kalau isteri ada, boleh la teman kan anak skali.. Tapi bila dia tengok saya kerja, dengan dia pon semangat nak buat kerja jugak.. hahaha.. Al kisah...........

Kebanyakan pokok yang ada kat kebun saya ni ada Pokok bunga Kantan yang boleh di jual dah.. Banyak jugak la yang ada.. Dulu waktu arwah ayah saya jaga,, memang semua pokok bunga kantan memang terjaga la.. Sekarang dah turun kat anak dia,, memang x de la nak tengok sangat, cume sekarang ni terasa rajin tu datang, jadi bila turun kebun tu memang kita akan bersihkan semak2 dan amik pucuk paku dan bunga kantan ler,, kalau boleh jual, kita jual.. tapi lagi banyak makan dari jual sebenarnye... Haaaa

Semalam baru je ade orang amik buah petai kat umah saya,, sedap ooo makan petai,, bila time sendawa tu yang x tahan tu.. sendawa petai je... Tapi bila maghrib nak pergi solat kat masjid,, menahan diri dari sendawa je kerjanya..Selalu kalau saya sendawa,, x pernah nak tahan,, depan orang pon lagi saya suka nak sendawa,, kalau boleh sekuat alam saya nak sendawa,, tapi cuma bila dah makan petai,, x kan nak sendawa.. nak cakap ngan kawan2 ke orang lain ke, kene cover mulut ler.. Kalau idak,, bau petai sekampung.. Hahhahaha...

Mak dan pak mertua ada melawat kebun semalam,,, tengok kawasan.. saje jenjalan tengok kebun.. Bab abah tu nampak macam rindu nak masuk kebun... Mak pulak tengok sane sini,, seronok tengok diorang datang.. Si Aqilah pulak sibok ngan kucing dia.. Isteri saya sibuk melayani karenah diorang,, saya pulak sibok clearkan jalan sampai ke hujung,, nanti bila musim buah,, senang nak jalan.. Sekarang kalau tengok dah terang dah sikit,,, kalau dulu sebelum menebas,, kalau gajah sesat nyorok memang x nampak laa.. Hahahha...

Itu je la cerita projek kebun saya..Next time story lagi.. Nak cerita panjang pon x boleh,,, ramai dah menengok saya menaip ni.. Nanti kene report plak kata saya x buat kerja.. Haa...

Till Next Time...

Assalamualaikum...

Selamat Pagi

Assalamualaikum..

Kehadapan semua rakan2 blogger yang mengenali diri saya, saya ucapkan terima kasih kerana masih sudi melayari blog saya yang dah lama saya x update nie.. Walaupun pageview saya tengok dah makin berkurangan setiap hari, tapi alhamdulillah, sekurang2nya ADA.......

Sekarang saya ada minat tersendiri.. Iaitu m mendaki bukit, x kira la bukit ape, ni ada kawan saya ajak mendaki kat pahang, tapi saya x dapat pergi,,,,, sebab 2 hari 2 malam,, saya x nak tinggal isteri sorang kat umah teman anak.. so, saya x nak pergi la.. Insyaallah lain kali saya pergi..

Kekadang seronok tengok orang lain ada anak ramai.. Saya masih lagi sorang je lagi.. Tapi saya sentiasa bersyukur sebab orang lain ada lagi yang x de anak..Saya ada sorang pon dah kira REZEKI dari Allah SWT.. Saya x pernah complain.. Cume kadang2 terasa la sikit... Sedih pon ade... Huhuhuhu....

Hari2 saya pergi kerja naik moto LC 135.. Hari2 dok mengharung Jammed yang teramat sangat,,, Sebab kita pon x de la expert sangat bawa moto nak kene cilok2,, nanti over confident, terlanggar pulak side mirror kete orang pulak.. So, saya bawa memang berhati2 la.. Haaahaha..

Dah kerja kat Petaling Jaya, kat 1 company Kereta kat sini.. X nak beritau kat kereta apa, nanti ramai minta harga murah.. saya bukan car dearler.. Just technician je kat sini.. Building Technician.. Tugasan menjaga dan merawat bangunan ni supaya setiap masa dalam keadaan elok dan aman damai.. Aminnn... Hahaaaa..

Teringat nak kerja kat tempat lain, tapi kat tempat ni pon baru setahun genap, x nak la pindah2.. biarla dah 3 ke 4 tahun ke baru pindah tempat.. Tapi saya tengok, kat sini ramai yang dah pindah kerja.. Ada je masalah diorang.. So, rasenye kene prepare jugak kerja baru.. Mane la tau x de rezeki lagi kat sini.. Bumi Allah tu luas.. 

Teringin rasa nak berjalan2 ke luar negeri,, walaupun negeri sendiri belum abis melawat lagi, tapi keinginan nak melawat negeri lain tu memang ada,, sebabnye simple,, pengaruh TV dan Surat Kabar.. Asbabnya,, bila kita tengok cerita atau berita orang lain pergi kat Situ, pergi kat Sini,, best2 je cerita,, so, kita pon teringin nak pergi tempat tu,, padahal lepas pergi, x de la menarik sangat,, tempat sendiri pon ade tempat camtu,, macam zoo negara ke,, banyak binatang ada,, tapi nak jugak pergi kat tempat lain.. Hahaha,,, itu la namanya Nafsu,, xpernah puas dengan 1 benda... Nauzubillah Hi Minzalik...

Suasana kat ofis sekarang ni aman damai,, masih sempat lagi saya nak blogging kat dalam ni.. Ramai kawan2 yang baik dalam ni,, so, x de la selalu keseorangan.. kalau idak, sebelom ni memang selalu Lone Ranger je saya.. Pergi mana pon sorang, buat kerja sorang.. Kalau orang tegur pon just cerita pasal kerja yang kita buat je.. Tapi saya pon kurang bercakap, so, tu yang x ramai kawan yang nak lepak ngan saya.. Hahahaha..

Saya sebenarnya nak lepaskan gian untuk menaip ni,, itu pasal menaip benda pelik2,, saje lepas rase.. Lame x blogging... Dulu selalu la mengadap blog,, cari duit tambahan,, tapi sekarang ni lepas kahwin, focus pada family lebih.. Betul la orang kata,, lepas kawin ni akan lain rase macam waktu bujang.. Tapi ada 1 rase je orang bujang x dapat rasa... Iaitu,, tidor ade teman.. Hahahahah... 

Itu je kot cerita aku,, saje nak cerita panjang2,, untuk tatapan anak cucu and kawan2 yang mengenali diri... Salam sayang dari saya, HairilNua.. Semoga ceria selalu.. Assalamualaikum...


Top 7 Cerita Lawak Santai

Lawak No 1

Pak Lamin dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Pak Amat  dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.

Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Pak Amat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Pak Amat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Pak Amat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...

Lawak No 2

Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.

Minah: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Bedah: Adakah dia merokok?
Minah: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Bedah: Dia kekadang minum bir?
Minah: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Bedah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Minah: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Bedah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Minah: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!

Lawak No 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Lawak No 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…

Lawak No 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

Posmen : Assalamualaikum!
En Sameon :  Walaikumsalam
Posmen : Ni rumah Encik Sameon ye?
En Sameon : Ya saya
Posmen : Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
En Sameon : Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?

Lawak No 6

Kejadian berlaku di sebuah klinik di Malaysia.

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak No 7

Anda Tahu Siapa Aku?

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.

”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.
“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.
“Hm, anda tau siapa aku?” “Tidak,” jawabnya.
“Aku pemilik kolam ini.”
“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.
“Tidak.”
“Aku pembohong besar di kota ini.”
Ok, dah kena!