Dan Sebenarnya...

 Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. Nak post pasal apa. Nak fikir idea apa. Aku tak tahu nak mengolah tentang apa. Kebuntuan Idea sebenarnya. Aku nak post pasal benda yang orang lain buat, macam meniru pulak. Padahal aku nak buat mengikut cara aku yang tersendiri. Tapi aku pon tak tahu bakat aku dekat belah mana. Haha. So, dari aku menggagau fikir apa nak selit dalam blog aku, elok aku buat apa yang aku tau. Tapi, apa yang aku tau? Aku tau buat kerja electrical. Tapi, untuk post sesuatu yang aku faham @ mahir, perlukan 1 usaha yang agak mendalam. Dan aku bukan seseorang yang akan buat sesuatu yang agak leceh.

Aku melayari bermacam-macam blog tentang menaikkan traffic, nak bagi glamour blog aku. Macam-macam idea datang. Cuma tak ada 1 idea pon yang akan aku guna untuk blog selamber aku ni. Aku rasa macam kekurangan sesuatu. Hati aku sentiasa memikirkan supaya aku mencipta 1 domain untuk menaikkan traffic blog aku ni. Ada juga orang yang syorkan supaya buat begitu. 

Sekiranya aku mencipta 1 domain, dan cuma menunggu, berharap ada orang yang akan masuk blog aku yang entah hapa-hapa ni, mungkin aku silap. Sekiranya aku ada 1 domain atas blog aku ni, apa yang aku nak buat lepas tu. Aku tak boleh diam, aku kena buat sesuatu. Tapi itu yang buntu sebenarnya. Aku memerlukan "Entry" "Tajuk" "Topic" untuk berbuat sesuatu. Dan aku tak bagus tentang hal ini.

Dan, kadang-kadang fikir, kalau aku naikkan traffic blog ni, apa aku boleh dapat? Dapat duit ke?......

Yup, itu yang sebenarnya aku fikir. Tapi, andai kata lah, aku dapat ramai visitor yang masuk dalam blog aku ni, apa yang diorang tertarik? Pon, aku baru terfikir dan aku terus taip. Ok lah, andai kata kalau ada yang masuk dan tertarik dengan apa-apa yang aku post, dengan cara apa untuk aku dapat duit?

Semalam, ada 1 blog yang kata: Orang yang buat blog atas tujuan peribadi @ personal, sekadar nak bercerita tentang diri sendiri, untuk zaman sekarang ni lah. Sudah ketinggalan zaman. Zaman dulu mungkin boleh. Tapi zaman sekarang, orang dah sebok dengan Facebook, Twitter dan pelbagai lagi. Buat apa orang nak cari blog lain, sekadar nak baca kisah orang lain? Macam la aku ni artis. 

Haah, kalau artis, nak buka blog, cerita pasal diri sendiri, semestinya ramai yang akan follow blog dia. Setiap hari update, orang akan sentiasa menunggu. Aku? Artis apa. Haha.

Tapi, untuk masa sekarang ni, aku perasan dekat 'stats' aku, setiap hari ada dalam 10 - 20 kunjungan tak rasmi dalam blog aku ni. Walaupon aku dah jarang update, kurang active macam dulu-dulu, tapi masih lagi ada pengunjung setia yang masih masuk ke dalam blog aku ni. Aku tak kira la dia siapa, pengunjung sesat ke, supporter ke, rakan-rakan blog yang lama dulu ke. 

Yang pasti, berbekalkan tentang beberapa pengunjung yang masih mengunjungi blog aku, aku akan tetap teruskan penulisan aku, gaya aku, hidup aku. Macam mana aku nak buat duit? Haha. Tak apa. Aku bekerja, dapat duit cash. Bulan-bulan gaji masuk. Ada rezeki tak kemana. Kalau Allah dah kata rezeki aku dekat sini, akan ada rezeki aku.

Insyaallah.

Wassalamualaikum.

Catat Ulasan

0 Ulasan