ingatkan aku,,, agar,,,

Posted By: Hairilnua - 4:50:00 PM
Ingatkan aku untuk,,, bangun jam 6 pagi setiap hari
agar,,, mataku tidak terpejam dengan kelalaian mimpi.

Ingatkan aku untuk,,, berselawat mengingati allah sepanjang masa
agar,,, hati ku tenang mengharung dugaan ilahi.

Ingatkan aku untuk, membaca al-quran setiap hari selepas maghrib
agar,,, lidahku tidak membazir dengan mengucapkan kata2 yg melalaikan.

Ingatkan aku untuk,,, bergerak awal pada hari jumaat mengerjakan solat
agar,,, tubuhku tidak dijilat oleh api neraka kelak.

Ingatkan aku untuk,,, mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam
agar,,, jiwa aku tidak dilitupi oleh barah kekufuran.

Ingatkan aku untuk,,, bersedekah pd sesiapa yg memerlukan
agar,,, tangan ku tidak membuat perkara2 yg berdosa.

Ingatkan aku untuk,,, melihat keindahan alam serta kehebatan dunia
agar,,, mata aku sentiasa berguna dalam meneliti hidup ini.

Ingatkan aku untuk,,, membaca surah2 hafalan ketika ke mane sahaja
agar,,, kaki ku tidak berjalan ke arah tempat yg merugikan.

Ingatkan aku untuk,,, menemui alim ulama ketika aku tidak faham
agar,,, otakku dapat menyimpan sesuatu yg berguna dlam mencari akhirat.

Ingatkan aku untuk,,, mendengar ceramah
agar,,, telingaku tidak mendengar perkara yg zalim.

Ingatkan aku untuk,,, mengerjakan apa yg diperintahkan allah
agar,,, rohku tidak diseksa di alam kubur.

Ingatkan aku untuk,,, meninggalka apa yg dilarang allah
agar,,, rohku tidak berpeluang untuk dibakar di dalam api neraka.

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua