Sahabatku...

Sahabatku...
Teringat aku pada kisah dulu. Di mana saja kau berada, aku akan bersamamu, begitu jua sebaliknya. Kita harungi terlalu banyak detik indah,duka,perit, hepy dan seumpamanya bersama. Alangkah indahnya kenangan kita dahulu.

Sahabatku...
Kau pernah bertanya padaku samada aku merindui alam bodo-bangang dulu. Aku pastinya meng-iyakan kata-kata kau kerana aku jua merindui masa lampau.

Sahabatku...
Kau ingat x pada masa dulu dibulan puasa, kita pergi ke hutan untuk mencari buluh untuk dibuat meriam. Setelah dapat beberapa buluh yang 'power',kau mengajakku rehat dan makan bersama. Aku yang kelaparan pun makan dengan lahap walaupun hati terfikir, "PESAL AKU LAPO SANGAT AR ARI NI?" aku tengok kau tersengih macam babun kene gigit nyamuk sambil tengok aku makan. Lantas aku pn bertanya, "PESAL LU X MAKAN? SODAP NI. PONEK CARI BULUH X ABIH G NI. KANG ABIH T" dengan spontan kau menjawab. "AKU POSE".. Tang tu jugak aku ketuk pale sendiri sekuat ati. Sambil kau terbahak-bahak gelakkan aku. "BABUN AR KAU!!"

Sahabatku...
Cabaran hidup masa kini x terkira hebatnye. Kau ada hala tuju hidup kau sendiri. Aku jua sama. Masih aku ingat cita-cita aku dulu. Aku katakan aku nak jadi Tentera Laut. Kau pula mau jadi Polis. Dan banyak lagi cita-cita yang lebih pd angan-angan semata-mata.

Sahabatku...
Masa kian berlalu. X berguna kita ingat pada masa yang xkan kembali. Kau adalah kau. Aku adalah aku. Kita x mungkin dapat bersama seperti dulu lagi. Harap kau terus tabah menjalani hidup.

Khas pada Sahabatku...
Ajib..
Aben..
Ayen..
Embi..
Epi..
Sopi..
Nazri..
Azrul..
Faiz..
Paat..
Lin..
Poyah..
Aqis..
Timah lempeng..
Salwa..
Patiah..
Nina..
Syima..
Wahida..
Ain..
Izyan..
& semua sahabat yang aku lupa sebut namanya..


& For all sahabat from HULU LANGAT

INGATLAH DAKU DALAM DUNIAMU

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~