Pemberi dan Penerima Nasihat (Peristiwa kematian)

Posted By: Hairilnua - 1:17:00 AM
Pada waktu solat Jumaat,, engkau hanya satu orang yang memberi nasihat (si khatib).. Orang yang solat jumlahnya banyak,, namun hanya satu orang saja yang memberi nasihat.. Keadaan akan berubah terus semasa engkau mendatangi kuburan,, semua penghuni kubur akan memberi nasihat padamu.. Yang mendengarkan jumlah nya sedikit,, tetapi yang memberi nasihat jumlahnya banyak..

Inilah perkara yang unik,, tak pernah terjadi dalam kehidupan duniawi,,, kecuali hanya ditempat yang bernama "kuburan".. Kubur memang diam tak pernah bisa berbicara.. Tetapi suaranya mampu menembus relung hati manusia yang paling dalam.. Melebihi suara khatib di Masjid..

Kerana itu,, mari kita ziarahi " si pemberi nasihat yang diam itu".. Duduklah sendirian di hadapannya,, bayangkan seluruh kejadian di dalamnya.. Semoga ia boleh dijadikan iktibar..

"Kubur memang tidak boleh bersuara lantang..  Tetapi sesungguhnya ancamannya lebih dasyat dari siapapun.. Ia memang tidak mempunyai tangan yang boleh di gerak2kan .. Juga tidak bolah menoleh kiri dan kanan untuk menarik perhatian pendengar,, kerana ia hanya boleh menarik perhatian hati,, bukan jasad.."

Kubur tak lebih dari sebuah lubang untuk ditiduri manusia ketika telah selesai semua pekerjaan kita,, maka Kubur akan menjadi penentu keputusan seseorang semasa menjalani ujian..

Penasihat yang diam adalah sebuah lubang yang bernama "kubur".. Semua pasti akan masuk ke lubang ini.. Tak peduli seorang raja yang tulangnya diperbuat dari emas,, intan permata berlian,, @ ototnya dari besi aluminium,, titanium sebagainya,, @ pahlawan yang punyai hikmat seperti naga,, @ pemimpin yang kulit bajunya di buat dari sutera emas @ muka nya tampan seperti Yusuf  a.s.,, @ si kaya yang isi perutnya terdiri dari segala makanan yang hebat di atas muka bumi ini... Betapa hebatnya kamu wahai kubur...

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua