Hasan Al-Bashri & Puteri Yang Menangisi Kubur Ayahnya

Diriwayatkan dari Imam Hasan Al-Bashri.. Pada suatu ketika,, beliau sedang duduk di depan rumahnya.. Tiba-tiba ada mayat seorang lelaki sedang diusung oleh orang ramai.. Di situ,, seorang puteri dari mayat itu mengikuti di bawah usungan dengan mengurai rambutnya dan menangis.. Hasan Al-Bashri lali mengikutinya.. 


Seorang puteri itu merintih sambil berkata,, "Aduh ayah,, selama umurku aku tidak pernah menghadapi menghadapi suatu hari seperti hari ini...".. Hasan Al-Bashri berkata kepada puteri itu,, "Engkau tidak akan menghadapi suatu hari seperti hari ini lagi.." Setelah itu,, beliau lalu menyembahyangkannya.. Setelah selesai,, beliau terus pulang..


Keesokan harinya,, Hasan Al-Bashri mengerjakan solat subuh sehingga matahari terbit.. Setelah itu,, beliau duduk di hadapan rumahnya.. Tiba-tiba beliau ternampak puteri itu melewati perkarangan rumahnya menuju ke arah kuburan untuk menziarahi kubur ayahnya sambil menangis.. Fikir Hasan Al-Bashri,, "Puteri ini adalah anak yang diberi hikmah.. Aku akan mengikutinya,,  mana tahu ia berkata sesuatu perkataan yang akan memberi manfaat serta faedah kepada diriku.." Beliau terus mengikuti dari belakangnya.. Setelah puteri tadi sampai dikubur ayahnya,, Hasan Al-Bashri pun terus bersembunyi di bawah pohon yang berduri agar puteri itu tidak melihatnya.. Anak puteri itu lalu merangkul dan mendakap erat batu nisan ayahnya.. Mukanya diletakkan di atas tanah sambil berkata........


Wahai ayah,, bagaiman engakau semalam di dalam gelapnya kubur,, bersendirian dan tidak ada lampu yang menerangi dan sesuatu yang untuk menghiburkan diri..


Wahai ayah,, akulah yang menerangi lampu engkau semalam,, maka sekarang siapa yang menerangi lampu untuk engkau pada malam tadi?


Wahai ayah,, akulah yang memberikan alas tidur engkau semalam,, maka sekarng siapa yang memberi alas tidur engkau pada malam tadi?


Wahai yah,, aku lah yang menyelimuti kedua tangan dan kakimu semalam,, maka sekarang siapa yang menyelimuti engkau pada malam tadi?


Wahai ayah,, aku lah yang membalikkan engkau dari arah kanan ke kiri dan kiri ke kanan,, maka sekarang siapa yang membalik-balikkan engkau pada malam tadi?


Wahai ayah,, akulah yang menukar pakaian mu semalam,, maka sekarang siapa yang menukar pakaianmu pada malam tadi?


Wahai ayah,, akulah yang membayangi wajah mu semalam,, maka sekarang siapa yang membayangi wajah mu pada malam taid?


Wahai ayah,, semalam engkau memanggilku dan aku pun menjawab,, maka sekarang siapa yang engkau panggil pada malam tadi?


Wahai ayah,, ketika engkau mahu makan,, aku akan menolong mengambilnya,, maka sekarang siapa yang memberi makan pada mu pada malam tadi?


Wahai ayah,, aku lah yang memasaka segala macam makanan buata ayah kelmarin,, maka siapakah yang memasakkan untuk ayah pada malam tadi?


Setelah Imam Hasan Al-Bashri mendengar ucapan-ucapan puteri itu sebegitu,, lalu beliau keluar dari tempat persembunyiannya lalu mengatakan,, "Wahai sang puteri! Engkau jangan mengatakan hal seperti itu,, tapi katakanlah begini,,


Wahai ayah,, semalam aku menghadapkan engkau ke arah kiblat,, maka sekarang apakah posisi kau tidak berubah @ sudah berpaling?


Wahai ayah,, aku mengkafani engkau dengan kain kafan yang elok,, maka sekarang apakah kain kafan itu masih utuh atau sudah di dirobek-robek?


Wahai ayah,, aku meletakkan engkau dalam kubur dalam keadaan masih utuh jasadnya,, maka sekarang tubuhmu masih kekal @ sudah dimakan ulat?


Wahai ayah,, para ulama mengatakan,, "para hamba itu akan ditanya berkaitan dengan iman di alam kubur,, maka ada sebahagian hamba yang dapat menjawab dan ada yang tidak",,, maka sekarang adakah engkau berjaya menjawab @ tidak?


Wahai ayah,, para ulama sama mengatakan,, "kubur itu ada yang diperluaskan untuk ahli kubur,, dan ada yang disempitkan",, maka sekarang apakah kubur ayah diperluasakan @ disempitkan?


Wahai ayah,, para ulama sama mengatakan,, "sebahagian ahli kubur itu,, kain kafannya ada diganti dari kain kafan dari syurga dan ada yang diganti dengna kain dari neraka",, maka sekarang apakah kafanmu itu diganti dari Syurga @ Neraka?


Wahai ayah,, para ulama sama mengatakan,, "kubur itu merupakan taman-taman syurga dan juga ada taman-taman neraka,, maka sekarang, apakah kuburun mu merupakan taman syurga @ taman neraka?


Wahai ayah,, para ulama mengatakan,, "kubur itu merangkul sebahagian ahli kubur bagaikan ibu merangkul anaknya.. Dan ada yang benci serta menghimpit ahli kubur sehingga putus dan keluar tulang rusuknya,, maka sekarang apakah kubur ini memeluk engkau @ membenci?


Wahai ayah,, semalam aku memanggil-manggil dirimu dan kau terus menjawab,, tapi sekarang,, berkali-kali aku memanggil mu,, tapi aku tetap tidak mendengar 1 perkataan dari mu..


Wahai ayah,, engkau sudah tidak akan berjumpa aku sehingga datangnya hari kiamat,, 

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~