Kanggoro

Posted By: Hairilnua - 11:08:00 PM
Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, 
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. 
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar 
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. 
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku 
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya 
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali 
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak 
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga 
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

0 Kaki Selamber:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua