All Bad Things Happen On... -31 Jan 2011-

Posted By: Hairilnua - 1:33:00 PM
- exciden motor.. kepala terhantuk kuat.. masih lagi pening lagi ni..
- bahu aku cedera tertusuk kayu tajam..
- demam panas..
- sunyi di dalam hati..
- rindu yang memberi kesakitan di dalam hati..
- seseorang pergi dari hidup aku dengan bangga dan riaknya tanpa apa pun kata2.. 5 tahun seperti tiada erti.. "empty"..seolah2 aku  hanyalah tempat persinggahan..
- kura2 sekor mati..
- handphone hilang lagi..
- seluar jeans koyak rabak.. (tu je ada)
---------------------------------------------
Semua ni aku tanggung seorang diri.. yang sedih..yang lawak..yang sunyi.. semuanya hanya aku yang menerimanya.. 

hati yang sunyi,,, akan ku ubat dengan kesakitan di hati.. demam yang panas akan ku ubat dengan seksaan pada diri.. badan yang cedera akan ku ubat dengan wat bodo je.. kura2 ku mati akan ku alih tempatnya dengan kura2 lain.. hanphone hilang biarlah hilang.. seluar jeans beli bundle lain lah.. dan,, seseorang yang telah pergi meninggalkan aku pula,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, masih x tau ape yg aku akan ubati.. cume aku rase kecewa yang teramat sgt.. bagai kene tikam2 rasanya..

Inilah tarikh yang sentiasa aku nantikan setiap tahun.. 24 tahun aku hidup,,semuanya tenang,,aman,,bahagia..,, dan genap pada usia 25,, ini lah yang paling buruk pernah terjadi.. 

aku selalu menasihati orang supaya x lari dari masalah.. tapi,, aku sendiri yang melanggarnya.. aku x sanggup hadapi semua ni.. hanya di blog tunggal aku ini sajelah menjadi tempat aku meluahkan perasaan.. tiada siapa kenal,,tiada siapa tahu.. tiada sesiapa amik peduli..  biarlah aku sendiri.................

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

4 Kaki Selamber:

  1. Jangan berkeluh kesah, hadapi dengan tabah dan sabar. Banyakkan minum air masak.

    Pilihan ditangan kita,nak anggap ini sebagai ujian kecik atau ujian besar. Nak anggap ujian ni berat atau ringan.

    Nak settlekan mudah saja, samada nak mengingati Allah atau nak bunuh diri. Cara penyelesaian yang ditulis tu bagus juga,kura-kura dah mati,tanamlah.

    Seluar koyak,beli baru, tulang patah,ganti besi, badan panas pi lah berendam dalam Sg langat atau pun sekarang musim hujan,pi duduk dalam hujan lebat.

    Jadi di sini kita dapat lihat, setiap permasalahan ada cara penyelesaiannya. Bagaimana? Berfikir ...

    Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang, pasti Allah menunjukkan jalan keluar...

    ReplyDelete
  2. ummi..kdang2,, orang yang brutal macam sy ni,,bukan lah semuanya ada hati yang brutal.. kalau x, sy x buat blog..

    memang sy jauh dr Nya.. perlukan teman juga untuk memulihkan.. boleh je berazam..tapi,,tiada yang mengingatkan,, jadi la setan balik..

    rakan yg dijumpa silih berganti..brmacam ragam.. tapi x da 1 pun yang boleh jadi sahabat.. semua hanya kawan di dunia.. walau betapa sy mencari,, akhirnya hanya kawan di atas nama sahaja..

    buat ape nk bunuh diri pasal hal ni.. merempit bukan bunuh diri..merempit bagi sy cume bawa moto laju2..bila sampai tang kona,, sy slow sikit..

    kadang2 sy penat menjaga hati orang lain,,tapi hati sendiri tiada yang peduli..elok sy jaga hati sendiri je.. biar kawan x de lagi senang..

    aniway,,thanks ummi...

    ReplyDelete
  3. itu yang selalu manusia lakukan. Penat jaga hati kawan,hati sendiri tak ada yang peduli...

    Begini hidup ini sebenarnya...

    Kalau kita mahu orang jujur dengan kita,kita yang kena jujur dengan orang trlebih dahulu.

    Kalau kita mahu orang baik dengan kita, kita yang kena baik dengan orang terlebih dahulu.

    Jangan kita harap orang akan baik dengan kita jika kita pun tak mahu berbuat baik dengan orang.

    Biar apa orang buat pada kita, kita terus dan tetap baik dan jujur, sampai satu ketika,kita akan merasai nikmat mendapat sahabat atau teman yang baik dan jujur dengan kita.

    Kita mesti tetap dengan cara kita. Kalau mahu orang jaga hati kita, kita terlebih dahulu tulus dan ikhlas jaga hati orang.

    Bukan lah mudah untuk mendapat sahabat atau teman yang sedia menegur dan membimbing kalau kita sendiri tak sedia untuk menerima teguran dan bimbingan. Semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri.

    Maaf ya,inilah namanya selamba adap menegur...

    ReplyDelete
  4. rasenye dah cukup baik dan jujur dengan orang..sy ni bkn hipokrit..

    bila jujur,, ade je lah bende yang mungkin blh wt orang sakit ati..x kan sy asik nak hipokrit je semata2 nak jaga hati orang..x kan sy nak tipu sunat je....

    ade orang ckp,, "bercakap lah jujur walaupun pahit"..

    biar x de kawan,, tapi jangan x da "kejujuran"...

    ReplyDelete

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua