Tips Penjagaan Bunga

BUNGA SEGAR

Disini ada beberapa tips supaya bunga tetap cantik dan tahan lebih lama.

- Bunga-bunga segar sangat memerlukan air. Dalam sehari, bunga-bunga ini memerlukan 1/4 air dari air paras pasu.
-.Jika anda menerima jambangan bunga dalam bentuk pasu berisi air, segera periksa paras air di dalam pasu tersebut dan tambah air secukupnya agar air tidak berkurang. Air perlu diganti setiap hari dan isi sehingga penuh
- Jika bunga anda menggunakan floral foam pastikan ia tetap basah agar pasu penuh dengan air yang bersih.Jika menerima bunga dalam kotak, segera pindahkan bunga ke dalam pasu/baldi dan perhatikan paras airnya.
- Gantikan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
- Ramai orang percaya bahawa dengan menaburkan sedikit garam boleh membuat bunga lebih tahan lama.
- Ketika mengganti air, anda harus memotong setiap hujung tangkai bunga.
- Bersihkan dedaun yang layu. Dedaun di dalam air cepat busuk, dan akan menyebabkan pertunbuhan bakteria.
- Jangan letakkan bunga di bawah sinar matahari terus atau di atas peralatan elektronik seperti microwave atau television. Ini menyebabkan hidrasi.
- Pastikan bunga berada dalam keadaan udara yang cukup dan sejuk/tidak panas.

Maklumat Anda.


Bunga segar yang telah dipotong mempunyai harapan bertahan (life expectancy) antara 2 hingga 21 hari bergantung pada jenisnya.

Variety Life Expectenacy


Roses 3- 21 days
Carnations 5-14 days
Daisies 7 -21 days
Iris 1-4 days
Lilies 2-7 days
Tropical Flowers 7-21 days

Tips Tambahan :

- Rahsia mengekalkan kesegaran jambangan bunga hidup ialah dengan memastikan air yang digunakan sentiasa bersih.
- Sementara bahagian batang yang dipotong bebas boleh terus menyerap air dan membantu kesuburan bunga berkenaan.
- Ketika membeli bunga hidup dapatkan kuntuman paling segar atau jambangan yang masih belum berkembang dengan daun berkilat.
- Jangan memilih kuntuman yang layu atau kembang mekar kerana boleh menyebabkan kesegarannya tidak lama.
- Potong batang kuntuman bunga yang baru dibeli lebih kurang 2.5 centimeter (cm) di bawah air yang mengalir.
- Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas bagi memastikan batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.
- Pilih pasu yang tidak menyesakkan kuntuman bunga berkenaan dan isikan dengan 8 cm air yang sedikit suam.
- Batang bunga yang dipotong dan terendam air pastinya mudah reput, justeru jangan penuhkan pasu dengan air.
- Buang semua daun bagi mengelak ia gugur ke air kerana daun reput boleh menggalakkan bakteria.
- Letak jambangan bunga di ruang yang sejuk, tidak terkena cahaya matahari secara langsung.
- Jangan letak jambangan bunga dekat dengan buah-buahan masak kerana ia boleh memendekkan jangka masa kesegaran bunga-bunga anda.
- Setiap hari, potong batang kuntuman bunga sepanjang 0.5 cm di bawah aliran air dan tukar air di dalam pasu.

Info di Copy Secara Tidak Berhemah di : http://yukionline.blogspot.com

Catat Ulasan

0 Ulasan