Adab-Adab Di Masjid Vol 2

Boleh melantun syair tetapi tidak mengganggu jemaah sedang bersolat @ membaca al-quran..

Tidak mencari barang yang hilang.. Seelok2nya di rumah Allah itu berdoalah semoga dipertemukan..

Tidak berjual beli dan dikatakan haram(ayat 9 surah al-Jumu'ah,, apabila diserukan azan untuk mengingati Allah,, disuruh tinggalkan jual beli..)

Tidak melaksanakan hukuman had dan qisas - dikatakan haram menjalankan di dalam masjid..

Boleh mengadakan permainan seperti tombak untuk melatih keberanian jika dalam kawasan peperangan..

Boleh membicarakan sesuatu yang mubah / harus - hadith,, bacaan @ bercakap-cakap perkara yang terjadi pada zaman jahiliah,, boleh ketawa dan tersenyum dalam masjid apabila bercakap-cakap yang tidak mengandungi perkara-perkara yang dilarang dan tidak dalam masa yang diminta supaya diam.. Membaca al0quran dan zikrullah lebih utama dan lebih baik..

Tidak bersuara kuat - ia akan mengganggu orang yang sedang dirikan solat walaupun bacaan al-quran.. Hadith : Rasullullah melarang mereka yang membaca al-quran dengan suara kuat oleh kerana setiap orang dari kamu sedang bermunhajat kepada Allah swt..

Menutup hujung senjata bila melalui masjid..

Wanita boleh mengerjakan solat di masjid.. Hadith : Solat di rumah lebih baik bagi wanita..

Tidak berada di dalam masjid ketika sedang junub dan haid - sekadar lalu di bolehkan.. Jika wanita yang perlu belajar sesuatu matapelajaran di dalam masjid,, di bolehkan,, tapi hanyalah berada di beranda masjid sahaja..

Tidak keluar masjid sesudah dikumandangkan azan - tidak boleh meninggalkan masjid sehinggalah dia tamat solat berjemaah di masjid itu.. Hadith :  Diharuskan keluar jika ada urusan yang mengharuskan dan tidak kembali lagi seperti mengambil wuduk @ merancang solat berjemaah di masjid lain @ bertugas sebagai imam di masjid lain @ untuk hadas kecil @ besar..

Menemani solat orang yang tertinggal solat berjemaah.. Hadith : Jemaah yang sudah selesai solat fardhu dibolehkan mengimami solat kepada orang yang tiba dimasjid setelah sudah selesai solat berjemaah fardhu kerana itu dianggap sebagai sedekah.. Hadith : Lebih ramai orang yang solat berjemaah,, semakin dicintai oleh Allah swt..

Berdoa dan mendahului kaki kiri ketika keluar masjid.. Doa dengan nama Allah,, semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada Rasulullah saw..

Masuknya orang kafir ke dalam masjid.. Dibolehkan orang kafir masuk ke dalam masjid jika ada kepentingan,, tidak ada bahaya @ gangguan yang timbul darinya.. Telah berlaku orang kafir dibenar masuk ke Masjid Nabawi di Madinah dan ini diandaikan masjid-masjid lain diseluruh dunia pun dibolehkan MELAINKAN MASJILI HARAM.....!

No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~