Adab-Adab Di Masjid

Mendahului kaki kanan dan membaca doa ketika masuk masjid..

Mengucap salam kepada orang yang ada di dalam masjid ( jika bukan semasa azan di laungkan @ jika orang itu tidak solat @ membaca quran/wirid)

Mengerjakan solat tahyatul masjid ( ada hadith yang bermaksud,, sebaik sahaja berada atas masjid,, terus dirikan solat tahyatul masjid)
  - Jika belum azan,, dirikan solat tahyatul masjid dan solat lain atau qada fardu yang pernah tertinggal..
  - Jika azan sedang dilaungkan,, kena berdiri dan jawab azan dan tidak berkata-kata atau berbual kosong lagi-lagi hal dunia @ menunjuk sesuatu gambar @ berita  melalui handphone..
  - Jika sudah pun azan dan menanti iqamah,, maka jika ada masa yang mencukupi,, dirikan solat tahyatul masjid dan ikuti solat sunat qolbiah sebelum iqomah untuk solat fardhu @ dirikan solat qolbiah sahaja dan dianggapkan termasuk solat tahyatul masjid..
  - Jika majlis ilmu sedang berjalan,, ada dua pendapat - dirikan soalt tahyatul masjid 2 rakaat secara ringkas @ terus duduk untuk mengikuti ceramah dan baca subhanallah walhamdulillah allahu akhbar - 3 kali oleh oleh kerana ada pendapat majlis ilmu lebih utama dari solat tahyatul masjid..
  - Jika imam sedang membaca khutbah,, dirikan solat qolbiah jumaat @ solat tahyatul masjid sebelum duduk untuk mendengar dan menghayati khutbah masjid..

Memilih saf pertama/awal sebelah kanan - sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat untuk orang-orang yang menepati saf sebelah kanan..

Tidak melangkah bahu orang lain untuk saf depan..

Tidak mengambil tempat diantara dua orang yang berdampingan yang sudah berada di masjid terlebih dahulu melainkan dibuka ruang oleh orang berdua itu..

Tidak lalu @ melintasi dihadapan orang yang sedang bersolat kerana dianggapkan satu dosa jika berjalan didepan melainkan ada sesuatu rentangan didepan selepas tempat sujud..

Tidak menyuruh orang lain berpindah dari tempat duduknya melainkan dikata "bolehkah dilapangkan?" (dikecualikan semasa solat jumaat)

Tidak mengkhususkan satu tempat untuk solat - difahamkan tempat sujud kita akan menjadi saksi kita telah pun sujud di situ di Akhirat kelak.. Oleh itu,, lebih baik ditukar tempat solat semasa solat fardhu dan sunat..

Tidak mengambil tempat lebih dahulu dengan membentangkan sejadah @ benda lain..

Berniat menunggu solat berjamaah.. Semasa menunggu azan @ diantara azan daiqamah,, tidak dilakukan perkara-perkara yang mengganggu orang lain dan tumpukan minda untuk mendirikan solat fardhu bermamaah.. Dikatakan malaikat berselawat memohon keampunan,, memberi rahmat dan menerima taubat untuk seseorang sepanjang tempoh ia berada ia berada di tempat solatnya sementara mendirikan solat berjamaah mahupun sesudahnya..

Duduk mengadap kiblat.. Semasa menunggu waktu azan @ iqamah dengan membaca al-Quran @ berzikir kepada Allah..

Tidak bercakap-cakap diantara azan dan iqamah.. Hadith : Pada akhir zaman nanti,, akan datang suatu kaum yang duduk di masjid berkelompok-kelompok bercakap hal keduniaan (kehidupan hanya mencari kesenangan duniawi) maka,, janganlah duduk bersama mereka kerana Allah sama sekali tidak akan mempedulikan mereka..

Tidak mengerjakan solat sunat apabila sudah dikumandangkan iqamah.. Hadith : Apabila sudah dikumandangkan iqamah,, tidak ada solat,, kecuali solat wajib..

Tidak ada halaqah menjelang solat jumaat.. Hadith : Larangan membentuk halaqah di dalam masjid menjelang dikerjakan solat jumaat dan melarang jual beli di dalamnya..

Diam mendengar khutbah jumaat disampaikan oleh katib bertugas.. Hadith : Pada hari jumaat,, diamlah sedangkan imam sedang berkhutbah kerana ia merupakan kelakuan yang sia-sia dan mungkin tidak akan mendapat pahala solat jumaat..

Tidak duduk memeluk lututu ketika imam berkhutbah.. Hadith : Dilarang membuat demikian dan dianggap makhruh..

Berpindah tempat duduk ketika diserang mengantuk..

Tidak solat diantara tiang-tiang..

Meletak tapak kaki atas alas kaki untuk memastikan tidak ada sesuatu di tapak kaki..

Menjaga kebersihan.. Tidak busuk dan kalau boleh ,, sembur badan sikit dengan minyak wangi bebas alkohol..

Meludah di dalam masjid dianggap berdosa..

To be continue...........................


No comments:

Post a Comment

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~